Postnatal Check-up

by - Wednesday, April 18, 2018

Sekarang dah genap 6 minggu aku bersalin. Esok dah 40 hari. yeaaayy!!.. 

Semalam aku gi hospital buat postnatal check-up. Jumpa my gynea - Dr.Zalina dan baby pun turut sama jumpa paed dia - Dr.Nomee Asyikin untuk vaccination 1 month.  Alhamdulillah, baby FL nangis kejap je masa kena inject tu. 

And berat dia pun dah naik ke 4.2 kg, masa lahir dulu 2.6 kg. Banyak kan dia naik? Tu semua sebab penangan susu mommy yang sangat sedap ni. hehe. Setiap 1 jam dia minum susu. Penat, memang mommy penat but i'm happy with this motherhood journey.

 Masa seminggu lepas lahir - pergi check-up jaundice. Jaundice dia normal - 12.9 jer bacaan. So tak perlu admit.

Masa jumpa gynea semalam aku kena buat pap smear. huhu, Takutnya . Tak sakit buat pap smear tu , sebelum ni dah 2 kali buat tapi aku takut. Almaklumlah kan baru lepas bersalin. Takutlah kalau teringat bab jahitan episotomi tu. huhu.

Tapi mujurlah semuanya OK. Dr kata jahitan aku pun dah elok, dah sembuh sepenuhnya. Rahim aku pun dah kecut habis & dah naik dah ke tempat asal dia.. ALhamdulillah..

So sekarang dah boleh kemba ke rutin normal la tapi tak leh lasak-lasak lagi. Nak tunggu 44 hari minngu depan untuk buat rawatan penutup pantang. Lepaas tu kita pergi holiday. yeeaay!!

Ni masa gi check-up lepas seminggu bersalin duduk atas wheelchair. Semalam gi check-up dah tak guna wheel chair.

You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah dah nak habis pantang.....

    ReplyDelete
  2. TMBH AYU DP LPS BERSALIN PNDAI JAGA DIRI BRPNTNG SAT JE DH HBS

    ReplyDelete
  3. alolo putih mulus baby.. kiss kan sikit tau

    ReplyDelete
  4. alolo putih mulus baby.. kiss kan sikit tau

    ReplyDelete
  5. Salam owner blog Dorsett Pink. Mohon update blog list Dorsett Pink dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah update blog list blog saya dengan blog Dorsett Pink yang baru habis pantang. :D

    ReplyDelete
  6. dah nak habis pantang dah! lepas ni boleh gi shopping lak :)

    ReplyDelete
  7. alahai... rindunya nak ada baby lagi...

    ReplyDelete
  8. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete