Tuesday, 29 December 2015

Teknik Sonotron Hilangkan Batuk

Pause jap entry Kyoto - Osaka...
Aku nak post entry pasal sonotron ni sebelum aku buat pekasam dalam laptop aku ni..
 
******************************#throwback,
Masa musim jerebu teruk hari tu (September 2015), anak aku (FL) kena batuk hamper sebulan & selsema on off.. Kesian die, tak selesa.. Sebulan tu tempoh masa yang lama. Masa tu aku memang bengang giler dengan Kerajaan Indonesia sebab "buatkan" jerebu kat Malaysia..

 
Masa tempoh tu, aku tak keluar rumah langsung untuk beriadah, even tak pergi pun shopping complex. Hanya terpaksa keluar rumah untuk ke university & hantar FL ke nursery. Dalam umah, tingkap semua ditutup. Dalam kereta, tingkap pun tutup tapi FL ni sensitive, budak eczema la katakan.. Memang sangat-sangat sensitive dengan perubahan cuaca. Walaupun hanya menghirup udara tercemar tu untuk beberapa saat, die diserang batuk-batuk berkahak sampai sebulan...
 
Dah try buat teknik "sponge" tapi tak berkesan.. So, ada kawan suggest pergi bawa jumpa Dr.Nadir (Klinik Wangsa), Dr. Nadir buat teknik sedut kahak. Dr. Nadir ni famous, orang kata pakar sedut kahak la. Kalau bawa anak yang tengah batuk, selsema & berkahak jumpa Dr.nadir, confirm akan sembuh lepas jumpa Doc.. Dr.Nadir ni M.O (medical officer, bukan pakar) (ex-doctor kat Hospital Damai) tapi die dah macam pakar dah dalam dunia perubatan kanak-kanak. Kalau sape-sape rasa nak jumpa Dr.Nadir ni, boleh contact Klinik Wangsa (kat Wangsa Maju, KL) , 03- 4142 1614
.
Tapi kebetulan masa tu anak aku tengah sakit tu, Dr.Nadir tak ada di Malaysia. Dia tengah bercuti di luar negara. So, hasrat kami nak jumpa Dr.Nadir tak kesampaian sebab kami dah tak boleh nak tunggu lama lagi... Kesian sangat tengok FL ni, batuk tak henti-henti, tido malam pun tak lena.
 
So, search punya search, kami jumpa 1 klinik kat Lembah Keramat - KLINIK KELUARGA (Signboard warna hijau) yang buat teknik sonotron untuk buang kahak.. Bukan saja kanak-kanak boleh buat teknik ni, orang dewasa pun boleh. Doctor kata (and baca review orang ramai jugak) at least 3 kali kene ulang-alik ke klinik untuk buat sonotron ni, baru berkesan kahak hilang.. Tapi kami hari tu, buat sekali jer, terus hilang batuk & kahak. Alhamdulillah....

Teknik sonotron ni , guna mesin yang dipanggil "Sonotron". Mesin ni menggunakan frekuensi haba untuk MENCAIRKAN KAHAK di bahagian dada. So, Doktor, akan halakan (macam sembur air), ke arah dada pesakit, belakang dada dan juga dekat hidung sebab hidung tersumbat disebabkan selsema)..

Mula-mula princess ni duduk diam sebab excited bende alah ni.
Tapi lama-lama die boring & tak duduk diam dah..

Kat belah belakang pun kena buat jugak..

 
 Proses ni ambik masa dalam 10-15 minit, lepas tu, terus balik, no ubat-ubat...and no pantang-pantang.. Alhamdulillah, berkesan. lepas buat sonotron ni sekali. Batuk FL terus hilang & dia dapat tido dengan lena lepas tu..
 
Kalau sesiapa nak buat sonotron ni, boleh la pergi ke Klinik Keluarga (signboard warna hijau),
kat jalan AU5D, Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur.  
Thank you for reading!

5 comments:

  1. hai...tq sudi baca blog saya
    pasal komen hilang tu
    tak tau plak saya xpernah pulak saya delete komen orang
    maybe blog gile kot hehehe
    btw selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... tak jumpa yg satu ada satu lagi doktor yg dpt membantu juga
    Biasa budak kalau batuk memang malam tak tidur sebab bila batuk terjaga..
    Sekarang dah lega boleh lenalah...

    ReplyDelete
  3. ooo baru tau benda2 mcm ni, huhu..
    bkn anak je xleh tido, dgn makpak pun xleh tido klu anak xtido kan...
    alhamdulillah dah sembuh..

    ReplyDelete
  4. Mujur ada rawatan alternatif. Kalau tak kesian kat FL tak selesa,..

    ReplyDelete
  5. orang dewasa boleh x kak ? ngeeee ahahaha..

    ReplyDelete