Showing posts with label Vienna

Travel :: My Accommodation in Vienna

in , , , , by dorsett pink, March 02, 2015
Masa aku gi Vienna hari tu, aku duduk kat Suite Novotel.
Dulu, kalau travel sorang-sorang, aku prefer untuk stay kat backpacker hostel atau guesthouse, murah sikit tapi bila dah berdua ni, en.suami tak suka duduk kat tempat backpacker, die lebih prefer untuk duduk kat bilik hotel. More privacy for both of us. Tak kisah lah, janji kami mampu bayar. Accommodation kat Vienna ni mahal. Kalau budget hotel pun, 1 malam hampir RM 300, lebih kurang 60 euro untuk satu malam. Sebab currency euro kan tinggi.

Biasanya bila travel, hal-hal booking hotel & transport aku langsung tak ambil peduli, aku serahkan bulat-bulat pada en.suami sebab dia lebih arif dan rajin tengok promo-promo kat internet. So, untuk Vienna hari tu, kami stay kat Novotel. Masa booking tu ada promotion, so dapatlah 1 malam dalam RM 270. Not bad.. Suite Novotel kat sini, 3 star jer. Booking guna booking.com. Kalau korang perasan, booking.com lebih murah offer harga dari agoda, tripadvisor, trivago atau lain-lain website.

Kenapa pilih Novotel? Sebab dalam bilik tu ada microwave, senang untuk panaskan makanan yang dibawak dari Malaysia & boleh masak nasi... Dan lagi satu, dekat sangat dengan subway station & supermarket nak beli groceries, cross jalan je, dah sampai..


Suite Novotel

In front of the hotel

Having my breakfast. Breakfast is complimentary for 2 persons


Tempat makan (Breakfast)


The lobby

Reception

Snack & coffee available 24 hours daily, Free of charge

Ada laundry. Free of charge. Lepas basuh, terus keringkan dalam dryer. Sabun basuh boleh mintak di kaunter front desk, juga FOC.. Lepaas kering, boleh terus iron kat situ.

Ada massage chair sementara nak tunggu baju siap dibasuh

In addition, Suite Novotel ni ada disediakan gym & children's playroom.

More info ; http://www.suitenovotel.com/
TQ for reading !

Travel :: Jalan-Jalan Vienna - Stephansdom

in , , , by dorsett pink, February 13, 2015
Entry yang berkaitan dengan Jalan-Jalan Vienna :
 
Kali ni aku nak cerita pasal Stephansdom pulak. Stephansdom tu dalam Bahasa Jerman, kalau dalam English dipanggil sebagai St. Stephen's Cathedral. Ini adalah church yang tertua di Bandar Vienna ni dan merupakan landmark untuk Vienna atau orang tempatan panggil Wien (German's word). So, kalau datang ke Vienna, tak ke sini trip anda dikira tak sah. hehe..
 
Church ni adalah Ibu gereja untuk penganut agama Kristian (Roman Katolik).  Terletak di Stephensplatz. Gereja ini dibina hasil inisiatif Duke Rudolf IV (salah seorang raja Austria). Gereja ini dibina menggantikan dua buah gereja terawal di Vienna yang telah musnah di atas tapak yang sama. Kiranya, gereja ini asalnya dibina pada tahun 1147. Tower  gereja ni setinggi 136 meter. Dan hiasan dinding, fasad bangunan mahupun interior dalaman gereja ini sangat berseni. Seni ukirannya sangat halus and betul-betul artistic.  
 
Event-event besar di Vienna banyak diadakan di gereja ni. Korang pernah dengar nama "Antonio Vivaldi" tak? Dia adalah composer lagu yang terkenal di Itali dan majlis pengebumian Antonio Vivaldi dijalankan di gereja ini pada tahun 1741.
 
Sekarang gereja ni dibuka untuk tourist. Tapi kalau pengganut agama kristian nak sembahyang pun boleh juga, ada ruang khas untuk diaorang. Masuk dalam ni free jer, tak perlu bayar. Gereja ini sentiasa ada renovation untuk mengukuhkan strukturnya yang dimakan usia.
 
 
Ini bangunan Stephansdom. Berhadapan dengan butik Zara. Masa aku ambik gambar ni, aku tengah berdiri di pintu masuk butik Zara.

 
Ini tower Stephansdom setinggi 136 meter

Selfie. Ini aktiviti wajib untuk dibuat kenangan dalam album menandakan aku dah sampai ke sini. hehe

Fasad hadapan church. Kat dinding tu ada lukisan yang sangat-sangat halus

Ramai giler orang berkunjung ke sini setiap hari

Arca ni aku rasa ada kat mana-mana church yang hebat-hebat

What it means? Can someone tell? ada dinyatakan maksud arca ni kat bawah tu tapi aku tak paham bahasa Jerman.. hehe

When I saw this, .. terus aku terpegun. For those who love architecture, might understand how I felt
 

Roman design..

Ini interior kat dalam.. Besar giler dalaman gereja ni. Mula-mula masuk macam seram sebab ni first time aku masuk gereja yang hebat macam ni, biasanya tengok movie je. Terasa duduk dalam cerita Harry Porter.. hehe

See.. Macam gereja yang Kate  MIddleton & Prince William kahwin pulak rasanya..
 
Ok, ini gereja yang Will & Kate kahwin betul-betul di Gereja Westminster Abbey, London. Macam sama kan dengan Stephansdom

 
Ini lukisan kat tiang-tiang dalam church

Ruang khas yang kecik untuk siapa-siapa dating nak sembahyang

Limit kawasan untuk tourist. Kawasan ini berpagar , so tourist tak boleh lepasi pagar tu. Kalau ada upacara-upacara keagamaan atau upacara lain, pagar ini akan dibuka. Same like "Blue Mosque, Istanbul".

Salah satu ukiran di tiang gereja ini diluar bangunan

 
Gambar dari jauh di Stephanplatz
  
p/s : kalau nak datang ke Stephansdom, hanya naik U-Bahn dan berhenti di station "Stephanplatz", keluar je exit, terus Nampak bangunan besar gereja ni kat depan anda. 
 
Ok, that's all, thank you for reading!
 

Travel :: Jalan-jalan Vienna - Part 2

in , , , by dorsett pink, February 11, 2015
Kisah Part 1 di sini 
 
Sorry lambat update kisah jalan-jalan ke Vienna ni..
Sorry ye..
 So, ini aku sambung kisah Part 2 pulak..
Jom layan gambar..
 
 
Ingat tak aku cerita kat Part 1, yang Vienna ni terkenal dengan music Mozart. Kalau korang jalan-jalan kat Bandar Vienna, nanti ada orang yang pakai baju macam gambar kat atas ni tegur ko untuk promote tiket tengok show Mozart. Diaorang nidatang dari pelbagai company, ada yang pakai baju warna merah macam ni, ada yang pakai baju warna hijau and ada yang pakai baju macam gambar kat bawah ni. So, pandai-pandai lah korang pilih yang mana satu yang paling murah.. Kalau korang student, make sure bawak kad matrik, sebab kat sini akan dapat special price untuk student even untuk public transport.
 

Sangat berseni kan.. Kat Vienna ni banyak arca-arca rupa manusia macam ni. Same like Italy.. Sebab ini bandar seni.. Jadi, kesenian diabadikan dalam bentuk arca serupa gini.

It just a simple cake. Aku sengaja ambik gambar kek ni sebab kek ni besar sangat. Ini kedai jual kek. Dalam kedai ni, macam-macam bentuk kek korang boleh tengok macam dalam cerita "Cake Boss" tu. Kat Malaysia rasanya tak ada lagi kedai kek macam ni. Kalau ada pun, diaorang buat based on request. Tak ade lah nak pamerkan kat kedai macam kedai kek ni buat. Aku tak ambik gambar kek-kek lain, sebab tak dibenarkan, so, yang ini pun curi-curi ambik dari luar. 

