Hari Raya 2019

in , by dorsett pink, June 07, 2019
Selamat Hari Raya semua untuk readers dorsettpink.com. 

Hari ketiga raya baru nak wish, sebab baru sempat nak pegang laptop hari ni. Al-maklumlah, bila dah jadi mak-mak ni memang susah nak ada 'Me-Time ' di hari raya. Duk sibuk uruskan anak-anak jer. So, paham-paham jer lah k. hehe. Sorry ya sebab lambat wish.

Raya ni macam biasa kami raya di KL jer. 

Raya di KL pun meriah jugak. Hari-hari kami keluar pergi beraya rumah saudara-mara. Mungkin next week baru stay kat rumah duduk diam-diam lipat baju di rumah (sebab next week dah start sekolah). hehe. 


Lagu raya favourite aku ialah Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar. Setiap kali hari raya wajib dengar lagu ni. Tak tahu kenapa aku suka sangat ngan lagu ni. Tapi rasa macam lagu ni dinyanyikan dengan penuh makna dan penghayatan. Cewwaahhh. Gitew. 

Makanan favourite di hari raya - aku suka makan lemang. Suka makan lemang dengan serunding. Rendang tu aku kureng sikit la. Kolestrol tinggi. hehe. Kalau tak de lemang masa hari raya tak sah. Tekak aku tetap nak cari lemang jugak. Zaman sekarang dah tak perlu cari buluh kat hutan, dan bakar-bakar lemang. Beli jer kat kedai. Senang. hehe. (Tapi sebelum ni pun tak pernah jugak bakar lemang sendiri. hehe)..

So far, hari-hari aku makan lemang. Dah 3 hari ni. Mungkin esok pun makan lemang jugak. hehe. Hari raya je makan lemang. Hari lain tak sentuh lemang ni. 

Raya pertama makan dinner ngan my big family kat Restoren Fish Manhattan Fish Market. 
Ni makanan favourite aku bila makan kat Fish Manhattan - Baked Salmon. 

Ni favourite en.suami. 


Hari raya pertama - Pagi raya makan lemang. Tengahari pun makan lemang. Malam makan seafood kat Fish Manhanttan. hahahhaha. 

Begitulah cerita raya aku... janji anak-anak gembira.

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin. 

Sabun Mandi Untuk Leeya

in , , by dorsett pink, June 04, 2019
Hari ni aku nak share sabun mandi yang Leeya gunakan setiap hari. 

Leeya ada Eczema. Aku agak macam mild eczema je. Tapi, eczema dia lagi teruk dari Kakak FL. Tapi tak seteruk mommynya =)). Syukur sangat. Aku tak nak anak-anak aku suffer macam aku suffer dulu. Seksa tau. Sampai ada kawan yang lari tak nak kawan ngan kita sebab kita ada eczema.  Dia kata, nanti 'gatal-gatal' tu berjangkit kat dia pulak.. Sob..Sob.. 

Walaupun Eczema cuma mild jer, tapi tetap kena jaga betul-betul sejak dari kecil ni. Kalau tak jaga kulit tu betul-betul, makin lama nanti, eczema tu akan jadi makin teruk dan akan merosakkan kulit badan. Aku dah experienced sendiri benda ni. So, aku tak nak anak-anak aku pun kena macam aku jugak.

Masa Kakak FL kecik-kecik, aku bagi dia pakai Sabun BUDS / BUDS Cleanser. Pastu, pakai lotion - AQUA Cream. 


Aku dah yakin dengan resultnya. So, untuk Leeya ni, aku gunakan benda yang sama jugak. 

 kalau untuk kulit eczema, cari Produk Buds yang label warna BIRU macam ni. 


BUDS ni produk organik. Tak ada chemical dan tak ada paraben. Selamat untuk kulit si manja. BUDS untuk Eczema ni bagi aku agak mahal jugak la. 1 sabun225 ml ni aku beli dengan harga RM 53.00 . Masa zaman Kakak FL kecik-kecik dulu cuma RM 50.00 jer. Dah naik harga sikit. Tapi nak buat macam mana, untuk keselamatan dan keselesaan anak-anak, beli jugak lah.

Ok, aku nak cerita sikit pasal kulit Leeya ni. Sebelum pakai Sabun BUDS ni, dia pakai sabun biasa jer ,sama macam Kakak dia - apa-apa sabun yang ada gambar kartun. Leeya ni alah pada cuaca, kalau cuaca sejuk sikit (air-cond) atau cuaca panas sangat, akan naik lah rash tu kat badan dia atau kat muka. 

Bila ada rash tu, aku sapukan dia dengan cream eczema (yang organik juga). Tapi rash tu tak hilang-hilang. So, aku agak ni mesti sebab sabun. Then, try la tukar ke sabun BUDS ni. Kakak FL guna sabun biasa tu lah macam biasa. Masa Kakak FL kecik-kecik dulu, dia guna sabun BUDS jugak, tapi bila skin dia dah OK (rasanya masa umur dia 2 tahun kot), then, kami tukar guna sabun biasa. 

Nanti bila skin Leeya dah OK, akan ditukar guna sabun biasa semula. 


P/S : Ini bukan sponsored post. Share ikhlas..

Pedicure For Hari Raya

in , by dorsett pink, June 03, 2019
Hari Raya dah nak dekat. Hari tu aku pergi potong rambut. Actually dah lama sangat berhajat nak potong rambut tu, tapi sebab masa tak mengizinkan, jadinya asyik bertangguh je dari hari ke sehari. Bila ada anak kecik ni, memang susah sikit (banyak sebenarnya) nak cari 'Me-Time' tu. Tapi apa boleh buat - redha je lah. Pahala jugak tu menjaga anak-anak.

Hari tu, kebetulan ada masa free, en.suami pun free juga, jadi bolehlah dia jaga Leeya kejap, dan aku pergi ke salon. Kakak FL ikut sekali. Dia mesti ikut punya lah. Mana bisa dia tinggalkan mommy keluar sorang-sorang. hehe.

Macam biasa, aku ke Salon Capello By Nina - my favourite salon. Sebab situ ialah Salon Muslimah - lelaki tak dibenarkan masuk. 

Masa aku tengah potong rambut, Kakak FL ternampak ada orang tengah 'buat-kuku', lalu terus je dia request dengan mommy nak colour kuku. Al-maklumlah, dia kan memnag suka 'benda-benda gini'. Satu lagi, maybe boring kot tunggu mommy. So, aku ON kan ajer permintaannya tu. Tapi cuma dibenarkan buat pedicure dan colouring kat kaki jer, sebab faktor masa. Tangan dah selalu buat dah. Kaki tak pernah buat lagi.




Dan...... Inilah hasilnya..  =)) Bling-bling lagi tau 😃😃

Self Reward After VIVA

in , , by dorsett pink, May 31, 2019
PhD Talk | Self Reward After VIVA | Lepas habis VIVA hari tu aku rasa lega sangat-sangat. Rasa macam segala usaha aku selama ni berbaloi sangat-sangat walaupun sangat struggle untuk tempoh 6 tahun ni. Al-maklumlah aku buat PHD sambil jaga 2 orang anak sorang-sorang tanpa bantuan bibik. Dia punya stress dan tekanan tu tak payah cakap lah. Sampaikan kalau menangis tu dah biasa sampai aku pun dah tak larat nak menangis. huhu.

Bila keluar je bilik VIVA tu, ditambah dengan Chairman bagitau aku lulus dengan cemerlang (Examiner cakap - 'a very good thesis'). Fuhhh! Tak tahu aku nak cakap apa. Hati rasa happy dan bersyukur sangat-sangat, at least lepas ni dah habis dah segala penat lelah ni semua. Sekurang-kurangnya aku dah dapat tidur lena sepanjang malam dengan mimpi yang indah-indah macam orang lain =)).

