TIPS Buat Passport Kanak-Kanak - Dokumen Yang Perlu Dibawa 

Leeya baru jer buat passport. Ni baru ada rezeki nak gi berjalan. Lambat dari kakak dia. Nak buat macam mana, rezeki setiap orang berbeza. Sabar jer lah ya anak-anak. 

Terima kasih juga kerna bolehh bersabar tunggu mommy habiskan study dulu. Selagi study tak habis, selagi tu lah tak boleh berjalan pergi oversea.. Walaupun hanya ke Singapore. huhu..

Alhamdulillah, dapat juga tamatkan pengajian tahun 2019 ni. So, dapatlah anak-anak merasa nak pergi berjalan  naik flight. 


So, ni aku nak share dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk buat passport bagi kanak-kanak. Buat passport baru atau renew passport sama jer. 

Ini pengalaman aku sendiri. Kalau baca guideline kat website, langsung tak sama dengan apa yang dipraktikkan di Jabatan Imigresen. So, aku agak , setiap cawangan dan tempat untuk buat passport ni berlainan caranya dan berlainan juga dokumen yang diminta.

Aku buat passport hari tu kat jabatan Imigresen. So, ini yang diaorang minta :

- IC Ibu / Ayah
- 1 Salinan IC Ibu / Ayah
- Surat Beranak Original Si Anak
- 1 Salinan Surat Beranak Si Anak (Ini wajib!).

Ini jer lah apa yang diminta dari aku hari tu. Tapi kalau boleh, untuk anak-anak dibawah usia 2 tahun, korang standby jer gambar passport siap-siap, background putih. Sebab ada branch yang minta gambar passport asing untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun. Dan gambar tersebut tak boleh nampakkan gigi atau lidah. Kena tutup mulut rapat-rapat. hahahaha. 

Masa Leeya hari tu ambik gambar kat situ. Tapi kami standby juga gambar , kot-kot lah diaorang mintak.  Tapi jenuh jugak lah nak ambik gambar Leeya hari tu masa kat Jabatan Imigresen tu, sebab dia tak nak tutup mulut. So, banyak giler shot yang terpaksa diambil untuk dapatkan gambar yang tutup mulut. hahahhahaa. Takpe, kenangan indah!.

Durasi masa nak buat passport ni 2 jam - start dari beratur ambik nombor sehingga dapat passport balik. Bayaran : untuk kids - RM 100, 5 tahun.  Dewasa - RM 200, 5 tahun.

Nanti aku share travel story aku bila dah sampai di destinasi yang dituju. Aku kan memang wajib share, nama pun Blogger. hehehhee.. 

Kami pergi dekat-dekat jer, tak pergi jauh pun. 
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. happy holiday...dah habis study, baru syok nak jalan2..enjoy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak nohas. a'ah ni baru lega nak gi jalan-jalan

      Delete
  2. kalau ada yang tertinggal naya je nk kene datang semula, sebab tu sebelum buat tu kene google maklumat dulu kan., apa yg perlu disediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau ada tertinggal docukemn, memang jenuh nak cari masa datang balik. huhu

      Delete
  3. teringat dulu2 .. passport kita share dgn mak .. gambar kat tngah passport mak. haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.Lapang fikiran dah habis study nak bawa anak-anak berjalan-jalan jauh.

    ReplyDelete
  5. Happy holiday. Semoga segala urusan percutian dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. lama tk cuti2 overseas sefamily...last cuti2 korea 2015 ...yg last year ke bandung tp only girls..ank2 tinggal ..mak nk shopping hehe...happy holidays

    ReplyDelete
  7. Happy holiday sis.. seronok anak2 dpt naik flight..
    TQ for the tips.. anak akak passport dah expired, kena renew lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kena renew la passport anak-anak tu.. =)) Thank you sis sebab sudi baca entri ni.

      Delete
  8. cepat citer.. nak tau si kicik tu jalan2 macam mana dia excited hehe..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE