PhD Talk : Alhamdulillah! Dah Berjaya Submit Tesis

by - Thursday, January 03, 2019

31 Disember 2018 yang lalu, tarikh yang akan terpahat indah di dalam kenanganku untuk selama-lamanya. Tarikh keramat yang akan kuingati sepanjang zaman, akan kusemaikan dalam diari kehidupanku - Hari Ini Dalam Sejarah.

Kerana pada hari tersebut aku telah berjaya hantar tesis kesayangan PhDku ke Graduate School, UPM. 5 tahun masa bertapa akhirnya telah tamat. Walaupun bukan tamat sepenuhnya lagi, tapi untuk menyiapkan senaskah tesis ni sangatlah bersyukur. Syukur yang teramat sangat pada Penciptaku Tuhan Yang satu. 

4 copy tesis dalam kotak kertas A4 tu

Dapat je submit, rasa lega seleganya. Sebulan duk berhempas-pulas siapkan saki-baki penulisan di saat akhir yang sangat merenyahkan , akhirnya perjuanganku hampir selesai. Macam rasa hilang beban sektul batu gergasi kat atas kepala ni. Walaupun perjuangan ilmu ni belum tamat sepenuhnya lagi, tapi at least dah bolehla relaks-relaks sikit kalau nak compare dengan sebelum ni.

Actually aku dah siap first draft dah lama dah. Tapi SV tak puas hati lagi. Of course lah 1st draft tak perfect kan, so aku hantar draft-draft yang seterusnya. Draf ke2, ke3, ke4 , entah dah berapa kali draf sehinggalah final draft dihantar untuk tatapan SV sebelum aku bersalin Leeya Mac 2018 hari tu. 
usai je tempoh berpantang, aku ke fakulti menghadap SV, dan banyak lagi penambahbaikan yang perlu dibuat. Aku buat, aku tulis, sambil dibantu oleh en.suami yang merangkap menjadi editor tak bertauliahku dan proofreader tak bertauliah. hehe. 

Alhamdulillah! bersyukur sangat-sangat ada en.suami yang sangat-sangat supportive dan sangat helpful. House chores semua dia buat. Siang malam hidupku hanya bergelumang dengan tesis dan menguruskan anak-anak. Tambah pulak Leeya masih lagi fully breastfeeding, so memang melekat dengan mommy je lah 24/7. 


1 Disember 2018, penulisan tesis dah siap dan dihantar ke proofreader profesional. Melayang duit Rm 3000 ++ bayar proofreader. huhu. Tapi takpelah, demi segulung ijazah. Anggap jer ini investment terbaik dari ku untuk kegemilangan di masa akan datang. dari lebur habis duit tu beli handbeg LV, lebih baik aku laburkan untuk belajar. 

Proofreader ambik masa dalam 20-25 hari untuk siapkan bergantung pada ketebalan tesis. Tesis aku tebal 250 muka surat. sebenarnya tebal lagi tu, tapi banyak dah potong sebab nak kena fulfill requirement UPM yang hanya boleh menerima 250 mukasurat saja walaupun anda dari bidang sains sosial. huhu.. Ikutkan je lah kehendak UPM, nanti tak terhantar pulak. 


Sementara tesisku disemak oleh proofreader, sempat jugaklah aku dan keluarga kecilku ni pergi bercuti kat Legoland. Baca entry kat sini - LEGOLAND. Anak-anak pun perlukan masa untuk bersuka ria juga, bukan asyik tengok mommy menghadap laptop jer siang malam. 

Lepas dah dapat balik clean tesis dari proofreader, macam-macam benda lagi nak kena buat. Kena hantar tesis ke Turnintin untk dapatkan report plagiat yang ambik masa seminggu (sebab tesis aku tebal), pastu nak kena betulkan format dan setting lagi. Aduuss, kalut sungguh. Sakit jiwa pun ada jugak buat formating ni. Nak senang, sub-kon je antar kedai, minta orang kedai buatkan, tapi aku pilih untuk buat sendiri sebab nak jimatkan duit. Nak jimat duit sebab nak celebrate kejayaan lepas submit tu. hihi. Ada la 2-3 malam tak tidur. En.suami pun sama tak tidur, sebab duk tolong aku buat formating tu. huhu. Kesian dia. 

Report Turnintin
30 Disember 2018 - Hari Ahad, aku berjaya print tesisku sebanyak 5 copy. 4 copy untuk UPM, & 1 copy lagi untuk diri sendiri. Print kat Flat Ikan, area UPM. Kos print tesis dan burn CD semua sekali RM 300. 

31 Disember 2018, Isnin - Alhamdulillah! Berjaya submit 4 copy tesis dan 4 report Turnintin ke Graduate School, UPM.

 Dah selamat hantar ke School of Graduate Studies

You May Also Like

14 comments

  1. Alhamdulillah, tahniah Doc! :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tahniah sis..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah Kak DP. eeh Dr DP. hehe.. syukur.
    semua penat lelah membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah sis..tumpang happyyyyyyyy :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Berbaloi usaha kak DP selama ni. Tahniah doc! Semoga lebih maju jaya dan murah rezeki lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. ada manis diakhirnya, semoga terus maju jaya

    ReplyDelete
  7. Prosesnya so complicated! Bukan calang2 org dpt siapkan tesis, tahniah ya sis. :D

    ReplyDelete