My Breastfeeding Journey

by - Thursday, April 26, 2018

Masa anak pertama dulu, awal-awal kelahiran anak, susu tak de. Kakak FL duk asyik nangis jer. Kalau aku tak kuat, memang aku dah bagi anak aku minum formula milk. Tapi nasib baik boleh bersabar lagi. Aku ada cerita kat entry ni - "Breastfeeding : Mommy Stress Sebab Susu Sedikit Selepas Bersalin"

Belajar dari pengalaman. Aku tak nak perkara yang sama berlaku untuk anak no.2 ni. So dari awal lagi aku dah prepare breast pump, bawak pergi hospital untuk stimulate nipple.

Ini beg yang aku bawak pergi hospital hari tu

Tapi masa kat hospital tu aku tak sempat pam pun, aku banyak latch-on baby setiap 15-30 minit.  

Then, bila dah discharge, aku pam susu kat umah. Main Objective pam susu tu hanyalah untuk stimulate nipple jer untuk suruh bekerja keluarkan susu. 

Aku start pam susu masa hari kedua aku dirumah. Hari pertama pam tu, dapat sikit jer, tak sampai 1 oz rasanya (macam gambar bawah ni).

Ini hasil kedua-dua belah boobs

Masa 2 minggu pertama, aku guna pam manual - Medela Harmoni. Sebab aku tahu susu pun tak banyak, so guna pam manual pun tak letih lagi.


Ini hasil hari kedua pam (2 belah boobs)

 Ni hasil hari ketiga

 Ni masa aku berpantang hari ke-13

 Hari ke-17

  Ni hasil masa aku berpantang hari ke-19 (dua-dua boobs)
 
Hasil susu tu aku bahagikan kepada 20z setiap botol untuk penyimpanan sebab Baby FL minum hanya 2 oz jer sekali minum. Tapi semua ni habis jer dalam masa sehari. Sebab dia minum susu setiap sejam. So, dia akan minum EBM ni masa aku mandi dan tidur.

Masa ni aku dah start guna pam elektrik - Spectra M1 sebab dah tak larat nak guna pam manual.


 Aku biasa buat tandem pumping. Sebelah susukan anak, sebelah lagi pam, so jimat sikit masa.

 
 Ini consume 'Milkup Candy' ni. Berkesan sangat sebagai milk booster aku. Aku rekomen kawan-kawan ambik ni. 

Alhamdulillah, sekarang aku dah habis pantang. Dan skrang aku baru nak buat stok EBM. EBM masa dalam pantang hari tu tak buat stok pun, terus bagi baby minum. So far, aku pam sekali sehari jer. Selalu buat tandem pumping la. 

Baby FL pun masih lagi minum 2 oz setiap kali minum. 2 minggu pertama bagi baby minum guna syringe sebab aku tak nak terjadi 'nipple confusion'. Selepas 2 minggu, baru aku guna botol susu NUK. Sebab aku suka puting dia (yang warna yellow), susu hanya akan keluar kalau baby hisap. Kalau baby tak hisap susu tak keluar.

Nanti-nanti aku share pulak pasal beg pam aku k. Till then, thank you for reading.

You May Also Like

2 comments

  1. Good luck sis.. semoga baby dapat fully breastfeeding sehingga 2 tahun..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki baby...syukur..

    ReplyDelete