So, aku rasa aku layak untuk reward diri aku sendiri lepas bila aku dah LULUS viva tu. Sekurang-kurangnya reward tu adalah ganjaran atas usaha aku selama ni yang tak pernah cukup tidur 6 jam (kalau dapat tidur 6 jam tu bonus lah).  

Jadi, aku pun belilah hadiah untuk diri - sendiri - Telekung Siti Khadijah.

Dah lama aku nak beli Telekung SK ni actually. Tapi aku pendam jer dulu hasrat aku tu. 'Takpelah, guna je dulu telekung yang sedia ada, Nanti phd kita beli", kata aku pada diri-sendiri.


Then, bila habis je VIVA aku pun beli lah. En.suami dan anak-anak teman aku pergi Butik SK. 

Masa pergi beli tu awal Ramadhan. Sebab aku VIVA pun seminggu sebelum Ramadhan. Kebetulan SK ada buat promosi Raya. So semua telekung SK ada diskaun sempena nak Raya ni. Jadi murah sikit lah aku dapat beli telekung tu. ALhamdulillah.

Tapi sampai hari ni aku belum lagi gna telekung ni. hehe. Hajatnya nak guna masa Hari Raya nanti =)). 

Damailah Kamu 'DiSana' Wahai Sahabat

in , by dorsett pink, May 28, 2019
Hari Khamis, 16 Mei 2019 yang lalu, seorang sahabat aku, Kak Zaleha telah pergi buat selama-lamanya menemui Ilahi. di bulan yang mulia, di hari yang sangat indah, ketika waktu Subuh, dia menghembuskan nafas terakhir di Institut kanser Negara, Putrajaya. 

Masuk Ramadhan hari tu, memang aku teringat sangat kat dia, sebab tahu dia suffer sebelum tu. Tergerak di hati nak mesej dia tapi tapi jari tak tertekan 'keyboard' sebab dia masih lagi mahu bersendirian. Aku hanya mampu berdoa dia baik-baik sahaja di Bulan Ramadhan kali ni walaupun dia tak dapat berpuasa. Tup-tp di hari Khamis yang mulia, aku dapat panggilan dari seorang teman bagitau dia dah pergi buat selama-lamanya.

Umur Arwah tak jauh beza pun dari aku. Kami belum 40 tahun lagi. hehe. kami jenis 'happy-go-lucky'. Arwah sekepalan dengan aku, maybe sebab kami ni jenis lone ranger, jenis suka berdirikari dan sejenis yang suka buat hal sendiri. Sebab tu lah kot kami rapat. Arwah ni dulu officemate aku masa aku kerja kat JPBD atau sekarang dikenali sebagai Plan Malaysia. 

Even aku dah lama berhenti kerja, kami masih lagi keep in touch. Dia dah lama berkahwin,tapi tak de rezeki lagi untuk menimbang cahaya mata. 


Banyak Persamaan Antara Aku dan Dia

Kami share banyak persamaan. Antaranya husband kitaorang jenis yang workholic, busy dan selalu out-station. Dia jenis yang perahsia - tak sukashare pasal family dan husband dia. Sama macam aku. Even kitaorang dah lama berkawan, tapi aku tak pernah pun jumpa/tengok en.suami dia, sampailah di hari dia pergi, baru aku tengok rupa husband dia. gambar pun tak pernah tengok, dia tak suka share gambar husband dia. Exactly macam aku. So, tak peliklah kalau aku ni jenis yang tak suka share bab pasangan dan keluarga (bab anak-anak dikecualikan, hehe) sebab memang ada orang yang jenis macam tu dalam dunia ni. 

Dia pun suka DIY - do-it-yourself, sama macam aku, dan dia pun suka art&craft & alat tulis - sama macam aku jugak. kami jenis orang yang simple, tak suka shopping-shopping. Tapi kalau jumpa benda yang disukai, memang habis kami shopping - contoh macam jumpa stationery. hehe. Arwah baik, ramai kawan, jenis easy-going, jenis friendly, jenis suka tolong orang. Ramai orang suka berkawan dengan dia.

Meninggal Sebab Cancer
Arwah meninggal sebab sakit Kanser Esofogus. Aku sempat ziarah dia hari tu (masa hujung Februari) di HKL. Alhamdulillah, dapat juga jumpa buat kali terakhir. Lepas tu langsung tak jumpa dah. Tapi adalah bermesej-mesej. And last skali jumpa masa hari kematian - dapat lah jugak mengucup dahi arwah buat kali terakhir. Aduuuss, sedihnya.

Masa kat HKL tu, dia belum tahu dia ada cancer. Masa tu dia dimasukkan ke hospital sebab dia tak boleh nak telan solid food. Bila makan jer muntah, makan muntah. Dan dia ada batuk berkahak. Nak keluarkan kahak pun susah katanya. Dia dah lama batuk. Dah bertahun-tahun. Tapi on-off. Dia ingat tu batuk biasa jer. 

Masa kat HKL tu, Doktor terpaksa tebuk leher dia, untuk keluarkan kahak. Dia cakap dia tak boleh makan, cuma minum susu jer. Masa tu dai tak boleh bercakap secara lisan, sebab masalah di leher dia. So, kami berkomunikasi guna white board jer, atau tulis mesej kat handphone. 

Masa tu dia cakap HB dia rendah, so doktor tempatkan katil dia depan nurse, takut dia terpitam bila-bila masa saja. 

Dan masa jumpa dia tu jugak, dia bagitau yang Doktor bagitau dia kata - nafas dia boleh terputus anytime jer,sebab saluran pernafasan dia (esofogus) dah makin kecil. Masa tu dia tak tahu lagi ada cancer. So, dia cakap, dia boleh discharge bila dah tahu result darah. Awal March, dia dapat discharge.Tapi masa tu dia tak nak berhubung dengan sesiapa. 

Aku ingatkan masa discaj tu, keadaan dia dah OK.


Admitted to Institut Kanser Negara 
Rupa-rupanya dia dimasukkan ke Institut Kanser Negara awal Ramadhan hari tu. dan dia tak nak sesiapa pun tahu dia ada kanser kecuali ahli keluarga sahaja. Tup-tup, 16 Mei 2019, dia pergi buat selama-lamanya ke Rahmahtulllah. Rupa-rupanya, lepas masa dia discaj dari HKL tu, dia dapat tahu result darah dia - dia ada cancer dan dah Stage 4. Dan dia perlukan masa untuk terima kenyataan tu. 

16 Mei dia meninggal, seminggu sebelum tu dia ada buat kimoterapi. 

Ajal maut di tanggan Tuhan. Urusan dia@ Kak Zaleha di dunia ni dah selesai. Tapi urusan kita yang masih hidup belum selesai lagi. Dah bersediakah kita nak menemui Ilahi? Dah bersediakah kita nak menjawab soalan-soalan di Kubur nanti walaupun soalan dah bocor? Dah bersediakah kita untuk dihisab di Padang Mashyar kelak? huhu. 

Apa yang pasti - semua yang HIDUP akan MATI. Dan Malaikat Maut menjemput kita tak kira usia, samada tua atau muda. Contoh macam sahabat aku ni , Arwah muda lagi, belum 40 tahun lagi. Sekejap jer dia sakit, pastu terus pergi selamanya. Al-Fatihah. semoga Roh arwah sahabatku Kak Zaleha ditempatkan dikalangan para orang-orang yang beriman.

Arwah dikebumikan di kampung halamannya di Bentong, Pahang. Ramai sangat orang datang memberikan pernghormatan terakhir buat Arwah samaada di IKN, mahupun di Bentong. Alhamdulillah. Solat jenazah dibuat 2 kali. sekali di IKN, dan sekali lagi di Bentong. Aku cuma mampu menziarah jenazah di IKN, Putrajaya jer. Nak drive ke Bentong dengan 2 orang anak, tak mampu lagi buat masa ni. huhu. 

Al-Fatihah...


Happening Jugak Pasar Ramadhan UNITEN

in , by dorsett pink, May 21, 2019
Hari tu aku pergi UPM. Dah alang-alang ke UPM, singgahlah ke Pasar Ramadhan UNITEN, terletak kat sebelah UPM jer. Setiap tahun, aku memang akan ke Pasar Ramadhan UNITEN kalau ada kesempatan waktu atau secara kebetulan berkunjung ke UPM atau Putrajaya.

Tapak ni bukan jer ada bila tiba Bulan Ramadhan jer. Kalau bukan bulan puasa pun, memang tempat ni menjadi spot makan-makan untuk warga UNITEN, warga UPM dan warga Putrajaya. 

Kalau bukan Bulan Puasa, kalau korang nak mencari makanan yang macam ala-ala Pasar Malam, boleh datang cari kat sini. Hari-hari ada bukak. 

Lokasi pasar Ramadhan ni ialah berdekatan dengan Bulatan UNITEN. 







Cumanya trafik kat sini agak crowded. Tak ada parking yang proper. So, parking kat tepi jalan jer. kalau Bulan Ramadhan, memang sesak aliran trafik area ni. So, kalau nak cari parking tu, pandai-pandai lah dan harap banyak bersabar. 

Resipi Ayam Panggang Paling Senang  - Ini antara lauk kegemaran aku ketika bersahur. Biasalah pagi-pagi kan malas, mana lah nak beria-beria nak masak kari, gulai bagai. Perut aku dan en.suami pun suka lauk-lauk yang simple jer masa bersahur. Tapi kami wajib makan nasi dan kurma masa bersahur tu. 

Biasanya masa bersahur, aku akan panaskan jer lauk-lauk berbuka sebelum tu. So, make sure lauk tu ada lebih untuk bersahur nanti. Kalau lauk tak cukup, jadinya kita panggang jer lah ayam, atau masak ayam goreng jer. hehe. 

So, ni aku nak share Resipi Ayam Panggang yang Paling Simple dan Senang nak buat. 



Aku marinate dulu siap-siap ayam tu dengan bahan-bahan perapan berikut :
- Garam
- Cajun Seasoning
- Pasley Leaves
- Olive Oil
** (Optional - black pepper)
** Sometimes, i loves to put Paprika seasoning too.

Lepas dah marinate, simpan dalam fridge. Then, bila nak masak (waktu bersahur), aku masak guna air fryer yang aku baru beli tu. hehehe. 

Senang! lepas masuk dalam air fryer, boleh lah solat tahajud 2 rakaat dulu atau mengaji 2 muka surat. By time, siap solat atau mengaji, dah siap ayam yang dipanggang tu =)).

Pastu kita makan lah kenyang-kenyang sampai Imsak (senyum). 

Air Fryer - Yesss! Finally I Got Mine!

in , , by dorsett pink, May 13, 2019
Dah lama dah aku berangan nak ada Air Fryer. Dah lama masuk dalam 'wish list - what-to-buy'. Boleh baca kat entri-entri aku sebelum ni, aku pernah tulis pasal nak beli air fryer. 

Tapi mungkin kerana kesuntukan waktu untuk memasak dan nak masuk dapur, aku delay dulu pembelian air fryer ni. Ada tanggungjawab yang lebih besar yang perlu aku utamakan. Walaupun aku menang voucher LAZADA BLOGGER CONTEST bernilai RM 130 tahun lepas, tapi voucher masih tak terguna lagi.

So, sempena Ramadhan kali ni, hajat aku nak beli air fryer tertunai. Mungkin sebab Ramadhan kali ni aku ada 'banyak waktu' sikit untuk main masak-masak. Al-maklumlah, dah habis viva kan (tapi tesis tak habis lagi ). So, hari tu, en.suami pun beli lah Air Fryer ni kat LAZADA. Beli guna voucher LAZADA - Blogger Contest yang aku menang tu. 




Ini Air Fryer yang en.suamiku beli. Jenama IDover. Harga mampu milik - RM 148 jer. Besar. 2.8L. So far, hari-hari aku pakai air fryer ni. Alhamdulillah! Puas hati!
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE