Leeya Dah Merangkak

by - Thursday, November 22, 2018

Leeya sekarang dah 8 bulan. Dari bulan lepas lagi, dia dah 'praktis' nak merangkak. Duk buat latihan 'pumping' kat rumah hari-hari. Pastu angkat-angkat punggung.

Weekend hari tu, percubaan pertama dia merangkak. Dapat lah 2-3 langkah. Not bad lah. Aku ada share video dia baru nak belajar merangkak ni kat instagram dan facebook. 

Hari Selasa, 20 November 2018, dia dah officially crawling. Habis dia tawaf 1 rumah ni buat spot check. Dan tempat yang paling dia suka pergi ialah dapur.. errrmm.. Sebab mommy selalu lepak kat dapur, dia pun curious 'apa yang best sangat kat dapur tu'. eerrmm..




  Dah habis 1 rumah dia pusing

 Ini pun port favourite dia - bawah meja. Sama macam Kakak FL dulu-dulu.

Ini mommy masa berusia 8 bulan. Mommy pun start merangkak masa umur 8 bulan. Sama dengan Leeya.


Kakak FL dulu-dulu tak merangkak. Dia mengesot jer, pastu terus berjalan masa umur da 1 tahun 3 bulan. Lambat berjalan, tapi mommy happy. hehe. Sebabnya kalau dia berjalan awal sangat nanti mommy yang penat nak kejar dia kemana-mana dan of course mommy pun duk kena perhati jer dia 24 jam..errrmm. 

Aku ada share kat entri ni - 'BILA WAKTU BABY BOLEH MERANGKAK?'

Bila baby dah mula berjalan ni, paling penat ialah bila waktu bawak diaorang per travel. Ingat lagi dulu, Kakak FL masa pergi Osaka-Kyoto, habis 1 kapal terbang dia tawaf. Pastu pulak tak nak duduk dalam stroller sebab excited nak berjalan.. huhu.. Memang masa tu mencabar kesabaran mommy & daddy. 

 
Ini masa Kakak FL dalam flight pergi Osaka masa umur dia 1 tahun 4 bulan. 


Untuk travel story kitaorang ke Osaka-Kyoto, boleh baca entry ni - 'OSAKA - KYOTO : DEPARTURE & ARRIVAL'  

You May Also Like

3 comments