Pertama Kali Sampai di Freeport A'Famosa Outlet, Melaka

by - Friday, July 03, 2020

Minggu lepas aku dengan my big family pergi holiday kat Melaka. Semalam jer. Pergi hari Sabtu, balik KL hari Ahad.

Sebelum balik KL, kitaorang Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka dulu, pastu singgah jap kat Freeport A'Famosa Outlet , yang terletak kat A'Famosa Resort, Melaka.

Itulah kali pertama aku pergi Freeport A'Famosa. Freeport Outlet ni ala-ala macam Genting Premium Outlet (GPO) dan Johor Premium Outlet (JPO) la. Tapi Freeport Outlet ni tak semewah GPO dan JPO. Maksud aku kat Freeport ni tak ada butik-butik designer brand macam kat GPO, JPO macam butik Couch, Braun Buffel, DKNY,  Kate Spade, Long Champ dan lain-lain.

Kiranya kat Freeport A'Famosa ni dia lebih pada untuk golongan marhaen macam aku ni shopping la, yang golongan M40. Kalau kat GPO dan JPO, target customer diaorang lebih pada golongan kayangan - T20.

Kat Freeport A'Famosa ni ada butik Nike, Siti Khadijah, ELLE, PUMA, AKEMI dan macam-macam lagi lah.



First time diaorang pergi 'mall' sejak PKP ni. Walaupun kira macam 'first time' tapi diaorang tak enjoy sangat, mungkin sebab rasa macam 'dah selesa' duduk rumah. So, bila kena berjalan jauh-jauh, diaorang rasa penat. So, both of them agak moody la hari tu. Cuma FL Sisters ni, diaorang tak kan meragam / mengamuk kat tempat awam, cuma mampu diserlahkan oleh memek muka 😁.Itu yang buatkan mommy suka pasal diaorang ni dan boleh consider nak bawak diaorang pergi jalan-jalan 😁. Yang part lain, agak boleh buat jantung mommy terhenti jap. 



Kebanyakkan kedai buat sale kaw-kaw. Kedai yang kena que paling panjang ialah NIKE. 


Tak ramai orang sangat. So, nak shopping pun boleh bertenang =)). 

 Kat sini SOP dipatuhi. ALhamdulillah. Tapi tengok kat sini tak ramai yang pakai mask. 




Kat sini surau dibuka, tapi telekung dan sejadah tak disediakan , kena guna sendiri punya. SOP dipatuhi di dalam surau. Good Job!


Bagi aku OK lah untuk shopping kat sini. Rasa macam ala-ala shopping kat oversea gitu sebab bangunan kat sini english style. Sekarang tengah SALE, so lagi banyak penjimatan bila shopping waktu sekarang. 

Bila balik KL, jalan jem kat highway. Fuhh! R&R pun agak penuh. Dalam jam 12 malam jugaklah baru sampai rumah. Penat tapi seronok 😊.

You May Also Like

7 comments

  1. Ok jugak ek kedai2 dia, kira mampu milik untuk m40 kan ;)

    ReplyDelete
  2. wah best shopping time sale kat sini

    ReplyDelete
  3. Tak pernh smpai lagi.. Ingat bulan 11 nak jalan2 melaka.. Harap boleh bercuti lagi

    ReplyDelete
  4. tak pernah ke sana lagi walau dah beberapa kali ke melaka

    ReplyDelete
  5. Tak pernah ke sini lagi. Nanti bolehla ke sini

    ReplyDelete
  6. Kalau raya suka shopping kat sini. Banyak sales. Tapi tahun ni tak g.

    ReplyDelete