Showing posts with label Turki

Masjid Sultan Eyub ialah Makam Abu Ayyub Al-Ansari di Istanbul, Turki.

Makam ini dibina pada tahun 1458 oleh Sultan Muhmmad Al-Fatih. Abu Ayyub Al-Ansari ialah antara Sahabat Rasulullah yang plaing rapat dengan Rasulullah saw ketika hayat Baginda. Beliau berasal dari Madinah dari suku kaum Ansar.


Semasa Rasulullah saw berhijrah di Kota Madinah, Baginda saw menginap di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 6-7 bulan sebelum rumah Baginda SAW siap dibina di perkarangan Masjid Nabawi.


https://en.wikipedia.org/wiki/Ey%C3%BCp_Sultan_Mosque
Masjid Sultan Eyub di Istanbul 

Abu Ayyub seorang yang sangat taat pada Rasulullah saw dan ajaran Islam & merupakan seorang yang sangat kuat semangat jihadnya. 


Semasa Perang Khandaq di Madinah, Rasulullah saw telah bersabda bahawa 1 hari nanti Kota Konstantinopel di Turki akan ditakluk oleh Orang Islam dan orang yang menakluknya ialah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya ialah sebaik-baik tentera iaitu pemimpin yang sangat soleh, sebaik-baik khalifah, askar yang tawaduk pada Allah dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat letika zaman itu.


Lalu, selepas sabda Rasulullah saw tersebut, para sahabat pun menanam azam untuk menakluk Kota Konstantinopel. Lalu, berbagai usaha telah dirancang untuk menyerang dan manakluk bumi bertuah tersebut yang hari ini dikenali sebagai Istanbul.

 

Usaha untuk menawan Kota Konstantinopel bermula sejak dari zaman pemerintahan Umar Al-Khattab lagi, dan diteruskan sehingga ke zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah namun kesemuanya tidak berjaya.

 

Usaha untuk menakluk Kota tersebut diteruskan tanpa henti sehingga 800 tahun kemudian oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah. Abu Ayyub al-Ansari yang mempunyai semangat jihad yang kuat berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Kota Konstantinopel sejak dari zaman pemerintah Umar Al-Khattab kerana percaya pada sabda Rasulullah saw yang sinar Islam akan bersinar megah di Kota Konstantinopel dan Orang Islam berjaya mengalahkan Kerajaan Kafir Byzantin.

 

Kerajaan Byzantin ni ialah kerajaan yang sangat kuat dan berjaya memerintah dunia sehingga 11 abad lamanya & pusat pemerintahan Kerajaan Byzantin ialah di Kota Konstantinopel. Semagat juang Abu Ayyub al-Ansari sangat hebat. Tanpa berputus asa, beliau berusaha sedaya mungkin untuk menakluk kota agam Konstantinopel sehingga ke akhir hayatnya.


Dalam usaha untuk menawan Konstantinopel, Abu Ayyub telah meninggal dunia ketika di atas kapal laut dalam usaha untuk menyerang. Dan sebelum meninggal, beliau telah tinggalkan wasiat pada sahabat-sahabatnya di atas kapal tersebut "kebumikan aku di depan Kota Konstantinopel agar aku dapat mendengar kaki-kaki kuda Pemerintah Islam yang hebat, yang sangat soleh itu menawan Kotanstinopel 1 hari nanti".

 

Lalu sahabat-sahabat beliau menunaikan wasiat tersebut dan mengebumikan jenazah Shuhada Abu Ayyub AL-Ansari di luar tembok Kota Konstantinopel. Tiada siapa tahu akan kewujudan kubur Syuhada terhebat tersebut di tanam di situ sehinggalah Konstantinopel berjaya ditawan oleh Orang Islam, Khalifah Islam yang sangat hebat pada abad ke-15 masihi.  

 

Usaha untuk menawan Kota Konstantinopel tu diteruskan lagi tanpa putus asa sehingga ke Pemerintahan Kerajaan Turki Uthamaniyyah ketika zaman Sultan Bayezid (Datuk Sultan Muhammad Al-Fatih) & Sultan Murad (Ayah Sultan Muhammad Al-Fatih) namun kesemuanya tidak berhasil.

 

Dan akhirnya kota gah Konstantinopel berjaya ditakluk oleh pemimpin yang sangat soleh, yang sangat hebat dan sangat berani iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih atau nama sebenarnya ialah Mehmed Khan Bin Murad Khan pada tahun 1458 Masihi.

 

Selepas menakluk kota tersebut, Sultan Muhammad Al-Fatih menukar nama Konstantinopel kepada nama Islambul (Bul bermaksud ‘Negeri’ didalam Bahasa Turki). Dan kemudiannya bertukar nama ke Istanbul.

 

Masjid ini ada 2 menara yang dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih dan masih kekal menaranya sehingga sekarang. 

Dan Sultan Al-Fatih bermimpi akan kubur Shuhada Abu Ayyub Al-Ansari yang ditanam di depan Kota Konstantinopel suatu ketika dahulu. Maka, Sultan Al-Fatih pun menjadikan Kubur Abu Ayyub Al-Ansari tersebut dengan sebaik-baiknya dan turut dibina masjid di sekitar makam tersebut. Makam Abu Ayyub Al-Ansari ini telah dibina semula pada tahun 1798 setelah berlaku kerosakan teruk.

 

Hari ini, Makam Abu Ayyub Al-Ansari atau dikenali sebaga Masjid Sultan Eyub adalah destinasi pelancongan popular di kalangan Umat Islam yang melancong ke Istanbul. Dan tempat ini ‘wajib’ dimasukkan ke dalam itinerari kita jika melancong ke Istanbul, sebagai penghormatan pada Pahlawan Islam yang agung yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan orang kafir Byzantin.  


Al-Fatihah untuk Abu Ayyub Al-Ansari & Sultan Muhammad Al-Fatih.


Sumber Rujukan : Kuliah Ceramah Ustaz Auni di Youtube. 

P/S : Semua gambar di ambil dari Google Image.  

Grand Bazaar Istanbul | Pasar Tertua di Dunia Yang Masih Wujud Sehingga Hari Ini.

Kalau pergi Istanbul, tak sah kalau tak pergi ke Grand Bazaar. Sebab Grand Bazaar ni ialah pasar tertua di dunia ni yang telah dibina pada tahun 1455. Dan ia masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini. 

Grand Bazaar Istanbul dalam bahasa Turkish dipanggil sebagai 'Kapalıçarşı' yang bermaksud 'Covered Market'.   Kalau 'covered market' ni kira macam shopping mall lah, dan ia terkenal sebagai shopping mall yang tertua di dunia. Kiranya pasar ni dah wujud masa zaman Kerajaan Uthmaniyah lagi. 

Istanbul Di Waktu Malam

in , , by dorsett pink, July 09, 2021

Ini dia keadaan di malam hari di Istanbul, Turki. 

Dah lama kan tak travel, so aku buat entri #throwback  jer lah sebab aku pun tak pernah cerita pasal travel story aku ke Istanbul dulu-dulu kat blog ni. 

Ni aku korek-korek la balik gambar-gambar lama kat dalam laptop aku ni. 

Harapnya cepatlah covid ni berlalu pergi. Dah lama sangat ni berkurung dalam rumah ni. Dah bosan dah aku. Anak-anak pun dah bosan sangat duduk rumah langsung tak boleh nak keluar. 











 

Arca Masjid Biru, Istanbul

in , , by dorsett pink, July 05, 2021

Arca Masjid Biru, Istanbul.


Rindu nak pergi Istanbul lagi. So, apa yang boleh kita buat sekarang ialah tengok jer kat Arca Masjid Biru ni yang ada kat dalam rumah ni Arca ni dibeli kat Istanbul masa pergi sana. Kala tak silap masa tahun 2014 kot. 




Best sangat dapat solat dalam Blue Mosque ni. Terasa bersolat macam kat Masjidil Haram. 
Terasalah aura Islam kat sana. 

Esoklah aku update pasal Istanbul ni. 

Ok lah guys. Terima kasih sebab sudi membaca. 

 

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE