Monday, 22 January 2018

Pakej Bersalin di Andorra Women and Children Hospital

Ini aku nak share pasal Pakej Bersalin di Andorra Women and Children Hospital yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell nak menuju ke Highway SKVE. 


Hospital ni baru lagi dibukak - hujung tahun lepas. Apa yang best pasal hospital ni ialah :

1) Islamic-friendly hospital - but non-muslims patient are most welcome.

2) Makanan Halal - dimasak oleh Chef celebrity (Melayu) yang terkenal di Malaysia ni - Chef Zubir.

3) Hospital persis Hotel Mewah 5 Bintang.

4) Pakar-pakar yang best. Kebanyakan pakar-pakar yang ada kat sini, aku pernah berjumpa dan mendapatkan rawatan dengan diaorang sebab kebanyakkan diaorang adalah dari Hospital Annur, Bangi.

5) Diasaskan oleh Orang Melayu iaitu Gynea aku masa bersalinkan FL dulu - Dr.Khamsiah Muda.

http://andorra.com.my/images/about/about1.jpg

 Best tak Pakar O&G Dr.Khamsiah ?

Bagi aku, Dr.Khamsiah sangat-sangat best dan pro sangat. Aku check-up antenatal dengan dia since aku mengandungkan anak sulung aku - FL selama 9 bulan di Hospital AnNur. Sebelum preggy FL, aku pernah miscarriage di usia kandungan 10 minggu, masa tu aku check-up ngan Dr Khamsiah jugak dan Dr.Khamsiah jugak buat proses D&C kat aku dulu.  

Dr.Khamsiah ni sangat soft, baik dan sangat islamic. Sebelum buat apa-apa prosedur, dia mintak kita baca Bismillah dulu dan berselawat. Aku ada tulis pengalaman aku bersalin dulu kat ENTRY INI dan INI.

Tapi untuk bersalin yang No.2 ni, since aku tak berapa puas hati dengan kualiti servis di Ward Hospital Pakar Annur macam aku share kat entry tersebut, aku dah decide (sejak dari awal preggy hari tu) untuk ke Hospital lain dan buat check-up dengan gynea lain. Mungkin kalau ada lagi rezeki di masa akan datang, aku akan kembali ke Dr.Khamsiah di Andorra Hospital ni. 

 +++++++++++++++++++++++
Ini dia Pakej Bersalin di Andorra Women and Children Hospital yang terkini. Kena book dan buat full payment before February 2018 kalau intend nak bersalin kat sini dan dapatkan harga ni. Kalau tak, harganya akan naik nanti. Harga bersalin ni hanya untuk promosi.

share dari Facebook


http://www.andorra.com.my/images/home/home3.jpg 
Bilik single kat Andorra Hospital

https://d1q1wt0v0mn0ze.cloudfront.net/wp-content/uploads/2017/11/Screen-Shot-2017-11-29-at-12.18.46-PM.png
Bilik double bed 

https://d1q1wt0v0mn0ze.cloudfront.net/wp-content/uploads/2017/11/Screen-Shot-2017-11-29-at-12.20.15-PM.png
Bilik 4 bed

Untuk maklumat lanjut, boleh contact :
No.Tel : 03-8957 8440

10 comments:

  1. menarik hospital ni, hari tu tengok video pun rasa macam kagum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Mula2 dulu saya ingat ni hospital mat saleh punya.. Hihi

      Delete
  2. cantik sgt.. moga ada rezeki bersalin kt cni

    ReplyDelete
  3. booking & full payment tu dia accept credit card x? tq

    ReplyDelete
  4. dr khamsiah so nice! azah dah jumpa dia in person. waktu tu kakak ipar azah melahirkan anak sulung dia kat sri kembangan tu :)) bersalin pun dengan dr khamsiah. hehe.

    jemput join segmen : http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
  5. Wah harganya mampu bayar jugalah. Ingatkan Mahal sebab quality taraf 5*

    ReplyDelete