Hari tu masa hari raya hari tu, keluarga en.suami buat gathering hari raya kat homestay. Jadinya, kitaorang tak perlulah nak beraya ziarah dari rumah ke rumah. So, semuanya stay dalam 1 rumah dan kita beraya bersama-sama 24 jam. Senang macam tu.  Dan pilihan kitaorang kali ni ialah Homestay di Box Pool Villa di Genting Sempah. 

https://www.havehalalwilltravel.com/box-pool-villa-airbnb-genting-sempah

Kitaorang book tempat ni kat airbnb.com . Homestay ni best sangat, sebab cozy dan jauh dari hiruk-pikuk kotaraya. 

Rumah ni betul-betul terletak di belakang RnR Genting Sempah. Dan terletak di kawasan elit yang sangat ketat security nya. Mostly rumah-rumah kat kawasan tu ialah rumah banglo mewah dan kebanyakkannya diaorang buat sewa sebagai 'homestay' atau airbnb. 

Memang best sangat stay kat situ. Nanti kalau ada rezeki lagi, nak datang sana lagi. InshaAllah. 

So, aku nak buat review pasal homestay ni mengikut kacamata aku sendiri. 


1. Ruang Tamu & Bilik Tidur
Rumah ni 2 tingkat setengah, ada 4 bilik tidur yang luas. Tingkat atas sekali hanya bilik tidur jer - ada 2 bilik. Tingkat 2 pun sama bilik tidur jer - ada 2 bilik. Dan tingkat bawah sekali ialah living hall & kitchen & swimming pool.

https://www.havehalalwilltravel.com/box-pool-villa-airbnb-genting-sempah
Ini ruang tamunya. 

https://www.havehalalwilltravel.com/box-pool-villa-airbnb-genting-sempah
Depan ruang tamu ada kitchen ni. Kat sini ada 1 toilet untuk kegunaan awam (semua ahli keluaraga dalam rumah tu).

Ini pintu utama di entrance. Bila masuk jer rumah, kita akan nampak tangga macam ni. Naik tangga ke atas tu ialah 2 bilik tidur, dan di sebelah pintu masuk ni pun ada 2 bilik tidur sebelah kiri dan kanan. Dan turun tangga tu ialah living hall. 

So, semuanya ada 4 bilik tidur yang boleh muatkan 18 orang. 

https://www.havehalalwilltravel.com/box-pool-villa-airbnb-genting-sempah
Ini salah satu bilik tidurnya. Setiap bilik ada toilet. 





Rupa toilet kat semua bilik macam ni. Untuk yang ada baby jangan risau, siap ada disediakan baby tub lagi. 


Semua bilik tak ada almari

2. Swimming Pool

https://www.havehalalwilltravel.com/box-pool-villa-airbnb-genting-sempah
Ini swimming pool nya. Guna kontena. Ada 2 pool. 1 pool dewasa (agak dalam juga - paras dada aku) & 1 pool kanak-kanak. 


Pool dia bersih sangat. Bila keluar jer dari living hall ni, terus nampak pool tu. Yang kat atas kontena warna merah tu ialah tempat hiburan (entertainment room).


3. Entertainment Space

Inilah tempat entertainment kat rumah ni. Kat ruang ni ada bilik karoeke, ada meja snooker ni, ada chess kalau nak main chess, dan ada 2 toilet, siap ada air cuckoo (ke coway, entahla).

Kat area snooker ni, owner siap bagi free minuman ni 1 peti ni . Wow! memang best sangat-sangat! Esokkannya dia refill lagi, dan suruh kitaorang ambil lagi , boleh siap tapau buat balik rumah. hahahaha. 

Area ruang hiburan ni.

Yang ni tempat atas sekali (atas bilik snooker). View kat sini cantik sangat. Bolehlah nak lepak-lepak kat sini. Rumah-rumah kat sini jauh-jauh, so kalau kita bising pun orang tak dengar sangat. 



Ini view dari bawah. Best lepak sini. Sambil menikmati permandangan semulajadi. 

Inilah view dari atas tu.

Ini dia bilik karaoeke. 

Bilik karoeke


4. Kitchen & BBQ Spot

Ini dia tempat BBQ. Kat luar ni pun ada 1 toilet. Semuanya ada disediakan termasuk arang. 


Ini permandangan kat luar, Cantik sangat. 


Dapur kat rumah ni semuanya lengkap - ada pinggan mangkuk, sudu garfu, pisau, microwave, periuk nasi, boleh masak-masak. Pendek kata, kita tak perlu bawa apa-apa nak datang sini, cuma kena bawak bahan-bahan untuk masak jer. 

Kitaorang stay kat situ, masak jer sendiri. 


5. Harga
Harga rumah ni ialah RM 2,500 semalam. Harga tu sangat berbaloi dengan kualiti dan servis rumah tu.

Kalau nak booking, boleh booking kat link ni di website airbnb.com -https://www.airbnb.com/rooms/41724171?source_impression_id=p3_1653553490_%2FPZwkddsmBxxTJk9 

Highly recommen rumah ni untuk korang nak bercuti dengan family. Walaupun tempat ni dekat sangat dengan highway tapi tak dengar pun bunyi bising kenderaan. Memang betul-betul tenang dan enjoy sangat sepanjang kitaorang stay sini. 
 

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE