Minuman Berbuka Puasa - Resipi Air Sagu Gula Melaka

by - Tuesday, May 05, 2020

Ini antara minuman dan pemanis mulut kami masa buka puasa tahun ni - air sagu gula melaka. Moreh pun boleh layan air sagu gula melaka ni. Kakak FL suka sangat. Tapi untuk anak-anak minum, aku modified sikit resipinya =)).



Resipi Air Sagu Gula Melaka

Bahan - Bahan :
- Sagu
- Gula Melaka (Orang pantai timur panggil Nisan).
- Susu cair / fresh milk - pilih yang mana satu
- Daun pandan
- Sirap - untuk warnakan. (Boleh tukar dengan warna lain kalau nak).
- 1 sudu gula
- Ais

Cara Buat :
1. Masak sagu dulu - Letak dalam periuk, campur air, letakkan daun pandan (simpulkan), pastu tambahkan air sirap sebagai pewarna. Masak sagu sampai sagu tu bentuk macam agar-agar.

2. Dalam periuk berasingan, buat air gula - letakkan air kosong, masukkan gula melaka, masukkan gula , masukkan daun pandan (disimpulkan).

3. Bila sagu dah masak, toskan (tapis) guna penapis sambil lalukan dibawah running air paip.

4. Lepas tu, ambik gelas. Letakkan air gula (sukatan ikut citarasa masing-masing). Pastu, masukka sagu. Lepas tu, masukkan susu cair.

P/S : Kalau nak hidnag kat anak-anak, susu cair tu ditukar dengan fresh milk, lagi sihat, compared to susu cair. 

5. Masukkan ais.

6. Siap! Boleh hidang sejuk-sejuk.


Selamat Berbuka Puasa =))

You May Also Like

6 comments

  1. WOW SEDAP TU MINUMAN MENYEGAR TEKAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'ah sedap sungguh bila buat buka puasa =))

      Delete
  2. sedap sangat juadah DP ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap AJ. minum sejuk-sejuk. perrghh! nikmatnya rasa

      Delete
  3. kalau saya pun pilih fresh milk. ehee. ramai orang suka dessert nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fresh milk lagi sihat daan berkhasiat. Kalau nak lagi sihat, guna low fat milk - rendah kolestrol

      Delete