Keluar Membeli-Belah Barang Dapur Sejak PKP

in , by dorsett pink, July 06, 2020
Sejak PKP 18 Mac 2020, aku tak pernah pergi mall atau pergi supermarket. Barang-barang keperluan rumah semuanya en.suami yang belikan. Sejak arahan Hanya Ketua Keluarga saja boleh keluar rumah, sejak tu lah aku dan anak-anak tak pernah keluar rumah pergi beli groceries. Hanya en.suami jer yang keluar sorang-sorang belikan semua keperluan kitaorang. 

Mula-mula PKP dulu, aku rasa stress jugak sebab langsung tak boleh keluar mana-mana, tak boleh pergi mall atau supermarket. Boleh jer sebenarnya kalau aku nak keluar sorang-sorang, tapi aku tak suka pergi shopping groceries sorang-sorang, aku suka pergi dengan en.suami 😊.

Tapi bila dah lama-lama PKP, dah terbiasa dengan rutin baru ni - rutin duduk rumah, tak keluar mana-mana. 

Dan sejak PKPP ni, sejak kanak-kanak dah dibenarkan keluar, baru aku keluar pergi jalan-jalan, sebab dah boleh bawak anak-anak keluar kan. Yer lah, kalau tak kesian kat Kakak FL dan Leeya terpaksa duduk jer dalam kereta tak boleh keluar. 

So, Khamis hari tu, aku dan anak-anak keluar untuk pertama kali sejak PKP pergi beli groceries. 



Fuhh! Happynya.

Masa tu supermarket lengang jer, tak ramai orang. Maybe sebab weekdays. So, nak shopping pun tak takut, sebab tak dekat-dekat dengan orang lain.



Biasanya kitaorang beli barang rumah stok untuk sebulan terus. Dan biasanya 2 troli ni lah kitaorang shopping untuk 4 beranak, tapi tak penuh pun 2 troli ni. Boleh kata 1 and half trolly jer yang guna. Ini hanya barang-barang kering jer. Barang basah tak beli. Barang basah biasanya kitaorang beli seminggu sekali kat pasar mini dekat-dekat dengan rumah ni. 

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Mula-mula rasa tak seronok tapi lama kelamaan barangkali sudah terbiasa ok je duduk rumah.

    ReplyDelete
  2. Bila dapat keluar pergi mall ke..supermarket ke...memang rasa lega..bayangkan masak PKP dulu abah akak jer pi kedai..x kan nak kirim barangan peribadi kat abah kan..hahaha...lagi satu perbelanjaan masa PKP agak tak terkawal..kan?

    ReplyDelete
  3. Memg sejak duduk rumah mls nk keluar.. Tapi bila keluar nak keluar lagi.. Hahaha..

    ReplyDelete
  4. Betul. Anak2 happy gila dapat pegi mall.sian diorang terperuk kat rumah

    ReplyDelete
  5. IQ pernah sekali jer pergi beli sepanjang tmpoh pkpb, sebelum tu mmg husband je belikan. Bermula masa pantang sebelum pkp lg husband da mula beli barang dpur. Tak perlu la pkir pasal barang dapur sgt lepas ni. Kan kan

    ReplyDelete
  6. terapi nie.. dpt shopping mmg best.. tp beli yg perlu la.. kang balik umah stress pula.. hehe

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE