Tok Aji Serban - Kuih Tradisi Terengganu

by - Thursday, October 03, 2019

Kuih Tok Aji Serban - Kuih Tradisi Terengganu | Tok Aji Serban ni nama kuih tau.. Kuih ni merupakan kuih tradisional di Negeri Terengganu. Memang Famous Amos. Memang pelik, tapi itulah hakikatnya. Aku pun tak tahu kenapa nama ni dipetik sebagai nama kuih kat Negeri Terengganu ni. 

Masa aku kecik-kecik dulu, dalam umur budak tadika atau baru masuk sekolah rendah, selalu pergi Pasar Payang dengan Umie aku, pastu Umie selalu cakap 'nok beli tok aji serbang' . Aku pun tanyalah kat Umie, kenapa nama dia 'Tok Aji Serbang?'. Umie jawab - 'sebab dia pakai serbang (kopiah)'. hahhahaha.. Aku pun mengiakan ajer lah jawapan tu. Aku ingatkan dulu Umie aku bergurau jer yang nama kuih tu 'Tok Aji Serban'.. Tapi rupa-rupanya bila aku duk selalu dengar orang lain pun cakap nama kuih tu macam tu, rupanya betul nama kuih tu memang 'Tok Aji Serban'. hahahha. Pelik sungguh

Ini Kuih Tok Aji Serban. Yang ada pulut kat bawah tu. So serbannya (kopiah), ialah sekaya yang berada di atas pulut tu.. 



Ini pulak Kuih Sekaya.


Dua-dua kuih ni favourite aku. Tapi kuih ni manis, so tak boleh makan banyak sangat. Dua-dua kuih ni senang nak jumpa kat Terengganu. Pergi je mana-mana pasar kat Terengganu ni, pasti jumpa. Ataupun pergi ke Bazar Kuih Tradisional Terengganu yang sangat famous tu - "BAZAR KUIH TRADISIONAL TERENGGANU YANG SANGAT FAMOUS".

You May Also Like

6 comments

  1. sedapnya kedua dua kuih tradisi tganu ni..manis rasanya

    ReplyDelete
  2. sedap kuih nih... jumpa dua-dua kuih ni masa ke bazar ramadhan tahun ini di kuala terengganu
    masa tanya kt edy naper nama nya gitu, samalah jawapan sebab dia pakai kopiah hehehe...

    kebetulan masa beli tu, kuihnya tok aji serban dan sekaya memang tak manis sangat, sedang elok je

    ReplyDelete
  3. hahahha...adoi. Mula-mula tgk tajuk ammi ingat Tok Haji pakai serban. Nama kuih rupanya.

    ReplyDelete
  4. 1st time kak ana dengar namanya hehe :) macam seri muka kut rasa dia ye :)

    ReplyDelete
  5. CT ingat macam bingka tudia nama Tok Aji rupanya..

    ReplyDelete