Going To Be A Tea Lover

by - Monday, December 10, 2018

Aku ni seorang coffee lover. Aku pernah cerita kat dalam blog ni sebelum ni melalui entri-entri ini: 

*SELF REWARD WITH COFFEE"

Dulu, dalam sehari aku wajib minum at least cawan kopi dan air kopi yang aku suka ialah caramel latte. 

Sejak bersalinkan Leeya pun, aku masih lagi minum kopi tapi dah berkurang sebab aku sesukan dia. Dan waktu yang aku minum kopi (aku suka nescafe, bukan kopi yang warna hitam tu) ialah awal pagi jer supaya kaffein yang diminum tu tak mengganggu waktu tidur aku dan dia. 

Dan sekarang umur Leeya dah 8 bulan, aku perasan yang aku dah lama makin kurang minum kopi. Kalau dulu wajib minum secawan tapi sekarang nak minum secawan seminggu pun susah. Sebabnya aku tak keluar pergi mana-mana. Aku buat kerja kat rumah jer sekarang sambil jaga Leeya 24/7. Kat rumah aku tak de stok nescafe, semamangnya sejak dulu tak pernah beli stok nescafe kat rumah. Kalau nak minum kopi, aku hanya minum kat luar. 

So, bila dah tak keluar rumah ni, memang tak minum kopi lah. Dan aku perasan sekarang aku lebih gemar untuk minum air Jasmine Tea. Kalau pergi mana-mana sekarang aku akan order air teh. Even kalau lepak kedai kopi macam Dal kafe ke atau Starbucks, aku akan order air teh rather than order latte macam sebelum-sebelum. 


Padahal sebelum-sebelum ni, tak pernah aku minum air teh kat kedai kopi. Mungkin sekarang, aku dah berubah untuk menjadi tea lover. errmm. Enjoy!

You May Also Like

2 comments

  1. Akak sjak hypertension tak pernah lagi minum coffee, latte ke apa jer la..takut dapat attack macam bulan 10 ari tu sampai warded....rindunya nak minum coffee..tapi kena kawal keinginan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupe kene kontrol kak keinginan tu. Bahaya kalau dapat balik attack macam hari tu. Better jangan minum terus. so, apa kata akak jadi tea lover pulak macam saya.hihi

      Delete