Wednesday, 1 November 2017

Dalam library pun nak bergaduh!

Hari ni aku buat kerja kat library macam biasa. Library ni sama je macam library-library lain, tak boleh tinggal barang dan meja library tu bukan ko punya!

Sistem nak guna guna meja kat library ni ialah 'first come-first serve', siapa cepat-dia dapat. Kalau ko datang awal, boleh lah ko dapat meja, tapi kalau ko datang lambat, alamatnya memang tak ada tempat la untuk ko. 

Pastu cerita hari ini disini. Ada sorang student perempuan ni warga asing- rambut blonde- mata biru, duk mengadu kat kat kawan dia yang duk sebelah aku ni. Dia cakap kuat, sampai ke gegendang telinga aku ni dengar dia marah-marah. Adussss! Bising betul lah!

Aku istilahkan dia sebagai Si A. Dia mengadu kat kawan dia tu (sama warganegara dengan dia), yang dia tak dapat duduk kat meja yang dia selalu duduk tu. Dia cakap, dia dah 2 tahun duduk meja tu, alih-alih hari ni orang lain (perempuan) duduk situ. 'Bitch!', dia kata kat budak perempuan yang duduk kat meja tu (Student perempuan ni aku istilahkan dia sebagai si B). 

Ye lah, dah ko lambat! Mana dapat ko nak duduk situ. Tapi dia tetap nak cakap, yang meja tu dia punya, dan dia berhak duduk situ. 

Ini notis yang ditampal di semua meja. 


Bukan salah Si B yang duduk situ, sebab dia datang awal, so dia berhak la duduk situ. Lagipun kat setiap meja memang dah ditampal notis atas tu. 

Si B ni cakap lah kat Si A sebab dia datang dulu, and kat meja tu tak ada tulis nama sesapa dan jugak kat situ pun dah tertulis - 'if you left your seat more than 30 minutes, others have the right to use it'. Tapi Si A tetap jugak kata meja tu dia punya walaupun dia datang lambat sebab dia dah study kat meja tu untuk 2 tahun. Sebelum ni tak ada pun orang duduk situ. 

Si A tetap tak puas hati. Tapi Si B tak nak jugak mengalah. Ye lah, kalau aku jadi Si B pun, aku tak mengalah jugak, dah sape suruh dia datang lambat. Kalau nak sangat duduk situ, lain kali datanglah sesudah Subuh, duduk terpacak kat depan pintu library, and ko akan jadi orang pertama masuk library! So, meja tu ko punya.

 Adusss.. benda kecik pun nak bergaduh..

Inilah salah satu sebab kenapa aku tak suka kat student warga asing. Ada banyak lagi sebab lain. Aku lebih suka dan selesa dengan student warga Malaysia dan Indonesia.

16 comments:

  1. Adoi.. kelakar pulak.. berebut meja je pun...hahaha

    ReplyDelete
  2. Pelik² juga student foreigners ni, dah tempat tu tempat awam, bukan hak sendiri lah namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelik jelita. Diaorang mmg selfish.. Banyak benda la diaorang selfish. Salah satunya kes meja tu la

      Delete
    2. Kalau duduk hostel lagi la.. Sesapa yang duduk satu bilik ngn foreigner, bertabah la

      Delete
  3. berebut meja je pun, childish jugak minah blonde ni. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Bawa meja sendiri lah.. tak berebut..

    ReplyDelete
  5. Kelakarnya. Macam2 perangai ye. Lain lah dekat meja tu ada tulis hak milik si A. Then understood lah si B tu. Huhu

    ReplyDelete
  6. nasib baik berebut meja jer..kalo berebut pakwe..sure lagi haruuu..ekekek

    ReplyDelete
  7. Hahaha tapi mmg tak terkejut kalau wujud org macam nih..

    ReplyDelete
  8. KALAU DIBIARKAN HBS HAK KITA DIREBUTNYA..ITU BARU KISAH DLM LIBARI

    ReplyDelete
  9. hahahaha~ itu baru berebut meja, belum kes berebut boifren.. kalau tak mesti lagi teruk perangai beliau.. eh !! over !!

    ReplyDelete
  10. hehehe maciam2 perangani gelagat manusia ni. sabar jela tengok ragam orang..

    ReplyDelete
  11. adoii apa lah masalah si A tu. mcm xde tempat lain nak duduk

    ReplyDelete
  12. Amboi dah 2 tahun. Suruh dia beli jelah meja tu senang.

    ReplyDelete
  13. Manusia mmg macam ragam kan DP....Sangguplah si A gaduh berebut meja adoiyai...

    Best jugak sesekali layan drama dlm library hihi

    ReplyDelete