Demam Bola Piala Dunia 2018

in , , by dorsett pink, July 03, 2018
FIFA World Cup 2018. Aku dan en.suami kaki bola. Kitaorang suka tengok bola. Tapi aku suka tengok bola luar jer la, Liga Malaysia tak berapa minat nak tengok. hahahhaa. jangan marah noooo..

Orang kata kalau orang perempuan tengok bola ialah sebab dia nak tengok PLAYER, orang lelaki kalau tengok bola confirm memang nak tengok game tu , bukan nak tengok player sangat. hahahha. Memang betul pun.

Aku suka tengok bola sebab suka tengok player. Boleh usha mana player-player yang handsome.. hahahha. Tengok dari jauh je la, dari nun di kaca TV. 

Dari dulu lagi aku sokong Brazil. Memang aku minat giler ngan Brazil. Dulu sokong Brazil sebab ada Ronaldo, tapi sekarang sebab ada Neymar. Hari tu dengar cerita Neymar injured tak dapat nak main World Cup, aku dah frust dah. Tapi mujurlah dia dapat main jugak walaupun masih sakit.

Kebetulan pulak, kena pulak dengan 'come back' Burger Rio ni sempena dengan Kempen 'Discover The World'.

Burger Rio dari McDonald. Diperkenalkan masa Sukan Olimpik Rio 2016. Disebabkan rasa dia yang sangat 'uummmphh' (thumbs up) , maka pihak McDonald perkenalkan lagi sekali masa Musim World Cup FIFA 2018 yang tengah berlangsung sekarang ini. 


Burger RIO sedap sangat tapi sikit pedas. So, kalau jenis yang tak makan pedas macam aku, nak makan burger Rio ni jangan letak sos cili. 

Selain dari Brazil, team favourite aku masa world Cup ni ialah Mexico. Nak tahu tak sebab apa? Sebab aku suka ngan si Carlos Vela. kan aku dah kata, aku tengok bola sebab player. hahahha.

 

 Tapi frust nya, dua-dua team favourite aku lawan each other pulak semalam. huhuhu.. 

Nak buat macam mana, dah namanya pun GAME. So, Terpaksalah aku terima kekalahan Mexico. Tapi, takpe, dia kalah pun ditangan pasukan favourite aku gak - Brazil. hahaha.

Keep it up Brazil! Semoga gelaran juara milik anda!


Tengok bola kat Mamak la baru syook. hehe . (Gambar ni bukan diambil jam 2 pagi tau, ini gambar tengok game jam 10 malam). Kul 2 pagi tu, kami semua dah tidur lena.Terpaksa tengok siaran tertunda pagi ni). Aku tak cukup kuat nak stay up. hahahha. 

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. geram tengok brazil sebab neymar over sangat berlakon

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE