Wahh! Anak Berusia 4 Tahun Pergi Camping!

in , , , by dorsett pink, August 30, 2022

Wahh! Anak Berusia 4 Tahun Pergi Camping!

Jumaat baru-baru ni Leeya pergi camping kat tadika dia. 
Dia tadika kat Kinderkaizen. So, Teacher cakap ini ialah program tahunan untuk Tadika Kinderkaizen untuk cawangan yang Leeya masuk ni. 

Mommy seronok sangat bila tahu ada program ni. 

Ingatkan kena bayar yuran extra, tapi rupanya free jer sebab semuanya dah include dalam Yuran Tahunan. 

Dan Leeya pun seronok jugak. Mulanya dia tak nak join sebab tak biasa - tak biasa berpisah dengan family. Tapi lepas teacher dah pujuk berhari-hari, dia nak pergi. Alhamdulillah!.

Camping ni dalam sekolah  dalam kawasan tadika. So, selamatlah untuk anak-anak kecil ni. 

Ada disediakan beberapa khemah sepanjang program tu. Yang tak muat tidur dalam khemah, tidur di luar lah. 

So, ini dia keperluan Leeya untuk bercamping kat tadika hari tu. Ada yoga mat - untuk alas tidur, ada sleeping bag sebagai selimut, pakaian (walaupun tak guna), berus gigi & ubat gigi, snacks sikit dan bantal.

Ini gambar kat school malam tu. 

Program ni berlangsung semalaman jer. Hari Jumaat malam, dan berakhir Hari Sabtu pagi. So, anak-anak semua mandi di rumah masing-masing. Diaorang bangun tidur, gosok gigi dan terus balik jam 7 pagi. 


Ni masa check-in kat school hari tu, jam 8 malam

Aktiviti sebelum tidur hari tu - tengok movie. 
Selain tu, antara aktiviti lain ialah baking, buat pop corn dan story-telling. 


Ini kad dari mommy. Semua parents kena sediakan kad ni, in case takut kalau anak menangis nak parents, so kad ni sebagai penyelamat untuk diaorang, & diaorang will feel safe. Sebab boleh kata hampir semua kids tak pernah berpisah dengan mak ayah. So, kids tu semua mestilah tak biasa tidur tanpa family sendiri kan. Jadinya, kad ni akan menjadi penyejuk hati diaorang supaya diaorang dapat tidur dengan tenang. 

Dan sementara Leeya pergi camping, kami berdua pergi berpiknik kat Putrajaya. hahahahha. En. suami tak join sebab dia tak ada, pergi outstation. Jadinya malam tu kami tidur berdua jer. 

Kitaorang pergi dating kat Food Truck, Presint 5, Putrajaya, sebelah Masjid Besi. 
Seronok sangat, sekali-sekala dapat bonding berdua dengan anak sulung. 

Kakak FL happy sangat dapat 'piknik' malam-malam ni. hihi.


Dan malam tu, Teacher bagitau semua kids happy & enjoy sangat. Kakak FL jealous sangat dengan Leeya sebab masa dia tadika dulu tak merasa aktiviti ni. huhuhu.

 

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE