Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Assalamualaikum guys. 


 Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang semua. Sorry lambat update. 

Fuhh! Mencabar betul sekarang nak update blog.

Rasanya nak kena tukar interface blog ni , nak kena tukar 'baju' kot, baru lebih bersemangat sikit nak update. 

Macam semua orang, tahun ni tak beraya - duduk rumah jer. 

Lagipun aku memang tak ada mood raya langsung tahun ni. Sedih tengok Umat Islam kat Palestin nun. Walaupun aku tak duduk sana dan tak de sorang pun saudara -mara teredekat duduk sana, tapi aku tersentuh la jugak tengok nasib Umat Islam kat sana. Hari-hari bilangan shuhada makin meningkat. Tapi takpelah, Syurga dah tersedia untuk mereka. Kita yang hidup ni masih lagi tak tahu samaada dapat syurga ke neraka. 

Well... cerita di hari raya - sama jer la macam korang semua. 

Bangun tidur - makan- OOTD - Netflix sampai malam - main bunga api- tido. hahahha. 

Juadah Hari Raya yang sama setiap tahun - wajib ada lemang, serunding (kitaorang memang makan Serunding Royal Floss jer dah bertahun-tahun) dan satey.


Ni gambar raya kedua. 


Nantilah aku up entri gambar OOTD penuh Raya Pertama dan Raya Kedua. Nanti panjang pulak entri ni, korang pun penat nak baca. 

So, aku stop kat sini dulu k. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri guys. 

Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa yang penting. Jaga SOP betul-betul, jangan langgar SOP, nanti kita jugak yang susah. Hospital dah penuh tu, nanti kalau kita sakit, silap haribulan terpaksa bentang toto atas lantai hospital jer. SO, bettter jaga diri elok-elok. 

Terima kasih Semua sudi baca Blog dorsettpink.com. 

Comments

  1. Selamat sambut raya PKP
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Wak. selamat hari raya wak. maaf zahir batin

      Delete
  2. comelnya dua beradik tu beraya

    ReplyDelete
  3. Sangat perlu menjaga SOP. Sangat-sangat. Merisaukan dan merungsingkan juga.

    ReplyDelete
  4. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Post a Comment