Baru Beli 'Water Heater'

Aku kan baru pindah rumah baru. Nak kata baru sangat pun, rasanya dah 3 bulan duduk sini. 

Rumah baru kan - totally empty, so memakan masa la sikit nak penuhkan rumah ni. Apa yang penting, kami beli dulu. Mana yang boleh tangguh, kami tangguh dulu. Baru tak terasa sangat duit tu keluar.Kalau tak sekejap jer poket licin. 

So, baru-baru ni en.suami baru je beli 'water heater'. 

Water heater ni bukan priority untuk kami sekeluarga. Sebab aku dan en.suami boleh je mandi air sejuk pagi-pagi, air tu tak sejuk mana pun. Duduk kat bandar kan, kalau duduk kat kampung, rasa air bukit...Fuhh! memang terus rasa FROZEN kot bila kena air sejuk pagi-pagi. 

Cumanya, Kakak FL perlu mandi air panas pagi-pagi sejak-sejak dari start sekolah ni kan. Kalau sebelum ni cuti sekolah, adalah chance bangun lewat. Sekarang dah start PdPR, memang hari-hari nak kena bangun awal dan mandi. 

So, dia tak tahan mandi air sejuk. Dek kerana itu, kami belilah water heater ni.

En.suami pasang sendiri. Dia suka DIY. Tapi bukan hardcore DIY-er la



Yeayy! Dah siap.


Alhamdulillah! So sekarang Kakak FL boleh mandi dengan gembira pagi-pagi.

 

Comments

  1. Replies
    1. A'ah.. kalau tak, kesian dia kena mandi air sejuk

      Delete
  2. xde alasan xnak mandi pagi kan kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tapi dia memang jenis wajib mandi pagi, dia tak kan buat benda lain selagi tak mandi - tak selesa katanya

      Delete

Post a Comment