Surya Apple Cider Vinegar Atasi Masalah Kembung Perutku | Lately ni, perut aku selalu masuk angin. Puncanya sebab aku skip makan. Aku ni jenis, bila dah start fokus buat kerja atau study, semua benda aku akan tolak tepi dulu termasuklah bab makan. 

Aku start jadi macam tu sejak aku Form 5 , masa nak ambik SPM dulu-dulu. Sebab duk pulun nak prepare untuk SPM, aku banyak skip makan. Dan kesannya bila masuk universiti, aku dapat penyakit GASTRIK. huhu.. Pedih tau bila ada gastrik ni.

http://www.dorsettpink.com/2019/04/surya-apple-cider-vinegar-atasi-masalah.html



Gastrik Hilang Bila Bersalin

Tapi Alhamdulillah gastrik ni dah hilang lepas aku lahirkan Kakak FL, bila dah hari-hari minum Yakult dan sejak tu aku dah jaga soal makan aku elok-elok. Bila rasa lapar jer, cepat-cepat pergi makan. Dan aku akan sentiasa bawak makanan dalam handbeg ke mana aku pergi, walau hanya sekeping roti. Yang penting, makanan sentiasa wajib ada bersama. 


Sejak Bila Kembung Perut Tu?

Tapi sejak 2 menjak ni, life aku kembali busy. Busy nak siapkan tesis, bila dah submit tesis, busy tulis journal paper pulak, pastu busy study untuk VIVA nanti. Jadinya, kadang tu (banyak kali sebenarnya - tanpa sedar) terskip makan. Almaklumlah, bila idea datang mencurah-curah, rasa nak terus tulis. Nanti kalau bertangguh hilang pulak idea tu kang. 

So, bila duk asyik tak makan jer, mulalah perut masuk angin. Sampai pada tahap perut jadi kembung. huh! Sangat tak selesa. Nak buat kerja pun, tak dapat fokus. Ada jugak try minum Yakult, tapi sama jer pulak kali ni. Langsung tak ada apa perubahan.

Aku tanya blogger-blogger KBBA , ramai yang suggest ACV - Surya Apple Cider Vinegar ni. Aku pun terus la beli kat Lazada. Kebetulan dapat pulak diskaun atas tiket Blogger KBBA. Apa lagi, grab jer lah kat LAZADA tu. Sekarang ni semua senang. Online jer! Nak beli ayam, ikan, itik sayur pun online jer, dah tak perlu susah-susah nak pergi kedai. 


Tambah pulak bila ada anak kecik, nak pergi mana-mana tu agak mencabar jugak. So, lebih senang beli apa-apa kat internet. Terima kasih la pada orang yang ciptakan internet ni. Kalau hari ni tak de internet, susah jugak hidup aku rasa. Sebab segalanya aku memerlukan internet, even nak top-up telifon pun, guna internet jer. 



Lepas minum beberapa kali ACV ni, perut aku rasa lega. Mana tak nya, sebab Surya ACV ni ada madu asli. Madu asli tu lah pengubat segala penyakit - kalau ikut Sunnah Rasulullah saw. 

Macam Mana Nak Minum Surya Apple Cider Vinegar ?

Kalau baca arahan kat belakang label botol tu, tambahkan 180 ml air dalam cawan dengan 30 ml ACV, pastu kacau dan minum. Minum lepas makan. Jangan minum sebelum makan tau!. Sebab ACV ni kan bercuka, takut nanti lagi bertambah asid dalam perut tu, nanti jadi lagi teruk pulak. 

Rasa dia? OK lah, aku suka. Ada rasa manis, ada rasa masam sikit. Tapi kalau minum dengan air kosong ok jer.


Lepas minum ACV ni, Alhamdulillah, aku rasa OK. Yang penting Surya ACV ni ada sijil HALAL. So, tak perlu rasa was-was. 

Aku sangat recommend lah Apple Cider Vinegar brand Surya ni kalau korang ada masalah kembung perut macam aku ni.  Kalau korang nak beli ACV, boleh beli kat LAZADA, atau kat Watson pun ada jugak, even kat Himalaya Store pun ada jugak. Tak mahal pun. Harga sebotol dalam RM 19.90 (450 ml).
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. patut lah body comel je. apple cider rahasianya ye..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE