Leesa dah berumur 6 bulan. Sejak bulan lepas, Leesa dah start makan solid food (Weaning). Tapi setelah sebulan start makan, Leesa cirit-birit dan Doktor Pakar Kanak-Kanak suruh tukar susu ke Susu Tanpa Laktosa (Lactose Free).

lactose free

Alhamdulillah, Leesa suka makan dan dia sang at enjoy bila waktu makan sejak umur dia 5 bulan. 


Kenapa start weaning masa umur 5 bulan? 

Sebab dia menangis teruk dan malam pun dia tak tidur sebab lapar. Bila dia tak tidur, mummy dia lah yang akan penat dan stress sebab mummy dia tak cukup rehat. Waktu siang dah sah-sah tak kan tidur punya. 

So, atas nasihat Doktor Pakar Kanak-Kanak (Paedtrician), doktor kata Leesa dah ready untuk makan. 

Masa umur 5 bulan, Leesa makan puri buah jer. Bia masuk umur 6 bulan, Leesa dah start makan bubur nasi (yang di 'blend') , campur dengan ayam dan buah dan sayur. 

Tapi so far, nampak Leesa suka makan epal. So, setiap diet Leesa wajib ada puri epal. Aku guna epal fuji. 

lactose free

Leesa suka makan. 


Walaupun Leesa dah lama start makan solid food dan langsung tak ada masalah untuk terima makanan baru tapi 2 minggu lepas, Leesa cirit-birit dan muntah-muntah. 

So, terpaksa bawak Leesa jumpa Doktor Pakar sekali lagi. Doktor bagitau, ada bendasing yang masuk ke perut Leesa dan ia bukan makanan. Bendasing tu maybe habuk atau kotoran (mikroorganisma) yang termasuk masa Leesa 'chew' sesuatu. 

Sebab sekarang ni Leesa dalam fasa 'teething'. So, apa saja yang ada kat tangan dia, semuanya dia bawak masuk mulut dia. 

Doktor bagi : Prebiotik & cream untuk nappy rash (Zinc Oxide). Dan atas saranan doktor juga, doktor suruh bertukar ke Susu Bebas Laktosa iaitu susu lactose free. 

Sebelum ni Leesa minum susu Formula Dutch Lady (mix with breastfeeding). 

Jadinya, en.suami pun pergilah ke Kedai bayi dan cari punya cari, en.suami berkenan dengan Jenama Similac ni untuk try. Kalau tak serasi, kita tukar yang lain. 

Walaupun punca cirit-birit bukan sebab susu, tapi seeloknya tukar jer susu tu sebab mungkin perut dia dah tak boleh terima susu yang ada lactose, disebabkan kuman tadi. Entahlah, itu yang doktor pakar cakap. Jadinya kita yang tak pakar ni, ikut saja lah.

First time Leesa minum susu Similac Lactose Free ni, Alhamdulillah Leesa suka dan sangat serasi dengan dia. Dan Leesa dah tak cirit birit lagi. 


lactose free

Similac Lactose Free (0-12 Months) : Boleh beli kat Shoppe, klik link ni : 

https://invl.io/cljm6m9


Susu Formula Tanpa Laktosa 'Lactose Free'

1. Similac Lactose Free.

2. Nan - https://invl.io/cljm6sg

3. Dupro Dumex


Sejak minum susu Similac ni, Leesa dah tak cirit birit lagi dah , dan malah selera makan dia pun bertambah-tambah. Syukur! Leesa sihat. Bila baby sihat, Mummy pun happy.

SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE