Saturday, 28 January 2017

Bila Anak Umur 2 Tahun Belajar Solat

Aku selalu bawak FL pergi masjid sejak dari dia kecik lagi. Kadang tu sengaja singgah masjid just untuk lepak-lepak or rehat-rehat jer (kalau sebelum tu dah solat), sebab nak biasakan dia dengan suasana masjid. And kesannya, dia suka sangat pergi masjid. 

Kadang tu, tak semena-mena dia ajak aku gi masjid. Sebabnya dia suka main-main dan jumpa kawan baru kat masjid. Masjid kan luas, so dia rasa lapang. And FL ni jenis peramah, bila kat masjid, dia jumpa budak-budak lain, dia main lah dengan diaorang, dah dapat kawan baru.. Nanti bila masuk kereta , dia cakap tadi dia main dengan 'kawan' walaupun baru kenal seminit. hihihi... Budak-budak memang suka berkawan..

Lagi satu aku perasan, bila datang masjid, FL akan mengerjakan solat dengan rela hati tanpa perlu disuruh. Kalau kat umah tu, dia ikut mood. Mood dia baik, dia solat lah, kalau mood dia nak main, dia tak solat la. 

Dia baru umur 2 tahun 7 bulan, so korang boleh agaklah macam mana dia solat - tak adalah perfect macam kita. Dia cuma ikut kita solat jer - angkat takbir, baca al-fatihah, rukuk, sujud, doa, dah! Biasanya dia solat 2 rakaat jer paling maksimum, pastu dah buat haluan sendiri. But it's ok - baby step. At least dia tahu kita wajib solat hari-hari.

 
 Sebenarnya, sejadah ni aku bentang melintang untuk 2 orang solat (aku dan dia), 
tapi dia masih lagi tak tahu yang 1 sejadah boleh digunakan untuk 2 orang pada masa yang sama. 
So, dia solat jer sorang-sorang macam ni ikut arah sejadah, 
bukan ikut kiblat. hihi


Dan lagi satu aku perasan, dia start belajar ambik wudhuk kat masjid. Sebabnya dia tengok mummy akan masuk ke bilik wudhuk atau ke tandas untuk ambik wudhuk sebelum solat. Kalau kat umah tu, dia tak perasan mummy atau daddy dia ambik wudhuk sebab dia sibuk main or sebab kitaorang tutup pintu bila masuk toilet, so dia tak tahu pasal wudhuk tu. Tapi kalau kat masjid, tempat wudhuk tu terbukak, so memang dia boleh nampak. Dan lama-lama, dia nak ikut buat sekali ambil wudhuk. 

And after that, dengan sendirinya sekarang dia akan ambik wudhuk sebelum mengerjakan solat. Wudhuk dia tak ikut turutan.. hihi.. Kadang-kadang, basuh kaki dulu, pastu muka, pastu telinga, pastu baru lengan. Kadang tu, basuh muka, telinga, tangan, then kaki. Kadang tu, basuh telinga dulu. Takpelah.. baby step.... Nanti lama-lama dia akan belajar dengan sendirinya. At least, dia dah boleh ambik wudhu sendiri sebelum solat, walaupun di rumah.

Bila dah penat solat, macam-macam aksilah dia buat... 

And aku rasa, sekarang dah tiba masanya untuk aku beli telekung solat untuk dia. 
Korang tahu tak kat mana ada jual telekung solat untuk kanak-kanak? 
Kalau online lagi bagus..

8 comments:

  1. good start.. moga jadi anak solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih kak Yan. Sy doakan semoga dia menjadi anak solehah kelak.amin

      Delete
  2. Hehehe..ragam anak-anak kan..lama-lama elok nanti dia ikut kita solat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. ragam anak- Anak memang macam-macam idzwa

      Delete
  3. Alisya dulu pun macam tu la... solat main-main... ajar dari kecil... sekarang dah darjah 1, tau dah... walau ada juga lagi yang kena betulkan... 😊 hehehe part 2 rakaat je tu comei je baca.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kat ofis mek ni ade jual telekong budak :) kalau DP nk tgk bleh la emel dekat mek ayunieramli@gmail.com nanti kita tukar no phone ;)

    ReplyDelete
  5. Good pendekatan intan ni..anak2 ni perlu di didik dari seusia muda sbb bebudak cepat belajar

    ReplyDelete