4 TIPS Nak Sembuhkan Demam Kuning / Jaundice Bayi

by - Tuesday, July 10, 2018

Bila ibu-ibu melahirkan anak dan melalui saat-saat indah tempoh berpantang, memang biasa kan penyakit demam kuning atau jaundice pada baby menjadi kegusaran pada ibu berpantang. 

Kesian si ibu. Boleh menyebabkan stress atau kemurungan tau bila anak kena jaundice, tambah pulak kalau prolong jaundice (demam kuning untuk tempoh yang lama). 

Kakak FL dulu langsung tak kena jaundice. Adik Leea pulak ada kuning sikit. Sikit je lah dan cepat jugak hilang.



So, ni aku nak share PETUA / TIPS Untuk Sembuhkan Demam Kuning / Jaundice Bayi :

1. Susukan baby dengan sangat kerap.
Perut baby kecik je masa lahir tu, so baby akan kerap mintak susu. Ibu just bagi je baby susu. Jangan terkejut kalau baby mintak susu setiap 15 minit. It's Ok and it's normal. Kalau kurang menyusu, baby akan cepat kena jaundice atau lambat sembuh.


2. Jemur baby di bawah panas matahari pagi
Jemur baby di bawah matahari pagi. Pagi je tau, dalam jam 8 pagi hingga 10 pagi. Buat hari-hari.


3. Mandikan baby dengan rebusan air daun kuchai
Ini memang sangat berkesan kat Leeya hari tu. Selepas 2 tips di atas diamalkan, last skali CL aku buat yang ini. En.suami beli daun kuchai. Hari-hari Leeya mandi ngan daun kuchai ni. daun kuchai ni kena rebus dulu. Lepas dah rebus, ambik air rebusan jer, tak perlu ambik daun tu. Pastu air rebusan tu campur ngan air biasa sehingga air menjadi suam-suam kuku dan selamat untuk baby mandi. 

Daun kuchai tu aku tak recycle. Maksudnya, sekali guna jer, pastu buang dalam tong sampah. Nak rebus lagi, ambik yang baru. Dalam 2-3 hari jugaklah CL buat ni, pastu demam kuning Leeya hilang.


4. Minum Susu kambing
Susu Kambing ni ibu yang minum tau, jangan bagi baby minum pulak! Baby tak boleh minum apa-apa susu selain dari susu ibu sampai umur dia 6 bulan termasuklah air kosong. So far tengok, susu kambng jenama 'KariHome' tu OK. Hari tu aku tak minum susu kambing, sebab aku tak suka. hihi


** Semoga info ni dapat membantu ibu-ibu k. Terima kasih sebab membaca..

You May Also Like

2 comments

  1. Tips untuk kegunaan masa mendatang.Terima kasih berkongsi tips..

    ReplyDelete