Happy Birthday My Girl

by - Thursday, March 11, 2021

Semalam , 10 Mac 2021 genaplah usia Leeya 3 tahun. 

Sekejap je dah besar Leeya ni. 

Walaupun dah 3 tahun, tapi masih manja sangat dengan mommy. Kemana-mana mommy pergi ada jer dia, even mommy masuk toilet pun nak ikut.. Errmmm... Takpelah nak, asalkan kamu bahagia. 

Dan jugak, sampai sekarang masih lagi tak wean-off breastfeeding lagi. Aduhaiii. Dah macam-macam cara try tapi tetap gagal. Cumanya sekarang dia cuma minum breastfeed sekali sehari jer, bila waktu nak tido malam. Harapnya lepas ni dapatlah terus wean-off. 




Ni masa first time dia join online class. Itulah kali pertama dan terakhir dia join online class, pastu dah tak nak dah. Memang online ni tak elok pun untuk budak-budak kecik. 


Dia asyik bagitau nak pergi sekolah. Kesian dia. Entahlah, mommy nak hantar dia ke playschool pun risau. Risau dengan situasi pandemik sekarang. Esok cadangnya next year la baru dia masuk preschool. Kalau tak pandemik, dari last year lagi nak hantar dah ke playschool. Tapi perancangan Allah tu Maha Hebat. Boleh baca kat entri ni - "HIKMAH LEEYA TAK PERGI PLAYSCHOOL".

Semalam kami celebrate simple kat rumah, beli kek Secret Recipe. Nanti Hari Sabtu nanti baru nak celebrate betul-betul dengan big family. 


So, untuk anak mommy yang sangat manja ni Aleeya - "Mommy doakan Leeya berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan tinggalkan segala larangan Allah dan menjadi pejuang agama Allah kelak. Jangan lupa untuk hafaz al-Quran sampai 30 juzuk k 😀. Semoga cita-cita Leeya nak jadi Doktor dan bergelar Dr.Aleeya tercapai ya nak 😊. Mommy doakan yang terbaik".  

You May Also Like

4 comments

  1. Happy Besday Leeyaaa!!
    Semoga membesar jadi anak yang bijak :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir..samabaya dengan anak nad..hehee

    ReplyDelete