Ini kedai sourveniour

Ok, ini salah satu butik kat Stephansplatz. Stephansplatz ni shopping district yang menempatkan butik-butik designer terkenal dan branded macam Louis Vuitton, Channel, DKNY, Zara, Pandora, Omega, Hermes, dan macam-macam lagi lah.

Stephansplatz. Tempat ni memang ramai orang macam kat Bukit Bintang la kalau kat KL ni.

The end of Stephansplatz (platz = street), korang akan jumpa church yang paling besar ni - Stephansdom. Church ni ialah landmark untuk Bandar Vienna. Stephansdom tu dalam bahasa Jerman, kalau dalam English dipanggil St. Stephen's Cathedral. It is the mother church of Roman Catholic. Ia siap dibina pada tahun 1160. Lama giler kan?? Masuk dalam church ni, terasa la berada dalam church zaman kurun macam dalam cerita Harry Porter atau macam kat upacara Pernikahan William & Kate.
 

Selfie depan Stephansdom

Ini jam dinding kat dinding luar Stephansdom. Sangat antik

Ini original from Omega brand.. Jam dinding kat Bangunan Omega

Ini pintu masuk Butik Omega. Juga di Stephansplatz.

Ini stesen U-Bahn Stadpark (Taman Negeri)


Dua gambar kat atas ni diambil di Stadpark. Dah menjadi tradisi aku ketika travel keluar Negara, aku akan singgah di mana-mana taman untuk menikmati pemandangan and at the same time nak berehat sebab penat berjalan. Sambil tu, aku akan makan tengahari / lunch kat taman. Biasanya, aku bawak bekal dari hotel..Nak jimat duit kan..


Selfie kat depan Bangunan Parlimen


Ini Pejabat Pos di Pusat Bandar Vienna. Aku ke sini tak lain tak bukan untuk pos poskad untuk kawan-kawan di Malaysia.. Maybe u will be the next... ??


Ok, itu saja untuk Part 2 ini. Aku rasa dah tak ada Part3 kot.. hehe.. Tapi InshaAllah aku akan update sikit-sikit pasal Jalan-jalan Vienna lagi..

TQ for reading ya..

Travel :: Jalan - Jalan Vienna - Part 1

in , , by dorsett pink, January 22, 2015


Trip : Februari 2014

Vienna, ibu negara Austria. Aku kesini naik flight dari Amsterdam guna KLM Airways. Kat Austria ni Bahasa Ibunda depa ialah Bahasa Jerman sebab negara ni sebelah dengan Jerman. Bila dieorang sapa aku, dieorang guna Bahasa Jerman, aku pun terganga "Arrrrrrr", then dieorang baru guna Bahasa Inggeris. Kat sapa-sapa pun, dieorang akan guna Bahasa Jerman dulu as 1st language. Kalau ko tak paham, baru dieorang translate, tak kira lah muka ko macam Mat Bangla sekalipun, dieorang tetap akan guna Bahasa Jerman dulu. Berbelit gak lidah aku nak sebut satu-satu word tu..

Vienna sangat terkenal dengan mozart. So, people called it as "A city of mozart". Kalau sesiapa yang minat muzik, elok la datang ke Vienna, sebab boleh belajar banyak benda pasal muzik kat sini. School of Music kat sini sangat famous, boleh dikatakan paling famous kat  Eropah. The history of music and the art of music semuanya boleh belajar kat sini. Siap ada Muzium Muzik lagi kat sini. So, aku suggest kat Siti Nurhaliza & Yuna, silalah datang sini. Dieorang tak baca blog aku ni. Jadi, korang tolong sampaikan kat dieorang k.

Bila berjalan kat Bandar Vienna ni, banyak orang promote untuk teater / show mozart kat sini, show tu kat Opera House. So, rugi lah kalau tak tengok show tu kat sini. Bukan senang, sebab kat tempat lain tak ade wooo. Macam tengok kat Istana Budaya la gitu. Aku hari tutak tengok pun sebab tiket bapak mahal, dalam 50 euro, kalau convert duit kite dalam RM 250 seorang. Mana aku nak cekau duit sebanyak tu semata-mata nak tengok teater musikal. Owwhh!! tidaklah, banyak benda lain lagi aku nak buat dengan duit RM250 tu.. 

Lagi satu, Vienna ni terkenal dengan agama "Jewish". Dikatakan, Vienna ni tempat "The Father of Mary" (Ayah kepada Maryam atau Datuk Nabi Isa). So, history kat sini sangat terkenal dengan artifak-artifak peninggalan zaman Ayah Maryam.

Aku ke sana selama 3 hari. Then, after that aku ke Istanbul pulak. Sepanjang kat Vienna 3 hari ni, aku sempat la pusing 1 bandar. Mod pengangkutan aku kat sini ialah Tram, Bas Hop On Hop OFF dan Subway atau orang kat sini panggil "U-Bahn".

So, ni aku jamu dulu Part 1 gambar-gambar area Vienna, nanti aku sambung pulak dalam Part 2.

Bangunan Parlimen


Nak ke Bangunan Parlimen ni, naik U-Bahn (Line U2) berhenti kat stesen "Rathaus". Atau naik tram No.2 & 46 menuju ke Ottaking, then stop kat di stesen "Parlament"


Shopping district in Vienna
Nak ke shopping district ni, naik U-Bahn (Line U1 / U3, stop kat stesen "Stephansplatz"

Opera House Vienna
Nak ke sini, naik U-Bahn (Line U1), stop kat stesen "Karlsplatz", then exit ke Opera House. Atau naik tram No.1,2,62,71 berhenti kat stesen "Kartner Ring"




 Pusat Bandar Vienna
Nak ke Pusat Bandar ni senang jer, naik je U-Bahn dan berhenti kat stesen "Karlsplatz"

 Kereta Kuda kat Vienna. Mahal gak harga ni dalam 20 euro


Riesenrad - giant ferris wheel
Nak datang sini, naik Tram No.0 & 5 dan U-Bahn Line U1 & U2, berhenti kat stesen Prater


 Kunst Haus Wien - Museum Hundertwasser
Aku suka bangunan ni, unik dan pelik sebab tak ade simetri. Memang betul-betul art. 
Nak ke sini, naik Tram No.1 & O, stop kat stesen "Radetzkyplatz"



House of Music

Padlock - Lambang Cinta Abadi
Padlock yang dikunci kat atas jambatan macam ni memang famous kat negara Barat. Dieorang tulis la nama dieorang (ko & pasangan ko) kat atas padlock tu & lock kan kat tiang macam kat dalam gambar. Kunci tu ko sendiri pegang. Ibaratnya love ever lasting gitu. JIka padlock nya terbuka, means cinta dieorang akan musnah, tak kekal lama.. Gitu la.
Gambar ni kat Stadpark




Stadpark - Taman Negeri
Nak datang sini, naik U-Bahn  (Line U4) stop kat station "Stadpark"

Tram - one of the transportation mode in Vienna

Kalau nak pergi ke Bangunan Parlimen, naik tram berhenti kat station ni .
Ini signboard station kat sana



 The Kunsthistorisches Museum - Museum Sejarah Vienna
One of the world's largest and important museums.
Nak datang sini, naik U-Bahn (Line U2, berhenti kat stesen "Museumsquartier" atau Line U3 stop kat stesen "Volkstheater". Naik tram pun boleh jugak, tram No. D, 1, 2

 



The Naturhistorisches Museum. 
Located in front of Kunsthistorisches Museum



Ok. itu saja... Nanti kite jumpa kat Part 2 plak k..
Thanks for reading

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE