Kyoto :: Golden Pavillion & Silver Pavillion

in , , , by dorsett pink, December 09, 2015
Sorry, aku tak cerita pasal hotel yang aku menginap di Kyoto..
Sebabnya aku tak recommend hotel tu untuk korang stay,
hotel tu jauh dari subway station, dalam 10 minit berjalan kaki..
Menapak la.. pastu nearby hotel aku tu tak de kedai runcit...
So, susah la kalau nak beli apa-apa...
That's why aku tak nak share..

************************************
 
Before gerak ke Osaka, aku ke Golden Temple atau dipanggil Golden Pavillion. Nama sebenar die ialah Kinkakuji Temple. Golden Temple sangat cantik bila musim autumn. Kalau pergi ke Kyoto, wajib singgah di Golden Temple ni.

 
How to get there:
 
1. Naik subway "Karasuma Line",
2. Stop at "Kitaoji Station",
3. Pastu naik bus (10 minit) ke Golden Temple. Bus no.101, 102, 204 or 205. Harga bus 230 yen.
4. Atau kalau tak nak naik bas, boleh naik teksi - 1200 yen.
 
 
Something about Golden Pavillion :
 Is a Zen temple in northern Kyoto whose top two floors are completely covered in gold leaf. Formally known as Rokuonji, the temple was the retirement villa of the shogun Ashikaga Yoshimitsu, and according to his will it became a Zen temple of the Rinzai sect after his death in 1408. Kinkakuji was the inspiration for the similarly named Ginkakuji (Silver Pavilion), built by Yoshimitsu's grandson, Ashikaga Yoshimasa, on the other side of the city a few decades later.
 
Kinkakuji is an impressive structure built overlooking a large pond, and is the only building left of Yoshimitsu's former retirement complex. It has burned down numerous times throughout its history including twice during the Onin War, a civil war that destroyed much of Kyoto; and once again more recently in 1950 when it was set on fire by a fanatic monk. The present structure was rebuilt in 1955.
(Source : Wikipedia)
 
******************************************************************************
Selain dari Golden Pavillion, another tarikan di Kyoto ni Silver Pavillion atau Silver Temple atau Ginkakuji Temple. Tiga-tiga ni bende yang sama jer, cuma nick name die ade 3 nama. Hari tu aku tak pergi Silver Pavillion ni sebab pergi Golden Pavillion jer.. Rasa macam menyesal jugak pilih Golden Temple instead of Silver Temple. Sebab rasanya Silver Temple lagi cantik view die..
 
Silver Pavillion / Ginkakuji Temple (Sumber : pakcik gugel)
 
(Sumber : pakcik gugel)
 
How to get to Silver Pavillion via Philosopher's Path :
1. Naik train "Keihan Line"
2. Stop kat stesen "Jingu-Marutamachi" (1 stesen jer dari "Sanjo")
43 Pastu, jalan kaki menuju ke 'Philosopher's Path'. (Keluar gate yang menuju ke 'Heian Shrine' atau 'Eikando Temple').

Aku sangat recommend kalau pergi ke Silver temple ni,
ikut 'Philospher's Path', sebab view die cantik sangat.
Kalau musim spring, lagi cantik dengan bunga sakura
'Philosopher's Path'
 
(Sumber : pakcik gugel)
 
Another way to get to Silver Pavillion :
1. Naik train, 'Keihan Line'.
2. Stop kat stesen ' Demachiyanagi'.
3. Pastu jalan kaki terus menuju ke 'Ginkakuji Temple'
 
 
Ok. nanti aku sambung lagi k..
TQ for reading!

Kyoto, Japan :: Arashiyama & Bamboo Forest

in , , , by dorsett pink, December 07, 2015
Sambungan dari entry ni- "Travel :: Gion, Kyoto"
Untuk entry yang lepas - pasal Gion.
Ramai yang tanya aku, boleh sewa kimono tak kat situ & aku pakai tak kimono?
Jawapannya : Aku tak pakai kimono kat sana sebab tak nak membazir duit bayar sewa kimono.
Kat Gion, boleh sewa kimono, harga die 3000yen untuk sepasang kimono..
So, tepuk dada tanya selera, nak sewa ke tak..
Aku dah tepuk dah dada aku, and hati aku kata "TAK PAYAH!"..hahaha
 
********************************************
Selepas gi Gion, aku terus gerak ke Arashiyama semata-mata nak tengok Bamboo Forest...
 
How to get there :
 
1. Dari Gion, aku naik train 'Hankyu Kyoto Line', kat stesen "Kawaramachi".
2. Pastu, stop kat stesen "Katsura", tukar train naik 'Hankyu Arashiyama Line'.
3. Then, terus menuju ke stesen paling last , stesen 'Arashiyama'.
 
Aku diberitahu oleh tourist information counter, yang aku kene berjalan kaki 20 minit untuk pergi ke Bamboo Forest. Dengar je 20 minit - "what!!".. Macam nak pengsan dengar kena berjalan kaki 20 minit.. Sebab aku duk terbayang kat Malaysia kalau nak jalan kaki 20 minit, memang berpeluh semua baju , basah dengan air peluh jer pastu pulak dengan bawak anak kecik.. huhu..
 
Nak tak nak, aku terpaksa berjalan sebab dah tak ada cara lain untuk ke sana melainkan dengan berjalan kaki. Rupa-rupanya ramai giler  orang jalan kaki, so ok lah, tak terasa la jauh tu, plus pulak dengan cuaca yang sangat sejuk, memang tak berpeluh la ketiak aku & baju aku confirm tak basahla dengan air peluh..
 
Ok, keluar jer gate train station "Arashiyama" ni, korang akan Nampak kedai runcit AEON kat sebelah kanan. So, kalau nak beli apa- apa, boleh la beli kat AEON ni. Kedai runcit AEON kat Arashiyama ni sebesar 7-eleven jer... kecik jer, bukan macam pasaraya AEON yang biasa kita Nampak. Kiranya kat Jepun ni, AEON ni multi-level shopping retail, dari sekecik-kecik kedai, sampai sebesar-besar One Utama..
 
Lepas nampak kedai runcit AEON sebelah kiri, terus je jalan ke depan. Follow je adik, kakak ,abang, makcik, pakcik kat depan tu. Sebab dieorang pun nak ke sana jugak... Jalan punya jalan, then korang akan jumpa dengan jejantas macam dalam gambar bawah ni..
 


Jejantas ni sebenarnya merentasi sungai ni.. See sungai die.. Sangat-sangat jernih...

Pastu, kita akan jumpa sungai yang besar ni pulak... memang nyaman lepak kat sini...

Lagi nyaman bila dapat ambik gambar selpi bawah pokok tak de daun ni...
 
Tak tahu dah nak cakap apa.. Terpegun sangat tengok air sungai die yang sangat-sangat jernih.. Siap boleh minum lagi. Semua sungai kat Kyoto & Osaka macam ni.. Bersih TERSANGAT-SANGAT!

Ramai orang lepak & beriadah kat sini.. Ini 'Nakanoshima Park'

Pastu, jalan depan lagi akan jumpa dengan jalan besar (jalan utama),
and nampak beca Jepun ni.
Ni beca tradiosional Jepun.
Kalau kat Tokyo tu, boleh nampak benda alah ni kat 'Asakusa'.
Sape yang tak larat nak jalan, boleh naik beca ni pergi bamboo groove..
Orang yang bawak beca ni tahu cakap melayu sikit-sikit sebab
ramai sangat pelancong Malaysia datang sini especially Malaysian Chinese.

 

Then,kene lalu 'Togetsu Bridge' ni. Bridge ni cross 'Hozugawa River'. Kat River ni ada boat cruise. Traditional Japanese Boat Cruise.. Cuba lah try. Aku hari tu tak naik pun..
 

Ini die Pekan Arashiyama..


Ini Bandar Jepun lama. Dieorang amsih kekalkan estetika tradisional Jepun zaman dulu-dulu termasuklah dari segi pedestrian walk, street lighting, shop house, residential house , pendek kata kalau nak tengok Bandar Jepun zaman dulu-dulu, kat sini lah tempatnya...

Aku suka sangat style ni. Ni gate rumah local people kat sini.. Sangat-sangat klasik kan. memang real Japan! 
 
Nak sampai ke Bamboo groove tu, korang akan jumpa banyak Shrine & Temple kat sepanjang jalan tu.. Even kat Arashiyama ni memang banyak sangat shrine, tak terkira aku betapa banyaknya..  Bamboo Forest ni terletak kat 'Nonomiya Shrine'. Kiranya, on the way nak sampai ke 'Nonomiya Shrine', kita akan lalu dengan kawasan bamboo ni..
 
Ni die jalan masuk ke 'Nonomiya Shrine'. Kecik je jalan nya



See! That's bamboo..

Ni pulak kubur orang Jepun kat sini.. Kalau tak pernah tengok macam mana kubur masyarakat Jepun, inilah rupanya. Aku pun first time gak tengok ni...

Dah 20 minit berjalan, akhirnya sampai lah ke  'Nonomiya Shrine'.
 
Dah sampai ke shrine ni, aku tak stop kat sini je tau, aku terus jalan lagi ke depan sebab aku nak cari tempat strategik untuk 'bersolat'. And kat depan tu, view die lagi cantik...

Ada banyak beca yang menanti penumpang. Kalau malas nak jalan kaki, naik je beca ni...
Harganya aku tak tahu berapa..
(tak sesuai untuk orang yang bawak stroller macam aku,
tak de tempat nak letak)

also, U can see autumn foliage here!
 
 
The Bamboo Forest Trail
 
And finally, u reached here (gambar bawah ni)
Ni laluan train, so kena tunggu train jalan dulu, baru boleh cross the road 
 
 
Since hari dah petang, kiteorang nak kene solat.. So, nak kene cari tempat yang strategik untuk ambik wudhu (bekalan air dalam beg dah habis) & bersolat.. So, jalan punya jalan, kiteorang jumpa padang permainan. Padang ni padang sekolah - elementary school. So, budak-budak yang main kat sini semua pakai name tag..
 

Tengok! Si budak kecik tu nak join sekali main bola dengan abang-abang

Kat padang ni ada toilet & ada baby room (but no nursing k)..So, kiteornag ambik wudhu kat sini & tukar diapers FL sekali kat sini

And kiteorang solat kat tepi toilet ni... Tempat die bersih & tak berbau langsung.. So, boleh solat dengan tenang.. Aku memang ada bawak sejadah dalam beg. And tikar tu, kebetulan ada kat situ, jadi we all guna lah untuk alas & bentang sejadah yang aku bawak...
 
Aku guna diapers beg ni.. "Ju Ju Be - Be Right Back".. Die ade banyak poket macam poket doraemon, so aku boleh sumbat banyak barang dalam ni termasuklah sejadah..
 
**Tips untuk solat : Mungkin korang boleh spare 1 botol air kosong dalam beg in case takut tak ade or tak jumpa punca air  untuk ambik wudhu'..

Lepas solat, kiteorang terus balik hotel naik JR train. Jalan pulang, kiteorang tak ikut jalan yang dating tadi, sebab jalan tu gelap (takutlah dalam gelap), so, kiteorang cari train station lain yang dekat-dekat dengan situ. Cari train station through the map along the road side..
 
** The end, nanti aku sambung lagi..
Thank you for reading!

Travel :: Gion, Kyoto

in , , , by dorsett pink, December 01, 2015

Sambungan dari entry INI 
Gion?? ENtry penuh dari entry ni - "Wordless Kyoto - Gion"

GION ni bandar lama kat Kyoto. Even Kyoto sendiri pun historic city of Japan. Kalau nak tengok negara Jepun dulu-dulu, better la datang ke Kyoto. Tak rugi!  Kalau nak tengok Geisha & Maiko, kena pergi ke Bandar GION.. GION ni pun dikenali sebagai Geisha District. Tak ada tempat lain di Jepun ni yang ada Geisha & Maiko, Hanya di Kyoto korang dapat jumpa dieorang..

GION ni kira down town of kyoto la. Tapi tak semestinya kita dapat jumpa Maiko atau Geisha. Geisha & Maiko ni penyanyi atau performer tradisionall Jepun, susah la nak jumpa dieorang kat luar melainkan kalau korang beli tiket untuk tengok performance dieorang. Kalau ade rezeki, boleh la terserempak... Aku hari tu pergi pagi-pagi, so tak dapat la jumpa... Yang aku jumpa cuma, rakyat tempatan biasa yang pakai kimono & yukata.

Nak tahu apa tu Geisha & Maiko, boleh baca sini..

How to get there?
1. ambik train 'Keihan Line'
2. stop di stesen 'Gion-Shijo'.
3. Keluar ikut gate 7, Belok kiri.
4. Jalan a few steps. Then, korang dah boleh nampak Geisha District ni.
Nanti ada la ramai local people pakai kimono. 


Ni die Geisha District

Even peniaga kat sini pun ramai yang pakai kimono ..
Macam kat Malaysia la, ramai yang pakai baju kurung.. 


Mula-mula, aku mintak nak ambik gambar dengan dieorang


Pastu, dieorang pulak mintak nak ambik gambar dengan aku sorang...
*Terujanya*
(Kembang bulu ketiak jap)


Ni salah satu kedai makan Jepun kat sini


Sekarang dakam fasa nak tolak stroller sendiri

Kat sini ramai tourist. Kiranya tourist spot la.. So, ada banyak la kedai sourveniour kat sini tapi MAHAL..


Penat! Rehat la dulu mummy..

ni lorong belakang

memnag ramai orang kat sini. Local & tourist sama ramai

Ni pun lorong belakang 

Ni rumah lama Jepun.. Semua kayu

Aku suka style ni!





Kalau keluar gate 7, belok kanan, korang akan cross  korang akan nampak bandar yang moden, so ada tempat shopping la kat situ.. Korang akan cross Gion Bridge


Ini Shirakawa River.. 
Semua air sungai di Kyoto ni snagat-sangat jernih. 
Siap boleh nampak ikan berenang-renang. 
Dan pastinya, air tu bersih kan , kita boleh minum..
Kiri kanan sungai dibuat tempat rekreasi, so boleh la nak jogging ke atau nak lepak..

Ni rumah-rumah kediaman di Gion. 
See, belakang rumah dieorang ada sungai, tapi actually tu bukan sungai, tu longkang.
 Longkang dieorang design macam sungai kecik, kiranya macam rezab sungai la...
 And air longkang pulak sangat-sangat jernih,
 siap ikan-ikan boleh berenang dengan riang gembira.. 

Masa ni FL tengah tido..ZZZzzz.. ZZZzzz


Dekat Gion ni sekejap jer, then kami gerak ke Arashiyama pulak naik train.. Tapi tak boleh naik train yang masa datang tadi, kena naik line lain pulak, so kene berjalan few steps untuk pergi ke stesen 'Kawaramachi'.. Nanti aku cerita pasal Arashiyama pulak..

So, till we meet again in next post..
Thank you for reading ya!

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE