Taksir Zakat Dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 

Hye korang. 

Bulan Ramadhan dah habis dan kita pun semua dah bayar Zakat Fitrah hari tu. Tapi korang jangan lupa, yang kita sebagai Umat Islam WAJIB membayar zakat-zakat lain juga selain dari Zakat Fitrah. Zakat ni termasuk dalam Rukun Islam. So, Zakat Fitrah tu ialah salah satu perkara wajib yang dikenakan ke atas kita tapi ada banyak lagi zakat  lain yang kita kena tunaikan. 

So, apa yang kita kena buat sekarang ialah JOM KITA TAKSIR ZAKAT. 

https://www.shazillahsani.com/2022/07/memenangi-hadiah-menarik-dengan-jom.html

APA ITU TAKSIR ZAKAT ?

Taksir Zakat ialah kita mengira apa sahaja jenis zakat yang berkaitan dengan kita (Contohnya Zakat Pendapatan) dengan nilai yang tepat bila cukup haul dan hisab. 

Korang jangan risau, sebab Lembaga Zakat Selangor (LZS) oleh bantu kita semua untuck tolong kiraan jumlah zakat yang kita kena bayar berdasarkan apa yang kita miliki. Antara jenis-jenis zakat yang wujud ialah : 


JENIS-JENIS ZAKAT  

1. Zakat Fitrah : Hanya di bayar ketika Bulan Ramadhan sahaja. 

2. Zakat Pendapatan : Ialah zakat yang dikeluarkan berdasarkan pada pendapatan semasa kita. Kalau tetiba kena buang kerja dan tak bekerja, maka tak perlulah bayar zakat pendapatan ni, contohnya masa PKP hari tu. 

3. Zakat Perniagaan : Zakat yang dikenakan kea as hasil perniagaan yang kita buat.

4. Zakat Harta : Zakat yang dikeluarkan kerana harta kita, contohnya macam ada banyak rumah, rumah kedai, tanah dan sebagainya.

5. Zakat Emas & Perak : Zakat kerana barang kemas dan perak yang kita miliki & tak dipakai. Tapi kalau barang kemas tersebut kita pakai walaupun hanya pakai sekali setahun sahaja tak perlu dibayar zakat. 

6. Zakat Wang Simpanan : Zakat pada wang simpanan kita yang banyak dan ak digunakan samada di bank, di rumah atau di mana-mana sahaja.

7. Zakat KWSP : Zakat pada duit simpanan kita di dalam KWSP.

8. Zakat Pelaburan : Zakat yang dikenakan di atas pelaburan yang kita buat, contohnya pelaburan di Unit Trust Public Mutual. 

9. Zakat Ternakan : Zakat untuk sesiapa yang ada binatang ternakan, contoh macam biri-biri, rusa, lembu, ayam, itik, kerbau, unta dan sebagainya. 

10. Zakat Saham : Zakat pada pelaburan saham yang buat. Contohnya Saham ASB. 

BULAN TAKSIR ZAKAT DENGAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Lembaga Zakat Selangor  telah melancarkan Kempen Taksir Zakat yang dikenali sebagai ‘Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu’ dari 15 hingga 31 Julai 2022. Yang paling best, sempena kempen Taksir Zakat ni, ada banyak tawaran hadiah-hadiah yang menarik yang disediakan oleh Pihak LZS untuk mereka yang membayar zakat sepanjang tempoh tersebut (Jika mengikut syarat dan terma yang ditetapkan). 

https://yanieyusuf.com/2022/07/jom-taksir-zakat-dengan-lembaga-zakat-selangor/

Jom sertai Taksir zakat sebelum 31 Julai 2022 ni dan korang berpeluang memenangi hadiah. Senang jer! Korang boleh taksir zakat secara online kat https://jom.zakatselangor.com.my sekarang. Ataupun korang boleh download apps ‘ZakatSelangor’ kat App Store atau PlayStore. Senang sangat kan? 

Bila dah bayar zakat ni, hati pun akan lega dan tenang dank orang pun mendapat ganjaran yang besar dari Allah, Inshaallah!.


https://jom.zakatselangor.com.my

Syarat & Kelayakan Untuk Menyertai Kempen ‘JOM TAKSIR ZAKAT’ :

1. Bukan warga kerja LZS.

2. Peserta perlu ke website https://jom.zakatselangor.com.my  atau imbas QR Code di App ZakatSelangor di Play Store atau App Store. 

3. Log masuk terlebih dahulu & buat taksiran jenis-jenis zakat yang berkaitan dengan   korang.

4. Peserta perlu tekan ‘butang simpan’ sebagai bukti taksiran & komitmen penyertaan. 

5. Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah. 

6. Tiada had minimum bayaran zakat untuk semua peserta. 

7. Setiap peserta layak mendapat 1 cabutan sahaja.


SEMAK PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

Selain tu jugak, korang yang memohon bantuan dari LZS, boleh menyemak rekod bantuan secara online di https://ezo.zakatselangor.com.my/ .

Ini merupakan alternatif yang disediakan oleh Pihak LZS untuk memudahkan penerima bantuan menyemak status permohonanan masing-masing yang boleh dibuat dimana-mana sahaja 24 jam sehari. Dah tak perlu nak pergi ke Pejabat LZS untuk semak lagi macam dulu-dulu. Haaaaa, senang sangat dah kan? 



PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT 

8 golongan asnaf yan layak menerima zakat ialah : 

1. Fakir

2. Miskin

3. Amil

4. Mualaf 

5. Gharimin

6. Riqab 

7. Fisabilillah

8. Ibnu Sabil

Korang boleh tengok kat media social LZS samada kat Facebook atau Instagram aktiviti-aktiviti yang dijalan oleh LZS yang melibatkan duit zakat kita semua. Semuanya dipaparkan secara telus dan transparent. 


Untuk maklumat lanjut tentang zakat :

Telefon : 1-300-88-4343

Website : https://www.zakatselangor.com.my/

Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/

Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE