Sunday, 20 November 2016

Groceries Shopping While Travel

http://dorsettpink.blogspot.my/2016/11/pengumuman-dorsett-pink-nak-bagi-hadiah.html 
Pencarian Top Commenter Blog Dorsett Pink - klik SINI untuk join

Biasanya kalau gi travel either dalam negara atau luar negara, aku akan pergi shopping groceries . Boleh baca entry aku ni untuk TIP-TIPS for Groceries Shopping while travel.

So, aku nak cerita. Last week aku pergi Melaka and stay kat Avillion Legacy Hotel. Makanan kat hotel tu TAK SEDAP. Breakfast dia tak best, tak menepati citarasa aku. So, the 2nd  day, kitaorang plan tak nak breakfast kat hotel dan nak bersarapan dalam bilik jer. So untuk itu, kenalah pergi beli barang-barang nak makan. Tak nak makan kat luar sebab lepas makan nak gi swimming, nanti kalau makan kat luar lambatlah swimming.  Kebetulan hotel tu depan The Store. Senanglah, lintas jalan jer dah terpacak kat dalam The Store tu.

Inilah barang-barang makanan yang kitaorang beli. 

Masa tu aku tak bawak shopping bag sebab aku ingat hari tu hari Jumaat, so hari Jumaat boleh la dapat plastik free sebab biasanya hari Sabtu jer yang "no-plastic-bag day" tapi hamppehhh.. Kat The Store tu hari-hari "no-plastic-bag". So, terpaksalah beli shopping bag ni. Nasib baik lah RM 2 jer satu. Nak beli 1 jer tak cukup, so terpaksa beli 2. So sad..

Aku ni tak belajar langsung dari pengalaman. Nahh! Ambik kau - tak semena-mena kena bayar RM4".. hhhuuuuuuwwaaa.. Dulu masa pergi Vienna sama gak. AKu pergi shopping groceries terlupa nak bawak shopping bag sebab kat Europe memang kena bawak shopping bag sendiri hari-hari, bukan hari Sabtu jer. So, terpaksalah kitaorang membeli shopping bag dari store tu which cost 2 euro. Kalau convert 2 euro tu bersamaan ngan 8 ringgit la duit kita... huuuwaa.. RM8 just for the plastic bag jer.. Apa perasan ko?? So, confirm sampai sekarang aku masih lagi simpan plastic bag RM 8 tu.. Plastic bag dia tu rupa macam plastic bag MAKRO kalau korang masih ingat (masih ingat ngan MAKRO). 

Lepas ni, aku kena beringat la untuk bawak shopping bag pi mana-mana.

 Inilah dia officer pemantau - yang pantau and check apa yang mummy beli.
(well baby, mummy dont buy LV's bag ok!)
 

14 comments:

  1. YES I STILL REMEMBER MAKRO. Ahahahah... Alahai. Kita ni hidup sezaman agaknya. Bagus sebenarnya langkah nak save the environment ni, cuma kadang kita la kalau tak plan nak beli groceries, tak adala bawa beg sendiri.

    ReplyDelete
  2. nasib baik hanya RM4.. tak rasa sangat kot. Lagipun bag tu boleh pakai byk kali.. Tahan lasak.

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  3. Hihi...
    Sama la kalau mai Penang pun kena ingat ya...
    Everyday no plastic bag

    ReplyDelete
  4. mujurlah baru rm4. takpela kena simpan lama plastik tu

    ReplyDelete
  5. Masaalahnya kita ni selalu lupa je nk bawa shopping bag haha dah no plastik beg day terkial2 tak tau nk letak kt mana

    ReplyDelete
  6. Tak ramai yg alert hal ini semua DP.

    Terima kasih bertanyakan khabar kakak.
    Kakak amat menghargainya.

    ReplyDelete
  7. jemput datang tempat saya ye =)

    ReplyDelete
  8. Shopping bag memang kena sentiasa ada dalam handbag sekarang nikan...? sebab di rumah ni dah berlambak-lambak plastik... plastik kalau tak lipat memang akan makan ruang.

    ReplyDelete
  9. Shopping bag memang kena sentiasa ada dalam handbag sekarang nikan...? sebab di rumah ni dah berlambak-lambak plastik... plastik kalau tak lipat memang akan makan ruang.

    ReplyDelete
  10. Kalu beli plastik bag 20 sen pon SS kira! Ahaksss...

    ReplyDelete
  11. Terasa rugi kan duit dok beli shopping bag... Nak2 bila kenangkan soping bag banyak tak pakai kat umah... ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. ingatkan beli barang nk masak tapi sis nampak megi di situ heee..makan kat hotel x sedap? mmg kena komplen ni

    ReplyDelete
  13. skrg ni part yg boleh jimat kita jimat sehabis boleh..sbb esok 1 Dis harga minyak petrol Ron 95 naik lagi 15 sen so harga baru minyak petrol RM2.05

    ReplyDelete
  14. dekat kelantan ni sabtu hari tanpa plastik, gigih mek masuk dlm troli semuanya, hahah. penuh bonet kete.

    ReplyDelete