Lombok Trip : 2nd Day - Island Hoping

in , , , by dorsett pink, January 20, 2017

2nd day - 15 Oktober 2016

Sambungan dari ENTRI INI.

Itinerary Hari kedua Trip Lombok hari tu, kami pergi island hoping kat 3 buah gili (Gili = Pulau).

Kami breakfast kat hotel. Kami stay kat Hotel Pratama, kat Bandar Pratama. Hotel 3 star, so breakfast dia biasa-biasa jer. Ramai guest kat hotel ni , mostly adalah pelancong Indonesia. Tapi scenary masa breakfast awesome - menghadap sawah padi yang menghijau.


Indah sungguh permandangan di pagi hari. 
Hari-hari aku bangun tido, bukak tingkap tengok canvas tanah menghijau macam ni... damai nya rasa


Ini permandangan dari tempat kitaorang breakfast

Lepas breakfast, terus turun ke lobby tunggu Pak Supir. Pak?? Eh! Dia muda lagi lah. So kami panggil dia Geger & Asriel jer. Diaorang datang on-time. Dari hotel ke Jeti Guar nak ke pulau tu ambik masa 2 jam. Jauh jugak. Nak tido tak boleh tido.

Ni permandangan masa on the way ke Jeti
On the way ke Jeti Guar tu, kami singgah kejap kat tempat Pohon Purba Lian Langka. Pokok-pokok situ besar and cantik lah kalau ambik gambar berlatar belakang Gunung Manjakani Ranjani. Aku teruja sangat.



  • Pokok besar ni nama dia - Pohon Purba Lian Langka.


Kat Lombok ni, ko berhenti jer kereta kat mana-mana , zuuuuuuuuup kene bayar parking walaupun hanya 5 minit ko behenti situ, even parking bukan kat tempat parking berbayar. Bayar parking at least 3,000 rupiah sekali parking. So, kalau ko bawak kereta sendiri, banyak mana ko kena bayar kalau berhenti lebih dari 10 kali hanya untuk tujuan mengambil gambar. So, better ambik khidmat Pak Supir, at least segala pembelanjaan untuk transportation diuruskan oleh dia, lagi murah aku kira compare than sewa kereta dan pandu sendiri.

Pastu tak lama selepas tu, kami pun sampailah di Jeti Guar. But, on the way, Pak Supir banyak berhenti untuk beli makanan untuk kitaorang masa kat island hoping nanti sebab kitaorang duduk kat pulau-pulau tu sampai petang, sure lapar.

Dah sampai kat jeti


Inilah rupa Jeti Guar




Ini rupa bot kitaorang

Equipment untuk snorkeling semua disediakan oleh Pak Supir.
Kitaorang bawak badan ngan bawak baju bersih jer.




    Semua excited. Lelaki yang belakang sekali pakai cap tu lah Asriel. 
    Naik bot ni meriah, Asriel wajib bawak speaker and mp3 pasang lagu kuat-kuat. 
    Memang happening. Nak karoeke pun boleh, tapi bagitau Asriel awal-awal.
    (nanti dia masuk jer charge dalam bil korang.. hehehe)
    Kalau ada yang nak lagu nasyid, bagitau awal-awal sebelum sampai Lombok. hehehe 
    Apa-apa yang korang nak, semua Asriel boleh sediakan tapi kena bagitau siap-siap lah, jangan bagitau last minit, susah lah dia nak mencari nanti. 

    Naik bot dalam 20 minit, tempat pertama kitaorang pergi ialah tengok mangrove. Actually bukan nak tengok sangat sebab kat Malaysia pun banyak jer mangrove tapi nak ambik gambar kat sini. Cantik!

     





     Lepas tu, kitaorang pergi Gili Petagon. Snorkeling kat Gili Petagon ni dalam 45 - 1 jam gak la.
     
     Masa tu tak ada orang, so best la kitaorang jer yang kroker tempat tu.







     Lepas dah penat snorkeling, kita makan buah


    Gambar ni Asriel yang ambik guna GoPro Hero 4. 
    Asriel ni selain dari jadi supir, dia ni photographer. 
    So dia akan ambik gambar guest-guest dia cantik-cantik tanpa bayaran apa pun. 

    Pastu, kitaorang gerak pergi ke Gili Lampu, masa ni dah kul 12.30 tengahari dah. Tengah-tengah matahari terik berendam dalam laut, memang hitam lah kulit lepas tu. Tapi masa seronok-seronok duduk dalam air tu, tak terasa pun matahari tengah memacak kat atas kepala. Rasa sejuk jer, so tak sedar masa berlalu begitu pantas (Ceeeeewwaaaahh! Ayat karangan tak boleh belah!!)..


     Gili Lampu ni, pulau dia pulau pasir jer, kecik giler.. 
    Kat sini, cantik ambik gambar jer, tak snorkeling.


     Air dia sangat jernih. Kalau ada ikan, boleh nampak ikan say "hi"

     Alaaaa gambar ni gelap la pulak.. (sebab menghadap matahari)

    Masa kitaorang dah nak gerak dari Gili Lampu ni, ada a crowd of local tourist baru sampai, penuh 1 bot, i think there were 30 of them.





    Tepat jam kul 1.30 kitaorang gi lunch kat Gili Kondo. Sampai Gili Kondo & prepare for lunch, dapat makan lunch dah kul 2 petang. Makanan & minuman lunch ni Asriel tapau masa on the way pagi tadi. Kat sini tak ada restoren or warung-warung. So, memang kena bawak makanan sendiri.

     Ini lauk lunch kitaorang. 
    Ni makanan Lombok lah , aku tak tahu apa nama dia tapi sedap giler

     Masa makan pun happening. Best giler

    Wajib ambik gambar makanan! 

    Ini permandangan kat Gili Kondo. 
    Air dia sangatlah biru. Cantik

    Lepas tu, kitaorang gerak ke Gili Bidara sambung snorkeling.

    Masa kat Gili Bidara ni, ada arus, kuat jugak, so tak best nak snorkeling . So stay kat Gili Bidara ni kejap je lah. Dan jugak kitaorang nak kejar waktu Asar (solat jamak) untuk solat kat Jeti nanti. Sebab Maghrib masuk awal kat Lombok ni.

     Ni gambar masa on the way balik ke jeti. Masing-masing dah penat sampai tertido

    Sesampai di Jeti Guar, kitaorang tak mandi kat toilet kat jeti ni sebab keadaan toilet dia 'tak-sanggup-aku-nak-mandi'.

    Masa tu Asriel dan assistant supir yang lain tengah loading barang, tak datang lagi kat kereta. Sesampai je dieorang kat kereta, Asriel cakap 'bukan mandi kat sini, kat sini tak selesa'.

     Ni surau kat jeti tu. 
    Sorry aku tak ambik gambar toilet kat sini sebab tak-sanggup-nak-snap-gambar
     
    And dia bawak kitaorang gi rumah pemilik bot yang kitaorang sewa tadi, hanya 1 minit (naik kereta) dari Jeti tu.


    Rumah owner boat tu selesa la nak mandi & solat. Actually, kitaorang tak masuk pun umah dia, dia dah buat siap-siap tempat mandi untuk pengunjung & tempat solat. Sangatlah bersih dan selesa. Tapi hanya pengunjung yang sewa bot dengan dia jer, boleh mandi kat situ, kalau tak, tak boleh. Tapi kalau ambik service ngan Asriel, confirm boleh mandi situ sebab Asriel confirm sewa bot ngan dia - diaorang dah buat perjanjian. Hehehe..
    Inilah rumah owner boat tu. 
    Rumah dia yang warna oren tu.
    But tempat untuk guest kat luar rumah (halaman rumah), 
    guest tak masuk ke dalam rumah dia.

     Ni bilik mandi


    Ni lobby tempat untuk istirehat
    Sila bawak plastik sendiri ya untuk isi baju basah/baju kotor 



    Ni tempat solat
    Seperti aku pesan kat entry sebelum ni, kalau berkunjung ke Lombok ni silalah bawak telekung sendiri kalau pergi jalan-jalan. Jangan harapkan telekung surau/masjid, and sesetengah tempat langsung tak sediakan telekung. Jadi, be prepared!


    Selesai solat (setengah jam sebelum maghrib), kitaorang terus gerak pergi dinner.

    Asriel bawak kitaorang makan Bakso yang paling sedap kat Lombok ni (based on apa yang Asriel kata) and yet sangatlah murah. Almaklumlah, kitaorang ni cheapskate, so memang nak makan kat tempat murah-murah jer.. Hehehe


     Satu mangkuk Mee Bakso ni harga dia 15,000 Rupiah. 
    Aku ambik 2 mangkuk sebab sedap sangat

     Es Coconut (Air Kelapa) - 12,000 Rupiah


    Then, lepas perut pun dah kenyang giler, kitaorang terus balik hotel. Lama giler nak sampai hotel sampai aku pun terlelap jap kat dalam kereta.

    Sampai je hotel - solat - terus pengsan.. Penat giler…

     
    Ini keje sebelum tido - note down my activities inside my planner


    The End.. Thank you for reading and stay tune for the 3rd episode

    Kandungan Gula Dalam Minuman

    in , by dorsett pink, January 17, 2017

    Ni aku share dari FB.. Andai kata kalau kita minum 1 tin coke sehari, banyak gula sukrosa yang kita dah ambik. Tu belum lagi campur ngan gula dalam teh tarik, dalam teh ais,dalam sambal nasi lemak, dalam roti canai, dalam kuih-mueh.. Pppeeeeerrrggghhh!! Seramnya kalau dapat tengok banyak mana kita ambik gula tu...


    My 2017 Planner - Hobonichi Cousin Avec

    in , by dorsett pink, January 16, 2017
    Kalau dah lama follow blog aku, mesti korang tahu yang aku ni planner addicts. Kalau follow instagram pun, banyak aku upload gambar-gambar pasal ketagihan aku terhadap planner ni..
    Cuma sekarang aku tak sempat jer nak join geng/group "Planner Addicts Malaysia". 
    InshaAllah lepas habis phd nanti, boleh join.  

    Kalau last year aku pakai Planner Hobonichi Weekly - boleh baca kat ENTRI NI.
    Tahun ni aku bertukar ke Hobonichi Techno Cousin , tapi masih tetap setia dengan Hobo.
    Sebab aku bertukar ialah sebab Hobo Week tu saiz wallet/purse, so kecik, bila nak menulis panjang lebar rasa tak puas.

     
    ini Hobo Weekly aku tahun lepas punya

    So, atas sebab tu, aku bertukar ke Hobonichi Techno Cousin. Biasanya orang panggil Hobo Cousin jer, tak kuasa nak sebut nama panjang-panjang tu, berbelit-belit lidah. Hobo Cousin ni saiz A6, so lagi besar dari Hobo Weekly. So, nak tulis panjang lebar pun puas. 

    Actually, Hobo Cousin ni ada 2 jenis:
    1. Jenis pertama ialah yang jenis 1 buku jer dari Januari - Disember; yang ni dipanggil Hobo Cousin jer.
    2. Jenis kedua ialah ada 2 buah buku, diseparate untuk setiap 6 bulan; Januari-Jun 1 buku; Julai - Disember 1 buku; yang ni orang panggil Avec jer.

     Sebenarnya, aku beli dua-dua jenis, Hobo Cousin & Avec.
    But, for the time being, aku guna Avec je dulu. 
    Yang Cousin tu nanti nak guna lepas dah submit PhD nanti.
    Kalau tanya kenapa mesti beli 2 - jawapannya - ikut suka aku lah. hahahhaha..
    Sebab aku jatuh cinta dengan Hobonichi ni, so sebab tu aku beli 2. 
    Kalau tak guna pun, at least cousin tu boleh aku buat guna jadi buku nota.

    Buat masa ni, Avec ni tak ada cover lagi, 
    nanti bila dah ada cover nanti, 
    aku tunjuk gambar dia berbaju k.

     
    New Year - New Inspiration - New Planner

     Selain dari ketagih planner, aku jugak ketagih alat tulis a.k.a stationary. 

    Kalau suruh aku duduk kat kedai stationary, 2-3 jam pun aku sanggup duduk dalam tu. So for this year, selain dari membeli pen Pilot G2 (my favourite pen ever), aku jugak beli pen Faber Castell - True Gel Color pen ni. Sangat-sangat selesa, and bila menulis laju and smooth jer. Warna dia pun cantik. And murah - just RM 1.80 sebatang.

     My first week of 2017.
    I choose gold colour to start with..

     Ini halaman dalam Avec & Cousin. 
    Setiap hari ada 1 page khas untuk daily task.

     ini monthly view. 
    Both Avec & Cousin ada monthly vew macam ni.

    Aku harap, aku rajin la menghias / decor planner aku tahun ni supaya penuh & padat macam planner addicts yang lain. Jealous tengok planner diaorang, cantik giler..

    Azam aku tahun ni tak ada apa lah sangat. Hanya menetapkan matlamat untuk submit tesis PhD tahun ni. Itu jer... Bila dah submit, nanti kita fikir apa nak buat pulak lepas tu.. hihi..

    Last, thank you for reading gais.. Kalau suka cer komen, kalau tak suka pun cer komen.. Nak tengok apa reaksi korang..hihi

    Tips Turunkan Berat Badan 7kg Dalam Masa 2 Bulan

    in , by dorsett pink, January 12, 2017
    Ingat lagi tak pasal "NO SUGAR CHALLENGE" ?

    Kalau tak ingat boleh baca kat ENTRI NI...

    Since aku start buat "No Sugar Challenge" tu sejak post pasal "Bantuan Sampai" pada 24 November 2016 yang lalu, aku istiqomah tak ambik gula putih dalam erti kata lain tak minum air manis. Tapi aku tak ada lah tak ambik langsung 100%. Aku cuma minum air manis sekali sehari iaitu waktu pagi - 1 cawan teh. Waktu-waktu lain, aku minum air kosong jer. Kalau makan kat kedai pun, aku order air kosong atau air suam.. And aku tak minum air tin/air kotak langsung. Mungkin ada lah kot sikit-sikit gula dalam makanan (kalau makan kat kedai), tapi aku pasrah je la..

    Masa 24 November tu, berat aku 57 kg and perut aku pun buncit.hehehe

     Masa ni berat aku 57 kg

    Tengok pipi pun tembam masa ni

    Aku target nak turunkan berat ke berat asal iaitu 50 kg, and aku set deadline - April 2017.
    Means that, masa tu aku aim tak nak minum air manis dan tak nak makan buah-buahan yang manis-manis sehingga April 2017. Buah-buahan yang manis-manis ni bahaya sebab kandungan fruktosa tinggi dan fruktosa yang berlebihan dalam badan akan bertukar menjadi kolestrol.

    Tapi masa aku timbang berat minggu lepas which was 6 Januari 2017, berat aku dah mencecah 50 kg.
    Means that, berat aku berjaya diturunkan sebanyak 7 kg dalam masa sebulan. Alhamdulilllah, praise to Allah swt, tak perlu aku tunggu sampai April. hehhehe..

    So, ini yang aku buat sepanjang tempoh sebulan ni dan aku rasa tak susah pun untuk orang lain buat sekali :

    1. Aku hanya minum air manis sekali sehari jer iaitu setiap pagi masa breakfast. Air gas, air tin, air kordial, air kotak semua aku tak minum.

    2. Dalam sehari aku habiskan 2 liter air kosong.

    3. Aku hanya makan buah-buahan yang tak tinggi fruktosa je ( buah yang tak manis sangat), macam buah guava dan tembikai.

    4. Sejak dari dulu-dulu lagi aku memang makan nasi sekali sehari jer either lunch or dinner. So, sampai sekarang aku makan nasi sekali sehari jer cumanya sekarang aku makan nasi setengah pinggan jer.. 

    5. Aku bersenam (either pergi jogging or aerobics), 2 kali seminggu - 1 jam setiap sesi (sejak dari zaman sekolah lagi aku memang amalkan rutin ni sampai sekarang). 

      swimming salah satu aktiviti bersenam aku and it is one of my favourite sports
     Aku rasa, sepanjang tempoh sebulan ni, 5 perkara ni je lah kot yang aku buat.. And kesan dia sangat-sangat terkesan.

    Actually, pengambilan gula yang berlebihan tu akan buatkan badan kita menyimpan kolestrol yang berlebihan. Sebabnya gula (sukrosa & fruktosa) tak boleh dicernakan oleh sistem badan untuk menjadi kalori yang boleh dibakar, so dia berkumpul menjadi kolestrol. Bila kolestrol makin banyak dalam badan, dia akan ganggu kita punya sistem metabolisma. Bila tahap metabolisma kita rendah, lemak-lemak lagi senang berkumpul..

    Ini terjadi kat aku lah. Aku perasan, bila berat aku naik sampai 57 kg tu, tahap metabolisma aku sangatlah rendah, aku dah jarang ke toilet untuk buang air . Kalau dulu setiap pagi atau setiap kali lepas makan mesti terus membuang.

    Bila kolestrol dalam badan kita makin tinggi jugak, badan kita akan rasa cepat penat, cepat letih, and terasa badan kita berat. Ini experience aku sendiri - badan rasa berat dan cepat penat, bila dah turun berat jadi berat asal ni, badan aku ringan jer dan rasa bersemangat nak buat apa-apa kerja..  

    Dan bila kolestrol dalam badan makin bertambah, dia akan menyumbang kepada penyakit-penyakit lain pulak. Yang inilah yang aku paling takut. Contohnya macam penyumpang kepada sakit kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, gout dan macam-macam lagi lah. 

    Prevent is better than cure. Kalau dah sakit, nak pergi travel mana-mana pun tak boleh...Betul tak????

     Gambar ni diambil masa celebrate our 4th wedding annivesary kat Le'Merdian Hotel, Putrajaya. Masa ni berat aku 53kg.

    ** neway, thank you for reading.. 

    Wean-Off from Mummy's Milk

    in , , by dorsett pink, January 11, 2017

    FL dah wean off from breastfeeding sejak umur dia 2 tahun hari tu. Sekarang umur dia dah 2 tahun 5 bulan. (Sorry tak sempat nak blog). Kalau korang nak tahu pasal breastfeding journey aku, boleh baca kat SINI.



    Agak payah nak wean off sebenarnya. Almaklumlah dah 2 tahun kan asyik berkempeng duk bawah ketiak mak jer. Macam-macam drama keluar.. Sampai aku rasa boleh buat drama Akasia TV3 tu.



    Aku rasa better aku cerita kronologi perjalanan untuk wean-off ni la k, supaya korang tahu kisahnya dari awal.

    1.  Firstly, masa umur FL setahun aku dah start bagi dia formula milk sebab susu badan aku dah berkurang dan tak cukup nak menampung permintaan dia yang sangat tinggi. FL ni kuat minum susu tapi badan kurus, berat tak naik-naik. Atas sebab berat tak naik jugakla, doktor suggest aku bagi formula milk sebab dah setahun kan. Dan susu yang disyorkan oleh doktor ialah Pediasure sebab Pediasure ni tinggi kandungan kalori dan ada mineral yang lengkap, contohnya macam karbohidrat, lemak, kalsium dan lain-lain. So, aku pun bagi la susu Pediasure tu dan Alhamdulillah nampaklah kesannya - FL dah start naik berat badan walaupun peningkatannya sangat sikit. Tapi dia sangat aktif.


    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG97untEh0FkIuWSz8oIHLsDsIxdGKODVzDhJq-YTF4JGsznNSLKzzjz7TqymnIF0NIHquzwBwt0Qht7xwlRKk86ZXTnWwHaJGwMPTmIFbqCZK1aDoxet-8W6m6CdnTXid2AQRi8sznkI/s1600/CYMERA_20150413_002156.jpg

    Sebulan FL habiskan 3.2 kg susu perisa Vanila ni


    2.  FL minum susu Pediasure tu siang jer masa aku tak ada. Bila malam atau hari cuti, dia direct feeding la ngan mummy. Fasa ni bermula dari umur dia setahun sampai la umur 2 tahun.

     3. Lagi 2-3 bulan FL nak masuk umur 2 tahun, aku dah start 'cakap-cakap' ngan dia yang  dia    dah tak boleh minum susu mummy lagi bila dia dah umur 2 tahun sebab dia dah besar. And her reaction - "No mummy! I still want your milk (dalam longhat kepelatan dia)". And I just smile….

    4.   Then, masa tepat-tepat birthday dia 2 tahun which was June 11th, 2016. My husband cakap kat FL - " OK! No more mummy's milk, u are already 2 years old". And her reaction was still the same - "NO! NO! NO!"

    5. And she kept minum susu mummy sampailah seminggu lepas tu….



    6.  And slowly, aku start delay untuk bagi susu badan kat dia… Kalau malam-malam dia mintak, macam-macam alasan aku bagi, mummy nak mandi jap lah, mummy nak minum air lah, aku suruh dia tengok TV dulu la.. Tapi kami bagi dia minum susu botol la. Dia ok jer tak nangis pun.. Pastu dia tertidur sendiri dengan ayah dia..



     7. Untuk seminggu pertama, bila tengah-tengah malam dia bangun tidur nak susu, aku bagi lagi macam biasa.

    8.  But, after that, bila tengah-tengah malam dia bangun tido cari susu, aku dah start tak bagi. Masa ni Tuhan jer yang tahu perasaan aku, macam mana seorang ibu terpaksa melihat anak dia menangis meraung. Aku perlu tabahkan diri, aku perlu kuat tapi kadang-kadang aku pun terbabas jugak. Hati ibu mana yang tak kesian bila tengok si anak menangis-menangis nak susu. And my husband said - " u have to be bold, be strong! This is just for a while"..

     9.   Then bila drama ni start bersiaran, masa siang hari aku duk sibuk tanya pakcik google pasal wean-off ni - adakah cara aku ni betul? Betul ke keputusan aku ni?. Dalam sebak dan hati duk merintih, aku baca satu-satu artikel. And 1 artikel yang aku jumpa (english article) yang telah buat aku terkesan ialah - kata-kata dalam artikel tu cakap "breast feeding is not the end of mommy-child's bonding, breast feeding is just the beginning of life. After weaning off, mummy and child will have a strong relationship that would be tie tightly till the kids growing up being an adult". Baca jer ayat ni, aku terus jadi bersemangat dan hati kental untuk meneruskan misi wean-off ni.

    10. It was not easy OK!... Banyak la episod drama air mata bersiaran. And last skali yang jadi penyelamat ialah en.suami. Masa process ni (and up untill now), my husband don’t have his sweet dream all night long. Dia yang akan berjaga bila FL menangis tengah-tengah malam, and aku pulak tido dengan lena… haahahahhahhaa (bad wife). Sebabnya, masa siang aku dah penat uruskan FL, so bila malam en.suami la pulak ambik turn tu. 

     Pediasure selalu bagi free gift - barang mainan. 
    So, jimatla duit daddy dari membeli toys sebab banyak dapat toys free from Pediasure.

    11.   Masa process nak wean -off ni, banyak la cara aku cuba. Mula-mula, pujuk dengan kata-kata manis, aku cakap dia - "mummy akan tetap sayangkan Leena sampai bila-bila. Leena anak mummy yang solehah, yang baik, good girl, clever girl, mummy sayaaaaang Leena sangat-sangat walaupun Leena dah tak minum susu mummy lagi" -TAK JALAN!. 

    Pastu, aku letak asam jawa kat boobs - TAK JALAN!. Pastu, aku letak jus limau nipis kat boobs - TAK JALAN!. Then, lastly, aku letak ubat gigi - yang ni baru ada kesan. Sampai sakit la jugak boobs aku terkena ngan ubat gigi sepanjang malam, sampai crack, then terpaksa pulak pakai nipple cream Medela. 

    12.  Lepas letak ubat gigi tu, Alhamdulillah FL dah tak nak minum susu mummy lagi, but dia ambik masa jugak la dalam 3-4 hari macam tu. 
     
    13. Then, lepas tu barulah berjaya. Skrang umur FL dah 2 tahun 6 bulan. Pagi petang siang malam dia akan minum susu Pedisure jer (of course solid food makan jugak). Sebulan dalam 3.2 kg dia minum. So en.suami kena beli 2 tin besar tu setiap bulan. And just recently, dia dah tak pakai pampers masa siang, malam masa tido jer pakai pampers. She has been growing up being a kid... huwwaaaaaa.. Time flies really fast..  Nanti aku crite plak macam mana process diapers-free tu k.. 

     Dah besar dah... dah tak minum susu mummy lagi..

    My New Work-Station for 2017

    by dorsett pink, January 06, 2017
    Aku baru jer sembuh dari demam.
    So badan aku masih lagi tak boleh adapt dengan perubahan cuaca.
    Even kat umah pun , aku tak on kipas (umah aku dak ada air-cond sebab kami anak beranak tak tahan sejuk), so kat umah hanya guna angin semulajadi dari tingkap jer..

    Biasanya aku buat kerja kat library, tapi library universiti aku ni sejuk nak mamposss sampai tahap macam rasa duduk kat negra bersalji. Almaklumlah sekarang kan masih winter lagi, so tempias winter tu terkena kat Malaysia ni (koonooooon)..

    Sampaikan aku terpaksa pakai winter coat yang berbulu-bulu tu bila buat kerja kat library. Kalau Scdha Sein a.k.a SS tengok aku masa tu, memang berbulu la mata dia. Hahhhaha...

    Tapi biar pun dah pakai coat berbulu-bulu pun masih lagi aku tak boleh nak tahan kesejukan kat situ.. Memang freeze la.. Takkkan la aku nak pakai long john jugak kot pergi library, memang tak lah, sebab kat luar panas.. Nanti aku pulak yang bermandi peluh..

    So, solusinya,  aku buat keputusan untuk buat kerja kat masjid UPM.
     Kat masjid ni tak guna air-cond, cuma guna kipas jer. 
    Ok lah. Kalau aku rasa sejuk, aku tutup la kipas yang menghadap aku tu..





    Hari-hari aku bertapa kat masjid ni. Internet pulak aku guna personal mobile wifi, so tak ada masalah untuk dapatkan internet.. And yet bukan aku sorang jer yang buat kerja kat masjid, ada ramai lagi. And skrang pulak musim study week, so student pun ada buat study group kat sini..

    Cuma bad story nye, selipar aku kene kebas semalam. Siapalah hamba Allah yang kebas selipar aku tu. Nasib baik selipar Fipper RM10 jer, so tak ada lah aku terkilan sangat..

    Pemenang TOP Commenter Dorsett Pink

    in , by dorsett pink, January 04, 2017
    Assalamualaikum wbt semua.

    Selamat Tahun Baru 2017.
    Sorry lambat 4 hari bersiaran.

    16hb November 2016 hari tu, DP ada buat contest nak cari Top Commenter kat blog DP ni. 
    Boleh baca kat ENTRI NI.


     Seperti yang dijanjikan, Dorsett Pink akan umumkan Pemenang Top Commenter pada 3 Januari 2017. Tapi mintak maaf banyak-banyak la semalam internet kat tempat DP ni slow nak mampus, lembap macam siput. So, terpaksalah DP tangguh ke hari ni...

    Sebelum tu, DP nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kat semua yang sedi baca entri-entri DP dan tinggalkan komen. DP hargai jasa manis korang yang berpenat menaip komen-komen tu. DP mintak maaf sebab masih belum berkemsempatan nak jenguk rumah korang. Still busy with my thesis. Target nak hantar tahun ni..

    So pemenang yang telah komen banyak-banyak kat Blog Dorsett Pink ni ialah :

    1. Bashtiah Nahrul
    2. Jari Manis

    DP pilih 2 orang ni sebab depa dua ni jari kebabooomm duk booomm blog DP hari- hari. Terima kasih banyak-banyak. Yang lain-lain yang turut serta tinggalkan komen pun, DP nak ucapkan terima kasih banyak-banyak jugak.. Nanti ada masa DP akan visit korang k..

    Untuk JM dan Bsh, nanti DP akan sent hadiah kat korang. Sabar ye menunggu. hehhehe  

    © Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE