Membantu Melalui Penulisan Blog

by - Saturday, May 09, 2020

Aku banyak share pasal anak-anak kat Blog. Sharing is caring. Saja-saja jer share untuk rujukan dan diri sendiri di masa akan datang. 

Bila dah tua-tua nanti,bolehlah tengok balik blog sendiri dan baca balik kisah-kisah anak-anak sepanjang diaorang membesar. Ye lah,bukan semua benda kita boleh ingat kan. So,blog ialah salah satu medium untuk simpan kenangan-kenangan indah itu 😊..

Niat blogging hanya untuk berkongsi jer. Jauh sekali ada niat nak menjadi kaya dengan blogging. Ini blog aku - www.dorsettpink.com .



Tapi,tak sangka pulak, sejak mula blogging tahun 2011 dulu-dulu, aku ada dapat banyak emel dari readers yang tanya macam-macam soalan. Dan soalan yang paling banyak ditanya ialah tentang TRAVEL. 

Aku rasa seronok bila dapat jawab soalan-soalan tu. Dan yang paling mengujakan yang bertanya tu bukan saja dari Malaysia,tapi ada juga  readers dari oversea macam dari US, Singapore,Brunei dan Indonesia. Ada jugak dari China. Pelik pun ada jugak sebab blog aku Bahasa Melayu. So mungkin diaorang guna google translate. 

Sekarang aku dah jarang travel, so tak de apa sangat nak share pasal travel. Sekarang banyak share pasal anak-anak a.k.a parenting. 

Apa yang aku tulis kat blog ,boleh dikatakan hampir 99% adalah dari pengalaman sendiri. Ada sikit-sikit dari pengalaman kawan-kawan atau melalui pembacaan. 

Walaupun tulis pasal pengalaman diri sendiri jer, tak sangka pulak ada ramai yang berminat dengan cerita tu atau info yang aku share. Dan ramai yang emel bertanya macam-macam. 

Sekarang dah ada social media dan aku pun aktif jugak kat Instagram. So ramai yang dah beralih dari emel ke PM. Ramai yang PM/ DM kat IG untuk bertanya something. 

Ini DM pasal Travel bawak anak kecik


Seboleh mungkin aku akan cuba jawab setiap pertanyaan tu. Niat aku cuma nak membantu.

 Dan Alhamdulillah,secara tak langsung aku dapat membantu diaorang untuk selesaikan masalah diaorang. Aku happy bila diaorang happy. 

Pernah ada yang PM bagitau yang dia stress/tertekan masa dalam pantang. Bukan sorang jer yang bagitau masalah macam ni,tapi beberapa. Dan lepas diaorang meluahkan perasaan diaorang,diaorang lega. Walhal aku tak buat apa pun. Cuma baca dan dengar. 


Ni contoh DM yang tertekan masa dalam pantang sebab masalah dengan CL (confinement lady). 


Sometimes, eh! bukan sometimes,tapi itulah fitrah kaum perempuan ni - diaorang nak someone yang willing dengar keluh resah diaorang. Cukup sekadar mendengar jer tanpa mengharapkan sebarang balasan. Itulah kaum wanita - makhluk Allah yang sangat unik.

Ini DM pasal buat PhD sambil preggy dan berpantang


Sebab aku pun pernah berpantang,so aku tahu 'perasaan' orang dalam pantang tu macam mana. So apa yang aku boleh bantu,aku akan cuba bantu. 

Dan semalam,tetiba ada sorang reader share kat aku  pasal 'gigi' anak dia. Dia happy sebab dah dapat selesaikan masalah gigi anak dia. I am also happy for her 😊😊. Ibu ini dah pernah DM aku sebelum-sebelum ni tanya pasal info dentist. 

Sebab aku ada tulis beberapa entri kat blog sebelum ni cerita tentang pengalaman nak mencari Dentist yang sesuai untuk anak aku - Kakak FL. 

Ini DM semalam pasal Dentist😊.


Memang Dentist ramai kat KL ni tapi tak semua dentist tu tahu handle kanak-kanak. Huhu. Sedih tau,bila kita terpaksa membayar rawatan tu tapi tak ada apa-apa rawatan pun dibuatπŸ˜ͺ.. 

Alhamdulillah akhirnya kini Kakak FL dah ada dentist favourite dia. Dan aku bersyukur juga dapat membantu  ibu-ibu lain dalam masa yang sama 😊. 

Sharing is caring. So,let's spread the positivity..

Terima ksih semua pada yang sudi membaca blog Dorsett Pink =)). Aku mintak maaf kalau ada yang tersalah atau terkecik hati pada penulisan-penulisan aku. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih sekali lagi.

https:://www.dorsettpink.com/

You May Also Like

7 comments

  1. ALHAMDULILLAH PENULISAN BLOG BERKESAN N MENARIK PEMBACA

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semoga dgn blog kita boleh buat amal jariah kan

    ReplyDelete
  3. Seronok kan ada orang dapat daripada blog kita.
    Saya pun harap blog saya tu ada manfaat walaupun cerita pasal diri dan perkara-perkara remeh dibuat, kadang rasa benda merepek je. Hehe saya tak pernahlah orang emel, tanya terus dalam ruangan komen.
    Apapun kena gembira apa kita buat jadi selesa nak tulis apa-apa.

    ReplyDelete
  4. sy pun suka baca kisah parenting akak :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  5. Sharing is caring.. I like this ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  6. hahahaha
    betul
    sama lah bila dapat email atau whatsapps orang yang bertanya bab travel lah, makanan lah, filem lah
    rasa macam seronok sebab dapat berkongsi dan bagi manfaat dekat orang yang membaca :)

    ReplyDelete
  7. banyak manfaat berkongsi hal yg baik2

    ReplyDelete