Friday, 10 November 2017

Makan Epal Segar dari Pokok di Cromwell, New Zealand


Kalau korang bercuti kat South Island New Zealand, masukkan lah tempat nama 'CROMWELL' ni dalam itinerary korang. Tempat ni wajib pergi tau selain dari Wanaka. Dekat je dari Wanaka. Dalam 15-20 minit drive. 

Cromwell ni terkenal dengan buah-buahan. Kiranya kalau korang nak makan buah-buah segar dari pokok, inilah tempatnya. New Zealand kan antara pengeluar / peng-eksport buah-buahan terbesar kat Rantau Asia. So, inilah tempat pengeluaran buah tu. Pastu, kalau dah datang Cromwell, tak makan buah memang TAK SAH!.

Hari tu, kitaorang pergi ke Ladang Buah milik Mr.Jackson kat Jackson Orchards. Alhamdulillah, kitaorang sekeluarga mendapat layanan yang baik dari Mr. Jackson, his family and all his staff. 

Mr.Jackson ni walaupun dia orang kaya-pemilik ladang terbesar tu, dia sangat humble - dia sendiri yang buat kerja-kerja ladang, bersihkan ladang dia dan kutip buah. Salute la gua..

Ini kedai buah di Jackson Orchards ni. Korang boleh beli fresh fruits kat sini. Murah!

Percaya tak aku cakap fresh?
 Ini buktinya. Masa kitaorang datang hari tu, truck ni tengah loading buah-buah ni kat dalam kedai ni..

Kat sini gak ada kedai ais krim

Pekerja kat sini kebanyakannya bukan warga New Zealand. Mereka ialah foreigner. So, kalau korang nak rasa bekerja kutip buah kat NZ, korang boleh apply kerja kat sini. Syaratnya mesti umur kurang dari 30 tahun dan ada lagi lah syarat-syarat lain yang Kerajaan NZ tetapkan..

Ini dressing - antara produk yang dijual di sini



 Sedap buah ni... Fruits dan vegetables yang dijual disini ialah hasil tanaman dari Ladang ni...

 Kitaorang ambik tour farm. Harga tiket untuk seorang ialah NZD 24. Kanak-kanak free. So, FL tak perlu bayar. Touring tu naik truck ni. Kitaorang spend masa dalam farm ni lebih kurang 1 jam setengah. 

Pemandu pelancong kitaorang ialah Miss Catherine. Dia sangat baik & peramah. Dia treat kitaorang macam kawan dia jer. Catherine ni dah kerja kat farm ni sejak dari dia kecik lagi sebab dia kata ayah dia kawan baik dengan Mr. Jackson. (Sorry tak ada gambar Mr.jackson dalam entry ni, tak sempat nak ambik hari tu). So, ayah dia tolong Mr.jackson ni bukak ladang ni dulu.Aku rasa ladang ni dah berusi lebih dari 30 tahun kot.

Budak yang paling excited - tak sabar nak makan epal katanya


Epal gala - manis giler

Ni pokok epal gala. Ada macam-macam jenis pokok epal kat sini. 
Yang paling sedap memang epal gala la.

Ni kawasana ladang ni. Besar giler. 
Selain dari epal, ada macam-macam jenis buah ditanam kat sini. Kiwi pun ada.




Ini terusan yang digunakan untuk tujuan saliran dan perparitan kat dalam ladang ni. Besar terusan ni...
Catherine tengah brief kitaorang pasal sistem saliran kat sini

Ini rumah Mr.Jackson.
Bestnya ada rumah dalam ladang.. Besar giler banglo dia..
 
Ini pulak jalan masuk ke rumah Mr.Jackson.
Bestnya ada landskap macam ni kat rumah. Aku berangan nak ada landskap macam ni gak. hehe (Tak salah berangan - tak kena bayar pun. hehe)

Ni pulak landskap depan rumah Mr.Jackson. Rasa macam kat Switzeland kejap

 Ini kaedah yang digunakan untuk bersihkan ladang ni.  Buah-buahan yang kotor dan buruk automatik masuk ke dalam 'penyapu' tu.

 Ni antara buah yang ada kat ladang ni..
 

Masa melawat ladang ni hari tu, macam-macam jenis epal aku belajar. Selama ni duk tahu epal merah, epal hujau, epal Fuji je, rupanya ada banyak jenis rupanya.  Kalau kat Malaysia, jarang boleh jumpa epal ni, maybe sebab mahal kot nak import tu.  

 Lepas dah melawat ladang, kitaorang ditunjukkan cara diaorang asingkan buah yang berkualiti dan tak berkualiti. Hanya buah-buah yang berkualiti saja yang dijual & dieksport. Diaorang guna sistem canggih. Semuanya mesin yang buat - so tak perlu hire ramai staff untuk kerja.

Masa dah habis tour dan nak balik, kitaorang diberi 2 kotak buah-buahan (besar kotak tu macam gambar kat atas tu) PERCUMA (actually dah termasuk sekali dengan harga tiket kot). Sebab apa 2 kotak? Seba kitaorang datang dengan 2 bijik kereta. So, 1 kotak untuk 1 kereta, boleh buat kudap-kudap masa dalam perjalanan.

So, kalau korang datang NZ, jangan lupa singgah sini tau makan buah. Pengalaman manis sekali seumur hidup! hehe..

Thank you for reading..

9 comments:

  1. SEDAPNYA DAPAT MKN EPAL SEGAR NZ DLL

    ReplyDelete
  2. mesti lagi rasa juici kalau dpt makan fresh dr situ

    ReplyDelete
  3. peaches tu geramnya...buah favourite..

    ReplyDelete
  4. terliur tgk epal tu...tetiba lapar.. walhal bila gi kedai kat sini..xde perasaan pun kat epal tu..hahah

    ReplyDelete
  5. Seronok yang amat tengok DP bercuti di NZ..

    ReplyDelete
  6. Antara wishlist Ana yg plg utama NZ ni sis. Suka sgt tgk nature dkt NZ. MasyaAllah cantik sgt.

    ReplyDelete
  7. Bestnya jalan2..dapat pulak makan epal segar dari ladang..

    ReplyDelete
  8. akakkk tolong bawak kitaa pergi New Zealand!! hehehe

    ReplyDelete