Katil Anak-Anak - Katil FROZEN

in , , by dorsett pink, November 13, 2020

Susah betul nak update blog sekaraang. Sebab penat mengemas rumah ngan penat menjadi bibik a.k.a tukang masak a.k.a cikgu a.k.a babysitter sebab PKPB ni 😭.

Katil dan almari untuk anak-anak dah sampai. Yeayy! Alhamdulillah! 1 bilik siap!. Tinggal lagi 4 bilik nak kemas ni. 

Inilah katil yang diidam-idamkam oleh Kakak FL. Katl FROZEN. Tema FROZEN. 


Sejak dari duduk rumah lama lagi Kakak FL bagitau dia nak katil bunk bed yang ada gambar FROZEN. Nanti bilik dia, dia nak bilik Frozen (Tema Frozen), hari-hari duk tengok gambar-gmbar kat PINTEREST tu bilik girl Frozen. Memang betul-betul angau dengan ELsa dan Anna anak sorang ni. Si adik ikut jer kakak, dia belum pandai nak minta-minta. 


Selepas 2 minggu menanti akhirnya sampailah perabot yang diidamkan. Datang loose item macam ni, kat bilik tu baru diaorang pasang. Kerja pemasangan pun sangat kemas, teliti dan bersih. I LIKE!




Katil ni customized dari kilang. Pergi kat kedai perabot, terus jer kami cakap - ada tak katil bunk bed untuk budak-budak katil FROZEN - terus tanya straight to the point sebab nak jimatkan masa. Banyak jugak kedai perabot yang kami pergi - keluar masuk, keluar masuk. Ambik masa 2 hari juga mencari kedai ni. Tak banyak kedai yang ada buat customization ni. Last-last terjumpa juga dengan harga yang sangat reasonable. 

Almari biasa jer, bukan almari FROZEN sebab tak ada. Kalau ada dah beli. So, beli jer la almari yang available kat kedai tu. Katil tu kami beli sekali ngan tilam dan percuma pillow. 

Lepas dah beli tu, terus en.suami terus beli bedsheet FROZEN. Sekarang tengah usha kedai yang boleh buat curtain FROZEN. Ikutkan nak pergi NILAI 3, tapi sebabkan CMCO, jadi kita hold dulu niat nak ke Nilai 3 tu. Ada macam-macam benda nak shopping kat Nilai 3 tu 😅. 

Tapi bagus jugak CMCO ni, kalau tak nanti duit mengalir macam air terjun, macam -macam benda nak kena beli untu rumah ni. 
 

SHARE 12 comments

Add your comment

  1. ehehe kena cat blik ala ala ice gituuu.. carpet almari sarung bantal duvet semua kena ada frozen ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cat bilik tu tak la, tapi barang-barang lain slowly akan beli yang tema FROZEN

      Delete
  2. Alhamdulillah. Mesti lebar senyuman anak-anak.

    ReplyDelete
  3. nice.
    happy la princess princess tu ye? :)

    dulu kala, anak2 aida pernah la ni gini, tapi ayah diorang x setuju.
    beli double decker yg biasa je. now double decker tu da jadik katil kat bilik belakang.
    diorang da ada katil baru. da besar dah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, maksudnya katil frozen ni memang terpaksa diaorang guna sampai besar la jawabnya. ahhahaha.. nanti kalau nak tukar katil baru, katil ni akan disumbangkan pada badan charity atau kepada sesiapa yang memerlukan, at least ada orang sambung guna juga

      Delete
  4. Comel la katil dia. Hhaha seronok tgk

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE