Depression - Sampai Rasa Nak Bunuh Diri!

in , , , by dorsett pink, January 18, 2018
Baru hari ni aku ada kekuatan nak tulis pasal benda ni. Depression!

Isu ni semakin hangat diperkatakan sekarang di Malaysia, lebih-lebih lagi bila ada beberapa artis Malaysia yang 'terperangkap' (macam Iqram Dinzly, Farid kamil) dalam masalah ni, walaupun isu depression bukanlah isu yang baru. 

Jangan buat main woooo dengan TEKANAN a.k.a DEPRESSION. Seriously, benda ni boleh bawak maut. Aku dulu pun macam tak percaya gak sampai duk kutuk-kutuk orang yang bunuh diri atau cuba nak bunuh diri. Tapi bila kena kat diri sendiri - baru ko insaf DP!

http://blogs.jpmsonline.com/wp-content/uploads/2017/06/bigstock-Depression-Miserable-Depresse-158698946.jpg

Dalam hidup ni, semua orang ada masalah. Tipulah kalau kata dia tak ada masalah. Even Ustaz-ustaz alim-ulamak pun ada masalah jugak. Tapi ia bergantung pada macam mana orang tu boleh control masalah tu. Seriously, sepanjang aku hidup kat dunia fana ni, aku memang ada banyak masalah dan Alhamdulillah semuanya aku tanggani dengan baik - tak ada lah sampai rasa nak bunuh diri. Betul weeyyh, tak adalah aku tertekan sampai rasa tahap nak bunuh diri. 

Tapi hujung tahun lepas aku betul-betul tertekan. Depress sangat-sangat sampai rasa nak bunuh diri. Bukan main-main wehhh, seriously itu yang aku rasa. Aku tak pernah rasa macam tu sebelum-sebelum ni, tapi di saat itu, itulah yang aku rasakan.

Kalau korang tengok blog achive aku kat belah kanan blog ni, Bulan December 2017 aku tak banyak update, tapi aku tak adalah cerita kat blog atau kat IG. Cuma hari ni baru aku ada kekuatan nak bercerita. Aku bersyukur sebab suami tercinta sentiasa support dan tolong aku keluar dari belengu tekanan tu sampai dia terpaksa ambik cuti 3 minggu untuk teman aku kat rumah... huhu. Thank you sayang. But, aku rasa dia pun turut sama tertekan jugak kot, cuma dia tak tunjuk jer sebab nak bagi kekuatan dekat si isteri.

Dan sekarang, Alhamdulillah segalanya telah kembali ke keadaan normal semula.

Kenapa, Apa Masalah Ko Sebenarnya?

Kalau setakat orang duk kutuk-kutuk aku, buat fitnah pasal aku, bash aku kat mana-mana even kat blog or social media - aku tak kisah lagi, aku tak ambik port pun. Lantak korang la. Terima kasih sebenarnya sebab bagi aku PAHALA PERCUMA. Tapi ni depress pasal diri aku sendiri - tak de kene mengena dengan orang lain.
Meh aku ceritakan. 

Mula-mula masa aku pregnant (1st trimester), aku penat sangat-sangat. Penat yang melampau sampai rasa nak baring jer. Then, anak aku si FL ni duk buat perangai - tantrum tak tentu arah. Sebelum-sebelum tu dia tak pernah pun tantrum, jadinya bila keadaan tu berlaku, aku jadi shock , panik, dan tertekan - tak tahu nak buat macam mana, sampai aku rasa nak bawak dia pergi jumpa child therapist. Tapi en.suami tak bagi. So, dia bagi lah beberapa TIPS untuk control tantrum anak.

Lepas praktik tips-tips tu, Alhamdulillah it works. So, FL dah tak tantrum lagi dah sampai lah sekarang. Kawan-kawan aku cakap - itu keadaan normal bila mommy pregnant lagi. Ok. Noted.

Lepas sebulan dua, aku OK, life macam biasa jer. Tapi bila hujung tahun hari tu, aku jadi tertekan sangat-sangat-sangat. Tertekan dengan study aku. Tertekan dengan kerja-kerja PhD aku. Deadline dah makin dekat, due date nak bersalin pun tak lama lagi tapi aku masih lagi tak siap apa-apa. huhuhu.. 

Aku tertekan sebab memikirkan yang tesis aku perlu dihantar ke Graduate School sebelum aku bersalin!

Aku hanya ada 2 tangan, 2 kaki, cuma ada 24 jam sama macam orang lain, tapi perlu menguruskan anak kecik dalam masa yang sama dan perlu rest jugak sebab aku preggy dan penat sangat. Rehat kena cukup untuk ibu mengandung, kalau tak nanti baby dalam perut yang affected. 

Mana mungkin aku menjadi supermom dalam masa 24 jam. huhu.  

http://www.telegraph.co.uk/content/dam/men/2016/09/12/A2C4M6_trans_NvBQzQNjv4Bq9SjhEj1Ei1cf1XMF_xVrnuSUWmGthg730yXxefBnW54.jpg?imwidth=450
Firstly, aku cakap kat kawan aku (colleague yang sama-sama buat phd ngan aku ni). Aku masih ingat lagi mesej whatsapp aku kat dia pagi tu - aku bagitau dia aku tertekan sangat-sangat. Aku nak bunuh diri!

Dia terkejut sangat-sangat! Dia pun macam tak percaya, sebab sebelum ni dia nampak aku ni kuat - bersolat! mengaji! selalu pergi masjid! Tetiba boleh cakap macam orang tak siuman. huhuhu.. Orang je nampak aku kuat, tapi sebenarnya TAK. Aku tak kuat mana pun, aku sama jer macm orang normal lain.

Dia tanya why? "Adakah sebab kerana Tantrum Anak aku tu ke?" Jawapannya TAK.

"Aku tertekan sebab study phd aku ni" itu yang aku bagitau dia. 

Aku cakap kat dia aku nak BUNUH DIRI sebab aku tak mampu lagi nak handle tekanan ni. Pastu dia cakap, "orang lain yang dah bunuh diri semua tu, semuanya pun sebab TEKANAN, sebab ADA MASALAH. Tak ada orang suka-suka yang nak rasa sakit , pergi bunuh diri". 

errrrmmm..

Aku cakap aku dah tak mampu lagi nak hadap semua ni. Pastu dia cakap, "try to talk to your husband, nanti husband akan peluk u". errrmm..

Pastu dia cakap "Pergi lah vacation, tinggalkan tesis tu kat rumah, and just berseronok jer, jangan fikir apa-apa". Tapi aku jawab "buat masa ni aku tak mampu nak fikir pasal vacation". huhu .

Then dia kata lagi "Pergilah swimming - u kan suka swim". Ok. Good idea. Tapi aku tak pergi pun swimming hari tu, tak sempat.

Then, aku cakap kat en.suami, aku bagitau dia yang aku tertekan, aku nak pergi jumpa psikiatri. (Aku tak cakap yang aku rasa nak bunuh diri).

Bila aku cakap macam tu, dia tahu itu benda yang serious. Dan dia jugak tahu aku tertekan sebab phd. Bukan sebab rumah tangga (dia kan husben, setiap hari ada kat umah, mestilah dia tahu). 

Pastu, dia terus slow talk ngan aku - cakap kat aku suruh aku buat banyak sikit ibadat. Dia tak adalah mention ibadat apa, sebab dia pun tahu yang aku suk buat solat tahajud, dhuha semua tu.

Cuma katanya, "ini UJIAN UNTUK KITA - UNTUK AWAK& UNTUK SAYA. Orang yang beriman akan selalu diuji, Tuhan nak tengok kita lulus tak ujian ni. Kalau tak lulus, means that, u memang bukan orang yang beriman lah. Sedangkan Nabi-nabi, Alim ulamak pun kena uji teruk-teruk, inikan pulak kita ni yang kecik macam ni"..

errrmmm.. betul jugak tu.. Last skali, dia suruh aku buat solat hajat, minta Allah bagi petunjuk keluar dari masalah ni.

Then, esokkannya, aku pun buatlah solat hajat seperti yang disuruh. Aku buat 1,2,3 kali. Lepas solat tu, aku tido. Then, lepas bangun dari tidur, aku rasa macam sikit tenang lah, dah tak rasa resah gelisah lagi. Pastu aku terus rasa nak kemas rumah - nak buat decluttering, nak reorganised balik rumah aku. 

Mula-mula aku start dengan tempat study. Alhamdulillah it works! It did recharge my energy. Aku rasa macam bersemangat semula. Pastu aku cakap kat en.suami yang aku nak buat spring cleaning 1 rumah ni. Dia bersetuju dan support (buat sama-sama). Since then, aku happy sangat-sangat dan depression aku pun hilang macam tu jer tanpa aku sedar.

Alhamdulillah. Sekarang rumah kitaorang dah berwajah baru. Almost 100% bertukar wajah. Tapi tak siap 100% lagi lah. I think it is almost 90% done, so ada lagi another 10% nak buat. 

Selain dari spring cleaning & house makeover, aku pun sekrang dah OK dengan sudy aku dan dah boleh work hard untuk try submit sebelum deliver nanti. Aku bersyukur sangat-sangat dapat suami dan keluarga yang sangat-sangat membantu dan support aku untuk keluar dari tekanan tu. Alhamdulillah! Allah masih sayangkan aku.

TIPS Untuk Membantu Mereka Yang Tertekan (Depress)
Dalam keadaan kita atau kawan-kawan atau sedara-mara kita tengah tertekan (depress), sokongan keluarga dan orang yang terdekat tu sangat-sangat penting. Jangan biarkan diaorang sorang-sorang hadapi tekanan tu sebab realitinya memang diaorang tak mampu nak hadapi. So bila dah tak mampu - mulalah buat benda yang tak masuk akal - macam contoh minum arak, ambik dadah, bunuh diri etc etc. 

Jangan sesekali cakap benda yang negatif pada orang yang sedang dalam tekanan - contoh macam cakap "ko ni memang tak gunalah!", "ko ni memang menyusahkan orang lah!", "ko ni baik pergi mampos je lah", "ko ni memang celaka lah!" atau apa saja perkataan yang kesat/kasar/negatif.. Try to pujuk diaorang untuk buat benda-benda yang fun. 

Dan cakap sesekali cakap kat diaorang pasal bunuh diri / terjun bangunan / tikam diri / ambik pisau / ambik dadah / minum arak etc etc.. Sebabnya apa yang kita cakap tu, diaorang akan ambik serious benda tu. Tak tipu, aku dah alami sendiri. Sebabnya masa tu otak diaorang sakit - tak sedar, dioarang tak boleh nak fikir dengan waras. Jadinya, diaorang hadam je apa yang orang cakap ketika tu.Serious! Kalau masa tu, kawan aku tu kata (katakan dia bergurau) suruh aku gi terjun bangunan, aku rasa aku memang akan pergi kot. 

Kalau dah teruk sangat, sampai apa yang kita cakap pun dia dah tak boleh dengar, better bawak orang tu pergi jumpa psikiatri / kaunselor / therapist. Biar pakar yang uruskan dia. Kita ni bukan pakar sangat, so pakar lebih tahu apa rawatan yang sesuai untuk 'orang-orang ini'.

#just my 2 cents, sharing based on my true experience (peace)
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. *Hugs akak* Sorry you're in the situation.. Have been there before but Alhamdulillah husband akak jenis memahami.. Hopefully akak punya phd dapat settle dengan lancar..

    ReplyDelete
  2. DP ! mek kejut giler dgn entry ni. tp alhamdulillah all back to normal dan yg penting balik pada landasan allah.
    kita ni dikelilingi syaitan, memang dia akn buat hati kita smpai mati. allah, peringatan untuk mek jugak, perlu kuat lawan syaitan. memang kena igt allah selalu dantry buat sehabis baik.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akak ada suami yang memahami..
    Thanks kak kisah ni, saya pun risau kalau tiba-tiba saya sendiri tak dapat nak kawal tekanan.. huhu.. takut tak tau nak buat apa.. takut jd depression tapi saya sendiri tak sedar saya dah tahap depression.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah. Sekarang semua kembali normal dan akak ada suami yang memahami. Sama-sama berusaha ke arah lebih baik. Depression perkara yang tak boleh dibuat main=main. Alhamdullilah akak berjaya halang syaitan yang sentiasa menghasut manusia.

    ReplyDelete
  5. insya allah ambil masa untuk sesuaikan diri.. bahaya depression ni

    ReplyDelete
  6. ada orang sekeliling yang memahami sgt membantu..

    ReplyDelete
  7. But, i see no ends towards my problems. everyone turns their back on me. I pray to God but he didn't answer. For a second i feel i would like to fight, a second later, i'm feeling nothing, no hopes, no strength, no interest to live.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You must seek for the expertise , namely psychologist or counselor or psychiatry who can help you to solve your problems. i believe there is someone out there can help you.. dont lost hope.. remember there are many people in this world who really need you and love you more than you know.

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE