Kembali Guna Deep Freezer

by - Thursday, April 09, 2020



Aku dah lama tak guna deep freezer, sejak dah tak pam susu lagi. Sebab dah tak de EBM nak simpan dalam deep freezer tu. Boleh baca entri ni - 'SECARA RASMINYA DAH TAK PAM SUSU'.


Tapi sejak PKP ni, aku kembali guna semula deep freezer ni.


Inilah deep freezer aku. Beli masa bersalinkan Kakak FL dulu, tahun 2014 - dengan tujuan untuk letak susu.

Masa PKP ni polis merata kat area rumah aku ni. Almaklumlah, dah dikelaskan sebagai Zon Merah. Aku langsung tak keluar rumah sejak PKP hari pertama lagi. En.suami jer keluar sorang beli barang-barang keperluan.

Tapi dia pun tak nak keluar selalu, malas katanya. Walaupun keluar sorang pun, ada kalanya kena tahan dengan polis jugak dan bermulalah sesi soal-menyoal, tu yang leceh tu. Walaupun 'sesi berkenalan' tu tak lama, tapi macam rimas la jugak.

So, en.suami decide beli lebih sikit bekalan makanan, untuk stok 2 minggu (sampai habis PKP 15 April ni). Banyak beli frozen food, sebab senang nak masak. Memandangkan fridge rumah kami ni kecik jer, jadi terpaksalah digunakan juga deep freezer ni untuk letak bekalan makanan.

Kalau tak PKP, kalau malas masak, boleh makan kat luar. Tapi bila PKP ni, memang wajib masak hari-hari. Mals pun, terpaksa jugalah masak. huhu. So, stok bekalan makanan memang kena cukup lah.






But, at least terguna juga deep freezer ni dari dibiarkan macam tu je kan. 

Lain-lain cerita pasal my deep freezer:


You May Also Like

3 comments

  1. Zaman pkp.ni mmg bagus Ada freezer Ni...

    ReplyDelete
  2. ada freezer macam ni boleh letak barag banyak sikit..
    kami peti es kecik ja kena la at least 10 hari skali kena p beli brg
    tapi ada yg delivery jugak..

    ReplyDelete