Organizing KUMON's Worksheet

by - Friday, March 01, 2019

Organizing KUMON's Worksheet | Ok, aku kan dah pernah cerita yang tahun ni Kakak FL enrolled masuk kelas english kat KUMON kat entri ni - 'JOINED KUMON'.

So far, dia enjoy sangat-sangat. Ni dia nak minta nak masuk kelas math pulak. Ingatkan tahun depan baru nak enroll dia ke kelas MATH kat Kumon tu, tapi dia dah mintak sekarang, so tak bolehlah  delay tahun depan. Sebab dia enjoy sangat dengan KUMON's class ni, sebab tu dia mintak kelas Math pulak. Alhamdulillah! Good for her.

Worksheet KUMON banyak. Actually, tak lah banyak sangat, sebab approach Kumon ialah by daily routine. So worksheet yang diberi adalah based on daily basis. Maksudnya setiap hari ada homework yang perlu dibuat. Kalau buat by daily basis, tak lah banyak sangat. Dalam 15-30 minit dah boleh siap. Sebab Kumon nya approach ialah dia nak terapkan rutin belajar setiap hari. Sibuk macam mana pun, tetap kena buat jugak. And repetition is a key. Sebabnya bila kita selalu buat ulang-ulang benda yang sama, nanti otak kita dah biasa dengan benda tu.

So, ni aku nak share macam mana aku organize Kumon's worksheet Kakak FL. 

Beg Kumon. Setiap kali pergi kelas, dia bawak beg ni

 Worksheet KUMON , aku letakkan dalam file lutsinar ni. NI saiz B5. Beli kat Mr.DIY. Dalam file tu, ada beberapa batang pensil dan eraser. So, bila pergi mana-mana , bawak jer file ni, senang sebab kecik. Dan bila dia nak pergi kelas Kumon, file ni dimasukkan je kat dalam Beg Kumon warna biru kat gambar atas tu.

 File tu pun aku letak dalam my handbag. Aku bawak pergi mana-mana, so bila ada masa terluang jer, Kakak FL boleh buat homework tu sikit-sikit. So, buat pun sambil chill-chill, relaks-relaks jer. 

Worksheet yang Teacher dah semak semua aku letak dalam file besar ni. Ni hanya worksheet bulan Februari, file ni pun dah penuh. So nak kena beli file lain bulan worksheet March ni. Rasanya, setiap bulan, akan ada 1 file besar ni lah kot untuk simpan worksheet based on monthly-basis.


So, inilah cara aku prganize worksheet Kakak FL. Ni baru untuk Kumon's class. Nanti aku share pulak macam mana aku organize artwork dia. So, stay tune. Have a nice day! Thank you for reading!

You May Also Like

5 comments