Our 6th Wedding Anniversary

in , by dorsett pink, January 05, 2019
Kejap je masa berlalu. Dah 6 tahun kami berkahwin dan hidup bersama. Alhamdulillah! Happy sangat dan bahagia. Ada lah bergaduh sekali sekala, almaklumlah manaada pasangan suami-isteri tak pernah bergaduh la. Normal la tu, memang itulah lumrah pasangan berkahwin. Tapi lepas gaduh tu, masing-masing akan lebih memahami pasangan masing-masing.

Anniversary kami jatuh pada bulan Disember. Tapi sebabkan Disember hari tu aku terlampau bsy nak siapkan tesis, jadi terpaksalah ditunda sambungan ulang tahun perkahwinan ni ke Bulan Januari. Dan apa yang bestnya, ialah kami betul-betul celebrate ulangtahun perkahwinan yang ke-6 ni sebaik saja aku berjaya submit tesis aku ke universiti yang aku cerita kat entri INI. 


Seperti sambutan anniversary tahun-tahun sebelumnya, kami memilih untuk dinner di hotel, sama juga dengan tahun ni. Sambutan ulangtahun ke-6 tahun ni kami celebrate di Putrajaya - Hotel Palm Garden Hotel IOI Resort. Kenapa Putrajaya? Sebab dekat sangat dengan UPM. Lepas hantar tesis, terus je ke Putrajaya, dalam 10 minit je. Boleh celebrate new year sekali kat Putrajaya. 

Actually, en.suami ajak pergi Sunway Resort Hotel tapi hari tu hote tu dah penuh So, redo je lah celebrate kat Putrajaya. Best juga. Tak kisahlah kat mana pun, janji dapat bersama-sama. Kitaorang celebrate annivesary berempat (dengan 2 orang anak). Kami tak mampu tinggalkan anak-anak kat sesiapa sebab memang anak-anak tak kena tinggal dengan orang lain selain dari mommy dan daddy dia. So, pergi mana-mana pun bawak anak-anak ni. Best dapat celebrate anniversary sama-sama ngan anak-anak sebab diaorang lah bukti cinta kasih kami. 

 Pasta bolognese

Nasi goreng seafood 

Nasib baik dia OK jer. Easy - baby. Senang nak jaga dia. Tak meragam.

Adik pun makan jugak tapi tak makan makanan hotel. hehe. Sorry adik. 

Table of 4. Ini gambar sebelum makan. Lepas makan, habis semua bersepah. 


Alhamdulillah! Lepas 6 tahun ni, we will open a new chapter of our life sebab dah berjaya hantar tesis. Jadi, life aku sekarang tak hectic la macam sebelum-sebelum ni. So, ada banyak benda boleh buat lepas ni. Nak kembangkan bisness sediaada dan mungkin nak tambah lagi bisnes baru. errrmm. Hopefully perkahwinan ni akan kekal bahagia seperti hari ini sampai bila-bila, kalau boleh sampai syurga. 


4 Tips Perkahwinan Untuk Kekal Bahagia dan Gembira :

1. Sabar dan Terus Bersabar - Bersabarlah walau apa pun dugaan yang mendatang especially bila anak-anak meragam dan tantrum. Anak-anak nak kan perhatian ibubapa, so berikanlah sepnuh perhatian pada anak-anak walaupun diaorang suka mengamuk. hehe.

2. Memaafkan pasangan . - sebelum tidur, minta maaf dengan pasangan dan maafkan dulu pasangan walaupun beratnya rasa. 

3. Jangan give up. Terimalah kekurangan pasangan seadanya dan jangan sesekali give-up dengan pasangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini termasuklah diri kita sendiri. Teruskan usaha untuk memperbaiki hubungan.

4. Raikan pasangan - raikan pasangan setiap masa dengan apa jua cara sekalipun  walau hanya dengan senyuman dan ucapan terima kasih untuk apa jua alsan. Contoh, berterima kasih pada pasanagn sebab tolong sediakan air untuk kita walaupun hanya air masak.
SHARE 14 comments

Add your comment

  1. Happy Anniversary!! terima kasih untuk tips nya ;) i’m still young in marriage and found that tips sangat useful :) thankssss

    ReplyDelete
  2. Moga terus bahagia.Hingga sama-sama menjadi penghuni tetap syurga.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. semoga kekal bahagia selamanya Kak DP n pasangan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih siti sebab mendoakan kebahagiaan akak

      Delete
  4. Happy 6th anniversary! Semoga terus berbahagia bersama keluarga ♥

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak jenguk sini. Happy Anniversary and Happy New Year!!! And thanks for the tips. Trust, appreciate and tolerate with each other. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fairuz sudi jenguk sini. hehe. Thank you for the wish..terima ksih juga sebab sudi baca entry ni sampai ke bawah

      Delete
  6. Happy anniversary to both of you. Finally dah hantar tesis. Yay!!! Semoga berbahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Sal atas doa tersebut. *terharunya*

      Delete
  7. amin. semoga berbahagia ke syurga

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE