Rumah Tetiba Blackout

by - Sunday, October 18, 2020

 Semalam, tengah syok-syok tengok TV, tetiba balck-out satu rumah. Bila tengok kat luar, satu kawasan rumah tu bergelap. Lampu jalan pun tak ada. 

Kat area rumah aku ni ada banyak jugak rumah apartment, semua apartment tu pun bergelap. Fuhh!. Pastu kitaorang semua lepak kat luar (kat halaman rumah) sebab panas kat dalam rumah, sebab kipas tak ada kan. 

Pastu bila dah lama sangat duk luar, rasa nak masuk dalam. Baru teringat kat rumah tu ada lilin. Seingat aku, rumah ni tak pernah balack-out. Kali terakhir aku rasa black-out 5 tahun lepas kot, masa duduk rumah apartment dulu. Kiranya lilin sekotak yang ada kat dalam rumah ni ialah lilin dari rumah lama dulu. Wahh! Lama betul usia lilin tu. 

Pastu terus aku pasang lilin kat ruang tamu dan dapur - sebab nak kemas dapur. 




Seronok Kakak FL dan Leeya tengok candle. Tak pernah-pernah diaorang tengok pasang lilin kat rumah 😆. Kiranya bagus jugak black out ni sebab dapat bagi pengalaman baru untuk diaorang 😊. Bila lilin tu dah habis, tak sabar-sabar Kakak FL nak tukar dengan yang baru. 


Ingatkan balckout ni sampai ke pagi, rupanya hanya 2 jam jer. Eelektrik ada semula jam 11 malam. Alhamdulillah! Lepas tu kitaorang semua tidur. 

You May Also Like

10 comments

  1. thats why kena spare lilinkan . pernah takde lilin baru time tu terus pegi kedai beli --"

    ReplyDelete
    Replies
    1. bettul. lilin memang kena sentiasa ada kat dalam rumah, dan lighter sekali

      Delete
  2. Semalam kat surau, tengah sembahyang subuh kena black out.
    Yang peliknya hanya surau aje yang kena.
    Rupanya ada mentol yang rosak kena hujan menyebabkan suis tendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke. kesiannya, masa tengah solat blackout, mesti semua jemaah panik kan

      Delete
  3. Pengalaman anak-anak..mesti seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak PC, pengalaman berharga untuk diaorang ni

      Delete
  4. anak2 saya pun suka kalau blackout dapat main lilin.
    dorang suka main dgn bayang2 dorang dekat dinding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan.. dulu masa kita kecik-kecik pun suka buat macam tu

      Delete
  5. Hehe bukan anak2 je seronok tengok lilin.. cik tk pun kalau pasang lilin suka tengok lilin tu menyala.. memang penting untuk kita semua sediakan lilin spare in case tiba2 blackout

    ReplyDelete