Selamat Datang Basikal Frozen

by - Wednesday, January 08, 2020

Entri sebelum ni aku ada cerita pasal kisah basikal kuning - 'SELAMAT TINGGAL BASIKAL KUNING'. Basikal tu dah jadi arwah. huhu...

So, kiranya dah lama Kakak FL tak main basikal. Tapi diganti dengan mainan lain macam main playground ke, swimming ke ataupun jogging. Dia suka jogging, dia lari lagi laju dari mommy..

Masa cuti sekolah Disember hari tu, nampak dia macam agak bosan. Kalau hari yang ada kelas (boleh baca sini - AKTIVITI KAKAK FL MASA CUTI SEKOLAH 2019'),  dia OK lah tak bosan sebab masa dia penuh dengan aktiviti. Tapi bila hari-hari yang tak ada kelas, dia duk asyik kata bosan-bosan. Pastu ajak mommy keluar pergi mana-mana. 

Dsember hari tu, kitaorang tak bercuti pergi mana-mana.Hanya spend masa dalam KL dan Selangor jer sebab en.suami kerja - busy nak settlekan kerja di akhir tahun. 

So, daddy dia belikan dia basikal baru - basikal purple. 


Basikal ni dia pilih sendiri. Dia dah lama cakap nak basikal 'Frozen'. Kebetulan kat kedai tu, cuma ada 1 jer basikal Frozen ni, so nak tak nak dia pilih yang ni lah. Owner kedai tu kata sebelum kami datang, ada lagi basikal Frozen yang warna-warna lain, tapi semuanya orang dah beli =((.. 

Seronoklah dia sebab dapat basikal idaman. Basikal ni lagi besar sedikit dari basikal kuning sebelum ni, sesuai dengan ketinggian dia. Lagi best basikal ni ada 'loceng' =)). 



Adik tak berani naik basikal ni bila basikal bergerak. So, dia cuma berani duduk-duduk  bila basikal  tak bergerak jer =)). Bila adik dah berani bawak basikal, baru daddy belikan untuk adik ya nanti 😊😊.. 


You May Also Like

5 comments

  1. Wahhhhhh basikal ni lagi girly lawa comey dan cun sangat lah 😍

    ReplyDelete
  2. alolo comeinya beskal purple :)

    ReplyDelete
  3. comelnya beskal frozen.. seronok kakak dpt beskal baru..

    ReplyDelete
  4. wahh purple beskal yg chantekk., ;p

    ReplyDelete