TIPS Pengurusan Masa Oleh Ustazah Asma Harun

by - Monday, October 19, 2020

Hari tu aku ada share pasal TIPS kecantikan yang Ustazah Asma Harun amalkan. Macam tak percaya kan yang Ustazah pun pergi buat facial sebulan sekali. Sebab tu muka ustazah cantik. Boleh baca kat entri ni untuk sesiapa yang masih belum baca lagi entri tu - "10 TIPS KECANTIKAN DAN KESIHATAN USTAZAH ASMA HARUN".

Dalam program yang sama tu jugak, Ustazah ada share macam mana Ustazah uruskan masa dia sehari-harian. Ustazah ni kiranya usahawan. Ustazah ada 30 orang staff yang jaga macam-macam 'jabatan/bahagian'. Ada staff yang uruskan terbitan buku, ada staff yang uruskan jadual ceramah Ustazah, ada staff yang handle NGO Ustazah - Sahabat Amal Care, ada staff yang handle sosial media ustazah dan macam-macam lagi. 

Dalam masa yang sama, ustazah ada 7 orang anak, semua anak-anak masih bersekolah lagi (yang sulung umur 14 tahun) dan yang lagi best Ustazah tak ada maid. Ustazah cuma akan panggil part time maid bila dia nak cuci dan kemas rumah. 

So, macam mana Ustazah Asma dapat uruskan hari-hari dia dengan baik sekali? Aku yang baru anak 2 ni pun dah rasa kelam-kabut, inikan pulak ustazah ada 7 orang anak tanpa pembantu. Fuhh! Hebat betul Ustazah. 



TIPS Penguruskan Masa Ustazah Asma Harun : 


1. Solat di awal waktu. Azan jer terus solat. Walau susah macam mana pun, usahakan untuk solat di awal waktu. Bila kita displin dengan waktu solat kita, Allah akan bagi kita banyak masa dan banyak kesenangan untuk buat benda-benda lain sebab kita dapat displin dan komited untuk menjaga ibadah kita.

2. Berzikir. Bila habis jer soat. jangan lupa berzikir. Zikir lah sebanyak mungkin. InshaAllah dengan fadhilat zikir itu, Allah akan bagi kita kesenangan untuk uruskan masa kita dengan sebaik-baiknya dan sekaligus kita mampu untuk menjadi ibu yang baik dan wanita yang hebat.

3. Selalu berselawat. Kalau dapat, selawatnya 1000 kali sehari. Kalau tak dapat, buatlah 100 kali sehari. Sebab Allah suka pada orang yang sayangkan Kekasih Dia itu Rasulullah saw. Bila Allah sayang kita, Allah akan bagi kita kesenangan untuk uruskan masa kita dengan sebaik-baiknya.


TIPS Tambahan - Bila kita ada masalah atau stress, kita amalkan baca ASma Ul-Husna. Contohnya macam kalau suami panas baran atau pemarah, isteri selalu baca (zikir) dengan zikir Asma UL-Husna :  As-Sabur. 

Bangun tidur baca tu banyakbanyak kali, tengah masak baca, tengah lipat kain baca, tengah drive baca, nak tidur baca pun baca tu banyak-banyak kali, tapi hati kena YAKIN DENGAN ALLAH yang Allah Maha Memakbulkan. Kalau baca jer tanpa ada rasa yakin kat Allah, memang tak menjadi apa-apa lah. InshaAllah bila kita yakin dan minta bersungguh-sungguh pada Allah, Allah akan lembutkan hati suami tu menajdi orang yangpenyabar.

Dengan perkongsian ni, harap-harap kita semua dapat uruskan masa kita dengan lebih baik lepas ni dan dapat perbaiki diri kita menjadi muslimat yang lebih baik untuk dunia dan akhirat. Amiin

 

You May Also Like

4 comments

  1. memang benar solat di awal waktu antara keberkatannya adalh kita akan merasa mempunyai masa yang lebih panjang dan tenang dalam melayari seharian , good sharing DP

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih AJ se=udi baca dan sudi tinggalkan komen. Semoga kita semua dapat manfaat dai perkongsian Ustazah Asma

      Delete
  2. Terima kasih untuk perkongsiannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Cik TK> Terima kasih kerna sudi baca dan sudi tinggalkan komen

      Delete