Berbuka Puasa di Masjid

by dorsett pink, June 24, 2017
Dulu, masa aku bujang dulu aku selalu buka puasa kat masjid. Boleh dikatakan hari - hari aku berbuka di masjid. Masjid yang paling aku suka ialah Masjid Putra, Putrajaya. Sebab kat situ suasana dia best sangat, rasa macam berbuka kat masjid di Tanah Suci. Dan mereka yang berbuka kat situ terdiri dari semua kelas masyarakat - ada yang kaya taraf pak menteri dan ada yang miskin atau asnaf. Tetapi pabila duduk makan atas tikar yang sama, kita semua adalah sama - saudara seislam yang menyembah Allah Yang Satu.

Kenapa aku buka puasa di masjid? Sebabnya aku nak barakah dan nak kumpul pahala sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan ni. Aku tak nak terkejar-kejar, nanti aku juga yang penat. Jadinya, lebih baiklah aku berbuka saja di masjid, selepas berbuka boleh terus solat magrib berjemaah. Pastu, boleh rehat kejap sementara nak tunggu azan isyak. Dan seterusnya boleh terus solat isyak dan solat terawikh berjemaah. So, tak lah terkejar-kejar nak ke masjid / surau untuk menunaikan solat terawikh jika berbuka puasa di rumah.



Pastu, bila masuk ofis esokkannya, bila kawan - kawan tanya "semalam berbuka kat mana? " (Diaorang saja tanya tanda prihatin). Jawab aku, "berbuka makan nasi kat masjid". Pastu diaorang gelak atau barangkali senyum sinis.

"Aku masa study bolehlah berbuka kat masjid, sebab masa tu tak ada duit",kata mereka.  So, adakah maksudnya, dia cuba nak kata aku ni pokai/ 'tak-ada-duit' sebab tu berbuka puasa di masjid??



Kalau aku balik kampung pulak, maid a.k.a bibik yang bekerja di rumah keluargaku akan tanya :

Bibik : "Kamu buka puasa macam mana di sana?".

Aku : "saya berbuka puasa di masjid bik".

Bibik : "Apaaaa???? (pastu gelak) "

Aku : "Kenapa bik? Kenapa bibik gelak?"

Bibik : "Kamu malas ya masak?" atau "kok mahu berjimat duit ya? "

Aku : "Tak lah bik. Saya nak senang. Usai makan, saya boleh terus boleh solat di sana".

Bibik : " Ooooowwh begitunya? "

Berdasarkan 2 perbualan yang aku nyatakan ni, aku rasa masyarakat Malaysia masih lagi mempunyai stigma yang orang berbuka kat masjid adalah merupakan mereka yang 'cheapskate' atau meraka-yang-suka-makan-free.




Jujur aku katakan yang aku sedih bila ada segelintir masyarakat yang mempunyai stigma macam tu. Sedangkan di Tanah Suci Mekah dan Madinah, berbuka puasa di masjid adalah digalakkan dan semua jemaah enjoy je berbuka di masjid, walaupun orang tu bergelar Mak Datin atau Tan Sri atau anak raja sekalipun,tidak ada langsung perbezaan taraf ketika beribadat dan masyarakat kita tidak pula beranggapan jemaah di Tanah Suci yang berbuka di masjid sebagai 'cheapskate'. Tetapi bila kat Malaysia, kenapa wujud stigma macam tu?

Kenapa kita semua tak boleh berfikiran positif jer dari duk mengata orang tu cheapskate lah, kedekutlah, nak berjimat, malas, dan yang seangkatan waktu dengannya. Kalau kita tak boleh nak buat kebaikan dan kebajikan, janganlah kita bersangka buruk pada orang yang berusaha nak mencari redho Allah. Sepatutnya di bulan yang mulia ini, kita perbanyakan berdoa dan berzikir dari bersangka yang bukan-bukan...

Aku berharap semoga selepas ini, di tahun-tahun akan datang, stigma masyarakat yang mengatakan berbuka puasa di masjid itu adalah orang yang 'cheapskate' dapat diubah kepada yang lebih baik dan positif. 

Ok lah, itu je nak cerita pasal kisah berbuka puasa. Esok dah raya, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti buat semua pembaca Dorsett Pink. Semoga perjalanan kalian untuk pulang beraya di kampung selamat,selamat pergi dan selamat pulang...

Terima kasih korang sebab sudi membaca entri ini.. 

P/S : Semua gambar diatas adalah di Masjid al- Hasanah, Bandar Baru Bangi..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Seronoknya berbuka puasa kat masjid...
    Dah lama mrs pip nak sangat buka puasa kat masjid, maybe one day.. doakan ya.
    Mrs pio selalu cemburu bila dengar org buka puasa kat masjid, rugi rasanya tak dpt join ..
    Kan seronok dpt kenal mengenali dgn org lain , erat silaturrahim sambil kita bersedekah bagi org makan buka puasa... semoga DP dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.. n thanks sharing, ia bg mrs pip inspirasi ...selamat hari raya DP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mrs. Pip jika tulisan saya ini memberi manfaat pada orang... Niat mrs. Pip tu dah dapat pahala dah, kalau awak buat, pahala tu makin bertambah-tambah.. Inshaallah saya doakan next year, awak berpeluanv berbuka puasa di masjid ya... Amiiin..

      Selamat hari raya mrspip

      Delete
  2. Masyarakat kita memang suka berpepsi. Bukan sahaja berbuka di masjid, bahkan macam2 perkara pun mereka menyimpan persepsi.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. wow comelnyaa tersusun gitu.. ada jugak few times berbuka kat surau kawasan rumah..
    sedap gak tapi lepas tu kena jugak cari makanan lain =P

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE