Selamat Hari Merdeka 61

in , by dorsett pink, August 31, 2018
Hye Guys..

Selamat hari cuti dan Selamat Hari Merdeka yang ke 61 tahun.

Merdeka tahun ni aku rasa meriah semacam. Sejak seminggu lalu, ruang udara kat rumah aku ni bising, TUDM buat latihan untuk petunjukkan udara sempena sambutan Merdeka Hari ni.

Aku rasa hari ni macam Hari Raya pulak. Kakak FL hari-hari duk cakap pasal Hari Merdeka. Budak-budak memang bersemangat waja. Since 2 minggu lepas, school dia buat preparation untuk celebrate Merdeka semalam. Semalam lah celebrate kat schoool, hari ni cuti.

Aku bersemangat nak tengok Sambutan Merdeka (tapi hanya mampu tengok kat TV jer - sebab keadaan tidak menginzinkan untuk aku keluar, Ada misi yang lagi penting yang aku perlu selesaikan di rumah) sebab rasa macam Malaysia dah Merdeka. Bukan Merdeka dari penjajah asing, tapi Merdeka dari rejim Kleptorat yang sebelum ni memerintah Malaysia mengikut acuan sendiri.

Kini, aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Lebih bangga dengan IDOLA aku yang berusia 93 tahun - Tun Mahathir yang masih mampu berdiri megah menyanyi lagu Negaraku di Dataran Putrajaya. Syabas TUN! You are trully a great leader, and the best man for Malaysia. I adore you till the end of time!..



Sayangi Malaysiaku - Ini Negara kita. Jatuh bangun Malaysia, ini tetap negara kita. Sayangi Malaysia dan bebaskan dari tangan-tangan rakus da tamak.

 
Malaysia, Syabasss! Kerna kita sudah MERDEKA!

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Salam Kemerdekaan ke-61...moga kita benar-benar menjadi insan yang merdeka...aminn.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari merdeka kak PC. .. Amiin for your doa

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE