Bayar Zakat Online Guna Perbankan Internet RHB Bank

in , by dorsett pink, April 30, 2021

Assalamualaikum semua.

Dah 17 hari kan kita berpuasa. Dah bayar zakat fitrah ke? Zakat harta? Zakat perniagaan? Zakat pendapatan? Zakat emas? Dah setel ke semua? 


Zakat fitrah tu wajib, kalau dah bayar Alhamdulillah! Kalau belum better cepat-cepat bayar sebab takut nanti kelam-kabut last minute nanti. 

Zakat pendapatan, zakat emas, zakat harta,  zakat perniagaan tu kalau dah cukup haul jangan lupa bayar tau. 

Biar harta-harta kita semua berkat dan hidup kita pun diberkati Allah Taala. 


Syarat Sah Menunaikan Zakat
1. Niat

2. Memberi Milik - Untuk sahnya pemberian zakat disyaratkan “memberi milik”, iaitu dengan cara diberi kepada orang yang berhak.


Syarat Wajib Menunaikan Zakat
1. Orang Islam

2. Merdeka - Bukan Hamba -Bebas mencari rezeki

3. Milik sempurna - Harta mestilah dimiliki sepenuhnya dan dapat digunakan pada masa yang dikehendaki tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi pemilikan (Hak Hiyazah) dan keupayaan mengurus (Hak tasarruf).

4. Cukup Nisab - Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Sesetengah harta yang hendak dizakatkan mestilah bersamaan atau lebih nilainya dengan nilai 85 gram emas mengikut harga semasa seperti zakat emas, pendapatan, wang simpanan dan saham. Manakala, sesetengah harta yang lain menggunakan kadar nisab yang tersendiri seperti zakat ternakan, tanaman dan rikaz dan perak.

5. Cukup haul - Haul ialah berlalu tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki. Perkiraan haul dalam hukum syarak adalah berdasarkan kepada tarikh hijriiah (354/355 hari). Apabila genap setahun harta dimiliki, barulah diwajibkan zakat.


So, jangan lengah-lengah lagi untuk bayar zakat. Pejam celik-pejam celik dah tiba Syawal nanti. So, ayuhlah kita bayar zakat dengan Lembaga Zakat Selangor untuk penduduk-penduduk di Negeri Selangor ni. 

Boleh Percaya ke Bayar Zakat Dengan Lembaga Zakat?

Inilah persoalan yang selalu orang tanya kan? Boleh percaya ker? 

Guys.. Lembaga Zakat Selangor ni memang sangat-sangat boleh dipercayai. Korng jangan takutlah duit korang lesap ke ataupun takut kakitangan Pusat Zakat makan duit korang. Diaorang betul-betul bertanggungjawab dan amanah melaksanakan amanah yang dipikul. 

Cuba korang tengok Page Lembaga Zakat Selangor (LZS). Macam -macam cerita pasal asnaf yang korang akan jumpa yang LZS ni bantu. Even korang pun boleh bekerjasama dengan LZS ni untuk bantu asnaf-asnaf, dari situ korang boleh ikut kakitangan LZS ni berjumpa dengan asnaf untuk agihkan zakat. 

Lembaga Zakat Selangor ni bukan jer agihkan zakat kat dalam Negeri Selangor jer, tapi kat seluruh malaysia, selagi ada asnaf-asnaf yang perlu dibantu. 


Ni antara contoh ASNAF yang dibantu oleh LZS baru-baru ni.

1. Kariah masjid Al Muhamadiah Kg Kuantan menjadi lokasi kedua dari empat program Dapur Ramadhan Asnaf Selangor (DRAS) 2.0 yang di rancang di Daerah Kuala Selangor.

Seramai 20 orang asnaf telah diziarahi dan seterusnya sumbangan berupa barangan dapur disampaikan. Turut hadir adalah Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Ketua Divisyen Pengurusan Hartanah serta Ketua Jabatan Operasi Agihan Daerah.
Penolong Amil Kariah (PAK) turut membantu bagi melancarkan lagi program meskipun dalam keadaan cuaca hujan.
Semoga dengan sumbangan ini mampu membuat asnaf tersenyum dalam menghadapi ujian sepanjang Ramadan ini, serta dapat membuka hati orang ramai untuk terus membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor.


2. KAMPUNG BATU 38 - Sebahagian asnaf fakir dan miskin Kampung Batu 38 diziarahi dan disantuni melalui Program DRAS 2.0. Program dirangka dengan memberikan sumbangan berupa barangan dapur bagi memenuhi keperluan dan memberikan kegembiraan kepada asnaf dalam bulan Ramadhan.
Pada hari ini asnaf fakir dan miskin di bawah kariah Masjid At Taqwa Batu 38 dipilih untuk menjayakan program ini.Beberapa buah keluarga asnaf disantuni dan diziarahi. Manakala selebihnya diuruskan melalui kaedah mengambil barangan di kedai/pembekal yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.
Turut hadir bersama team Operasi Agihan Daerah Sabak Bernam pada program kali ini Ustaz Muhd Salahuddin Azmi Bin Muhd Ali, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah Lembaga Zakat Selangor, Tn Hj Othman Bin Ahmad, Nazir dan En Omar Bin Sidik, Penolong Amil Kariah Masjid At Taqwa Batu 38.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka sekeluarga, dipermudahkan urusan ibadah di bulan Ramadhan, di samping dapat membuka hati orang ramai untuk terus membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor.

3. LZS Pun Turut Bantu MUALAF

Seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam pada Mac 2021 baru berumur 15 tahun, gadis ini dengan rela hati hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat untuk melaksanakan rukun Islam pertama iaitu melafazkan dua kalimah syahadah dengan ditemani oleh ibunya yang masih belum beragama Islam. Mari kita doakan bersama agar ibunya memperoleh hidayah daripada Allah SWT.
Gadis ini tidak seperti anak-anak yang lain. Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya telah meninggal dunia. Keputusan beliau untuk memeluk Islam mendapat tentangan hebat dari adik beradik bukan Islam yang lain. Beliau hanya bersekolah sehingga tahap sekolah rendah sahaja kerana asbab kekurangan kewangan ibunya dan juga motivasi untuk bersekolah yang rendah dipengaruhi suasana sekeliling.
Hari ini, Zakat Selangor bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membawa gadis ini ke Rumah Bakti Al Kausar Bangi, salah sebuah rumah kebajikan berasrama yang berdaftar dengan MAIS dan JKM, untuk beliau tinggal di tempat tersebut bagi tujuan mendapatkan didikan agama dan pendidikan arus perdana sebaiknya.
Mohon doakan kami agar dapat menyantuni beliau sebaiknya dan doakan juga agar akidahnya akan terpelihara sehingga hujung nyawa beliau.


Setiap sen sumbangan zakat korang sangat bermakna untuk asnaf-asnaf. Melalui sumbangan zakat kita, kehidupan asnaf-asnaf dan golongan berpendapatan rendah dapat bersinar dan berseri kembali. 

  

 Untuk makluman korang, pada tahun 2020 LZS melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dah agihkan RM 20.8 juta untuk Asnaf-Asnaf Riqab di Negeri Selangor iaitu 25 buah Rumah Pemulihan al-Riqab untuk membantu mereka yang terbelnggu dengan pelbagai cabaran sosial dan nak bertaubat. 


Kalau tak sempat nak pergi Pusat Zakat, jangan risau guys. Sekarang semuanya dah digital, serba-serbi dah serba canggih sekarang. Zakat sekarang dah boleh bayar online jer. Ada macam-macam apps dan cara boleh guna untuk bayar zakat ni. Kat hujung jari, sambil tengok TV pun dah boleh bayar zakat - through online jer. 

Kempen JOM Zakat Cashless

Sambil-sambil tu apa kata korang join sekali Kempen JOM Zakat Cashless yang dianjurkan oleh LZS ni. Ia adalah salah satu usaha LZS untuk menggalakan kita semua golongan yang berkelayakan membayar zakat untuk membayar zakat. 

Korang boleh lawati link ni untuk info lanjut pasal Kempen JOM ZAKAT Cashless ni :

Link untuk sertai : bit.ly/zakatcashless2021
Info lanjut di : https://www.zakatselangor.com.my/cashless/


Untuk terma dan syarat Kempen JOM ZAKAT Cashless ni, boleh rujuk pada infografik kat bawah :


Ni aku nak share dengan korang pasal PEMBAYARAN ZAKAT GUNA ONLINE BANKING RHB BANK. 


Cara Bayar Zakat Guna RHB Online Banking :

1. Login masuk ke RHBNOW akaun korang.

2. Pilih "Payment" , then pilih 'ZAKAT/Charity'.

3. Masukan butiran yang diminta. Diruang 'Payee Type', pilih "Lembaga Zakat Selangor". 

4. Lengkapkan butiran, dan tekan 'Submit' .

5. Klik 'Request TAC', then masukkan Nombor TAC yang diperolehi, lepas tu tekan 'Confirm'.

6. Siap. 

Senang jer kan? 

Jangan lupa simpan RESIT tau untuk bukti pembayaran. Nanti mana tau kot-kot nak claim income tax esok-esok 😊.

Kalau ada soalan apa-apa ppasal zakat, korang hubungi jer Lembaga Zakat Selangor k (LZS) tanya diaorang terus. 

WEB : https://www.zakatselangor.com.my/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/zakatselangor

ALAMAT : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,   40100 Shah Alam, Selangor.

Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343

Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my


Selamat menunaikan ibadah Puasa dan Zakat pada tahun ini kerana Allah Taala.

#kongsirezeki

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Tahun ni wak bayar kat amil aje.

    ReplyDelete
  2. mudahnya hendak byr zakat la ni xperlu ke mana-mana klik2 saja

    ReplyDelete
  3. jom cashless zakat. ramadhan dah nak berlabuh tirai

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE