Kat dalam Bukit Gambang Resort ni, ade 3 hotel :
 
Masa kami bercuti kat Bukit Gambang hari tu, kami stay kat Arabian Bay Resort. Actually tiga-tiga hotel ni dekat-dekat jer, jalan kaki pun tak berpeluh, cuma harga jer berbeza-beza. Harga 1 bilik 'Studio Deluxe' yang kami stay tu RM 235 semalaman termasuk breakfast untuk 2 orang. Kalau dekat Caribbean Bay Resort, murah sikit, mungkin dalam RM 190 semalam.  

Ni rupa dari luar Arabian Bay Resort
 
Stay kat hotel ni, ada disediakan shuttle ke theme park setiap 10 minit, free of charge.

Haruslah selfie dengan truck harimau bintang..
Mana nak jumpa truck harimau bintang kat KL ni kan...?

Unta palsu. Dah namanya Arabian Resort, pastilah kene letak unta sekoq..

Palsu pun palsu lah. Janji ku dapat tengok unta mummy!

Reception at lobby area.
Sangat besar lobby area die.
Selesa.
 
Lobby area - Soo luas

Ada pool.
Pool die ada pasir macam kat pantai tu.
So, pada anak-anak yang nak merasa main pasir kat pantai, elok benarlah datang ke sini.
Sourveniour shop pun ada in case kalau tertinggal baju mandi atau pelampung ke atau nak beli apa-apa buah tangan untuk keluarga di kampong..
 
 
Lobby area lagi!

 

Ini tempat makan breakfast.
Bila time cuti sekolah / pubic holiday / weekend memang ramai orang stay sini.
Makanan die tak ada lah best sangat- biasa-biasa jer macam hotel 3 star yang lain

 
Ni rupa bilik die. Abaikan patung berdiri tepi dinding tu.
Bilik 'studio deluxe' ni besar, siap ada balkoni.
So, sesuai la untuk datang bercuti bawak family sekeluarga.
 Kalau nak lagi selesa, korang boleh ambik 'suite' atau 'family room'.

Sorry tangan tak bedung - gambaq gegaq
 
Bilik air nya pun bersih. Cuma tak ada bathtub jer. tapi, tak penting pun..

Mummy & daughter bonding time


having her breakfast before start her day

 
Aku rasa berbaloi tidur kat sini, sebab bilik die besar & staff pun friendly and plus, dekat nak pergi theme park. Instead of theme park, kat sini ada aktiviti lain jugak macam atv , flying fox dan macam-macam lagi, even nak buat team building pun sesuai kat sini.
 
Kalau tido kat sini, tiket masuk ke theme park, ada diskaun. Kite dikira sebagai guest Bukit Gambang Resort ni & kite dapat special rate for guest. Hari tu kami bayar RM 65 seorang untuk masuk dua-dua theme park (Safari & Water park), tapi kene buktikan resit hotel sebagai bukti yang menyatakan kita ni guest Bukit Gambang Resort ni.
 
Hari tu, kami book hotel ni through booking.com jer - our trusted accomodation site.
 
So, aku sangat recommend la pada sesiapa yang nak bercuti kat Bukit Gambang ni, tido di hotel ni..
 
Next entry nanti, aku akan cerite pasal Safari Park pulak k..
 
Stay tune!
While everybody is taking a breath going for holiday, I am here in my house doing my research work. huhuhu... Poor me.. But, what to do, I have to 'coz tak sempat nak book mana-mana hotel. Last minit macam ni, semuanya dah penuh & jalan jem also.
 
 So, maybe i'm thinking to walk around KL, maybe boleh pergi Sunway Lagoon, KLCC, Mid-Valley.. hahahha - that's all I can think this moment..  
 
So, ni nak cerite my short escape last two week during Thaipusam Public Holiday. Baru ada peluang nak cerite walaupun terlambat sikit. Masa cuti Thaipusam tu, kami sekeluarga pergi bercuti kat Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.
 
Entry penuh nanti aku cerite kemudian, ni nak cerite mukadimah dulu.
 
Overall, memang best sangat & sangat-sangat enjoy datang sini. Sebab kami sefamily dapat pergi ke Safari & Waterpark, dalam tempat ni. Kiranya macam satu kota kecik la Bukit Gambang ni, semua benda ada dalam ni..
 
So, the summary :
Tempat tidur - Arabia Resort, Bukit Gambang Resort City - Nanti aku cerite pasal hotel ni.
Aktiviti : Bukit Gambang Safari , Bukit Gambang Waterpark, Mandi Pool
 
My iteneray:
Friday : Drive from KL & Check-in hotelat 10 pm
 
Saturday : 
9.00 am - Breakfast
11.00 am - Masuk Safari  - nanti aku cerita kat entry lain
3.00 pm - Masuk Waterpark
6.00 pm - Keluar dari waterpark & masuk semula dalam Safari untuk tengok show (tak perlu bayar sebab tiket valid untuk sehari).
 
9.00 - Keluar dari Safari
 
Ahad :
9.00 am - Breakfast, & swimming
12.00 pm - Check-out & shoot balik KL
 
The pool side

Selfi depan tram.
Naik tram (shuttle) dari hotel ke safari & waterpark.
Kalau nak jalan kaki pun boleh, jalan 500 meter jer.
 Kalau nak naik kereta pun boleh tapi parking selalu penuh kat waterpark tu.
Shuttle ni ada setiap 10 minit.

The resort
 
The safari.
Boleh tengok singa, harimau dan lain-lain binatang liar depan-depan mata through the tram's mirror.
So best la sebab dapat tengok binatang-binatang ni kat habitat die yang sebenar (dalam hutan).
 

Banyak binatang kat sini. Nanti aku cerite kemudian kat entri lain.

Sebabkan aku stay kat hotel Bukit Gambang ni, so aku dapat harga promosi untuk hotel'guest. So, untuk masuk dua-dua park (waterpark & safari), it cost me RM 65/pax. Kalau tak stay kat hotel kat sini, mahal la lagi kene bayar.
 
So, nanti aku cerita lain pasal hotel & safari. Pasal waterpark aku tak cerita la sebab tak dak satu gambar pun aku snap kat waterpark.

Thank u for reading. Selamat bercuti semua!

Summary of My Kyoto - Osaka Trip

in , , , , by dorsett pink, February 05, 2016
Baru sempat nak update blog after siang malam menghadap kerja-kerja research , tambah pulak dengan FL yang demam sejak Ahad hari tu.. Tidur malam pun cuma sempat 2-3 jam.. huhu... Siang, malam thesis! thesis! thesis!. sampai tidur pun termimpi-mimpi thesis.. huhuhu.. Stress but kene enjoy (enjoy ker?)..
 
So hari ni nak buat quick update, the last entry of my last trip went to Kyoto & Osaka, Japan on last November.
 
Here is the summary of my trip :
 
 
 
Hope you enjoy reading my travelogue.
 
Happy holiday you all..
 
Happy Chinese New Year to all Chinese all over the world..
 

Yodabashi, Osaka untuk Si Kaki Kamera

in , , , by dorsett pink, January 29, 2016
Yodabashi, Osaka - tempat yang last aku nak citer pasal trip ke Osaka hari tu.  Kiranya ni penamat entry untuk Trip Osaka-Kyoto, lepas ni entry summary pulak untuk trip ni. Alhamdulillah, at last, aku dapat jugak end up travelogue aku kali ni tak seperti travelogue-travelogue lain, yang tak tamat-tamat.. huhu..
 
Actually, aku singgah di Yodabashi ni sebab nak ke 'Floating Garden' atau nama sebenarnya 'Umeda Sky Building', tapi sebabkan hari hujan, so aku tak dapat la nak berjalan ke sana, plus my baby punya stroller tak ada rai cover, so kami lepak je la kat Yodabashi ni..
 
Serious memang tertawan bila datang sini sebab semua bende (gadjet) ada kat sini. Yodabashi ni ibarat 'Low-Yat, Bukit Bintang' la.. Tapi kat sini lagi happening. Nak Shopping pun best sebab banyak shopping mall area sini.  
 
 
  
Ni baru tiang kamera jer, dah rambang mata nak pilih. Macam-macam harge, korang pilih la mana yang berkenan.

Ni beg kamera. Nak design apa - cakap jer, semuanya korang boleh dapat kat sini.
Tapi soal harga aku tak tahulah sebab aku tak survey harge kat sini..

Ni baru sebahagian dari lampu kamera.. Ada banyak lagi yang aku tak sempat nak snap gambar.. Kamera pun ada macam-macam jenis dijual , dari kamera zaman tok-kadok dulu sampailah ke zaman DSLR la ni.. Kalau 'lens' tak payah cakap la, korang pilih jer mana yang korang nak, semua ada.. Selain dari kamera, barang elektrik & gadjet-gadjet lain pun banyak pilihan kat sini. kalau casing telipon tu, macam-macam design boleh dapat.

Ni majalah fotografi.. Bermacam-macam majalah ada dijual.. Khas untuk fotografi jer..


See! Ni heaven untuk aku si washi tape lover. Macam-macam design yang confirm aku tak dapat nak jumpa kat Malaysia.. So, memang aku beli la jugak washi tape kat sini buat penambah koleksi washi tape aku walaupun harganya agak mahal la jugak..
 
 
Ni area sekitar Yodabashi.. Memnag happening kat sini, sentiasa ramai orang..
 
 
How to get here :
1. Naik subway 'Midosuji Line' (Line warna MERAH).
2. Stop kat Stesen 'Yodabashi' (M17)
3. Pastu cari jalan keluar, naik tangga/lift, terus terpaksa kat depan bangunan ni..
 
 
Arigato-gozaimas sebab membaca..
Jumpa lagi..
Happy holiday everyone!

Tips : Time Management for Ph.D Students

in , , , by dorsett pink, January 28, 2016
    Sekarang ni aku tengah sibuk la men 'google' pasal TIME MANAGEMENT untuk Ph.D student. Sebab sekarang aku rasa masa aku terlalu sesak, dah macam nak lemas.. Aku ada 2 tangan jer, kerja yang nak dibuatnya banyak.. Dah tak cukup tangan 10 jari aku ni.. Skrang ni aku busy buat data analysis & sibuk nak menulis Chapter 3 (Methodology Chapter). Sebab tu la aku jarang update blog lately.. Sebab nak utamakan study aku dulu..even handphone pun dipandang sepi jer skrang ni. Guna handphone bila perlu & masa makan jer. Masa lain sibuk buat kerja kat laptop.. huhu..
    So, search punya search.. Aku jumpalah satu article ni pasal 'Time Management untuk Ph.D Student' , and I think it is practical for myself. Aku jumpa kat website ni - https://iad4phd.wordpress.com/2011/10/19/time-management-tips-for-new-phds/
  1. Attend a Time Management workshop (and make sure you actually make time to attend). 
  2. Set yourself small/managable goals to work towards so you don’t get overwhelmed with the size of your task.
  3. Get your bibliography organised…if you get your references organised at the beginning it will save you time when it comes to writing up such as "Endnote software, Mendeley, Atlas.ti , etc..
  4. Make lists or mindmaps to help you to organise your thoughts.
  5. Get into a good routine
  6. Find out what type of worker you are (do you work best in the morning or evening?) and don’t worry if that’s different than your colleagues
  7. Find out how you procrastinate (delay) and have a strategy in place to manage that.
  8. Have designated time set aside in the day for things like Facebook, Instagram, personal emails, BLOG etc…
  9. Plan for meetings with your supervisor.
  10. If you are going to procrastinate, do something useful: read a blog related to your field.
Selain tu jugak, aku nak tambah lagi 2 tips yang memang berkesan kat aku selama ni :
#1. Hari-hari buat kerja (research) at least 30 minit sehari.
#2. Gunakan planner untuk 'plan for your work' - (that's why I am a planner addict... hehe).
This is a note for myself also. In future, I might use it. And also a good tips for you (master & phd student) to manage your time.. May it benefit you as well..
Thanks for reading.. 

Perception

in , by dorsett pink, January 22, 2016

Yesterday, my husband gave me a tazkirah as always, but yesterday he focused  on  "PERCEPTION". He just went back to KL from somewhere else (outstation) for business meeting and during his long flight, we watched a movie call "Intern" - if u ever heard about that tittle, for sure u know. But I am not a movie's fan, so I do not know what that movie was about. 

Actually, the word perception came across his mind when we've seen a big advertising board on the roadside.  It just A singboard, tapi tazkirahnya panjang lebar..Ye la, he always gave tazkirah, ceramah and all sort of dakwah approaches to people, thats why he did the same in our family. So secara tak langsung, ilmu agama berkembang dalam komuniti yang kecik ni.That's a part i like about him since he can push me to be a wanita syurga. InshaAllah.

Since i was married with him on day 1,every single day has a business talk in our marriage. "business, business, business" sampai soal makan pun, still "business". Dah nama pun kahwin dengan businessman. Contohnya macam  makan kat luar, he will ask, who owned that restaurant, how much he/she earned per day or per month, how much the production cost and more and more... and even a small stuff , he will ask "made in?". Sebelum ni aku tak pernah kisah pun, barang tu 'made in' mana, janji boleh pakai, boleh jalan, dah Ok, but since married, aku kena ambik tahu dulu barang tu 'made in' mana sebab nanti senang aku nak menjawab dengan en.suami. Why??

Why that sort of question like "made in mana" so important? Because of the PERCEPTION. Like we always think that imported car is much more better than local car. Louis Vuitton's handbag is much more better than Johnny's handbag. Mercedes is better than Toyota.  WHY?? Because of the PERCEPTION. Even that stuff is not really good in quality, but people trust that brand because of the PERCEPTION.

So, he concluded, in this world, its all about PERCEPTION actually even that thing/stuff/brand does not have any quality at all. He gave an example, one research university in Europe did the research on the car's engine and the researchers found that 10 top cars in this world which has no problem with the engine at all was MADE IN JAPAN. So, which car brand made in Japan, u named it. For sure, u will say Honda, Toyota, Mitsubishi and .etc.... It has already proven that Japan's car is the best in the world in terms of the engine..  

But why, people still looking for BMW, Mercedez, Audi.. Why.. why?? because of the PERCEPTION. People thinks  those brand is high quality & elegant that makes people look for it & choose it. 

Same like Gucci, Dior, Hermes, LV, and bla.. bla.. even the quality is the same , but people still choose their trusted brand. And people are willing to put a bulk of their money just to get it.

So, conclusion, in this world, it is very important for us to create a good perception for the people. Like having a good character on ourselves, so people will see us "orang yang baik",  like having a good quality on our stuff or our service, so people will always put an eyes on us. Tapi kalau sebaliknya, orang akan ingat kita sampai bila-bila sebagai orang yang bermasalah. Kalau dalam kes barangan pulak, orang akan ingat sampai bila-bila barang tu teruk / bermasalah walaupun barang yang baru diproduce sangat-sangat bagus kualitinya.. Like Proton.. Why people not choose Proton's car? Contohnya kalau orang tak solat, people akan buat persepsi yang 'dia ni hidup bercelaru, tak takut Tuhan 7 bla.. bla.. , contoh kalau orang tu pakai seksi, terdedah sana-sini, people akan buat persepsi yang 'dia ni tak solat', bila tak solat hidup die pun tak teratur..

So, in the business world, marketting strategy is very important if u wanna create people's perception towards your brand.. Such as "Qu Puteh, Qu puteh barulah puteh".. Sebut jer perkataan tu, orang terus ingat Dato' Sri Vida yang mengerlip lap-lap dengan mahkotanya..

So, just think about it..

The end.. thank you for reading anyway.

Tips Bergaya dgn Koleksi Gaun Dinner

in , , by dorsett pink, January 21, 2016
Korang pernah dapat tak invitation ke dinner atau wedding reception sebelah malam? Of course pernah kan.. Same like me as well.. Sebab aku sekarang ni suri rumah (eh! Suri rumah ke.. huhu) kadang-kadang, aku macam BLURRR nak pakai apa untuk dinner tu.. Almaklumlah, aku kan muslimah melayu sejati (konon!), so mestilah nak pakai something yang patuh syariah - menutup aurat and at the same time, still vogue de vas giteeew....
 
So, untuk tak memeningkan kepala aku di masa akan datang& at the same time, aku jugak boleh share dengan korang yang kepala ting-tong blurrr macam aku – duk pikir nak pakai apa bila pergi dinner .. Aku nak share la beberapa tips untuk tampil bergaya walaupun kite ni “si pemakai tudung” a.k.a “Hijabista”..
 
 #1. Pilih Gaun Dinner
Gaun Dinner ni of course la kena pilih yang menutup aurat& longgar & tak menjolok mata. In a simple word – PATUH SYARIAH!.. So, nak senang, pilih je yang warna hitam.. Hitam tu kan menawan.. And bila pakai warna hitam , kita akan nampak lebih langsing & elegan. Tak caya?? Cubalah dulu. Butik ZALORA ada macam-macam pilihan gaun dinner atau maxi dress. Korang just scroll jer Koleksi Gaun Dinner kat website ZALORA & pilih jer mana yang berkenan..

 
#2. Pilih tudung yang glamour
Kalau pakai dress yang cantik yang vogue de vas gitew, mestilah pulak nak kene pakai tudung.. So,kalau nak nampak glamour & lebih bergaya, korang pakai la shawl dari material satin atau chiffon. Sebab 2 material ni adalah corporate style (for hijab) ..
 
 
#3. Pilih accessories yang simple

Bila dah pakai tudung, ada certain accessories yang tak sesuai nak digayakan dengan hijab. So, pilihlah accesori yang minimal & simple jer supaya tak nampak “crowded” & “sarat”, nanti takut jadi pengkhianat fashion pulak. So, pilih la antara rantai (necklace) yang simple atau cincin yang sesuai.
 
 
#4. Handbag
Last but not least, handbag jangan lupa bawa ok! Barulah lengkap penampilan korang nanti. Lagipun handbag & wanita kan tak boleh dipisahkan. Mana nak letak handphone nak berselfie & upload kat instagram nanti, mana nak letak lipstick, mana nak letak compact powder – tak kan lah nak letak dalam poket (ada poket ke kat gaun korang?), tak pun tak kan la nak pegang tangan jer… Sooo not classy. So, kalau nak glamour, bawaklah clutch jer sudah a.k.a beg kepit.. Macam- macam koleksi clutch korang boleh pilih macam kat bawah ni..
 
p/s :: Hopefully entry ni dapat la membantu korang untuk membuat pilihan yang tepat bile pergi dinner nanti.. Kita nak bergaya, nak enjoy & at the same time, nak patuh hukum Allah.. hehe

TQ for reading anyway.

Kuala Gandah Elephant Sanctuary, Pahang

in , , , by dorsett pink, January 12, 2016
 

Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni terletak kat dalam mukim Lanchang, Daerah Temerloh, Pahang.  To be exact nama tempat ni - Kuala Gandah, Lanchang. Jauh gak rasanya dari Bandar Temerloh. Hari tu kami gerak dari Bentong, it took 45 minit jugak la (ikut Lebuhraya LPT, exit "Lanchang") dan terus menuju ke Kuala Gandah (follow jer signboard).

On the way ke sini, kiri kanan penuh dengan hutan menghijau jer.. Sebab tempat ni memang hutan pun, kalau bukan hutan macam mana gajah nak duduk dengan aman kan..
 
Tempat ni memang dipreserve untuk gajah. Free of Charge & dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia. Even FOC, tapi kita digalakkan untuk bagi derma (sumbangan), untuk menampung perlanjaan pusat ni..

  
 
Parking kat sini pun free tapi parking selalu full kalau datang lambat.
So, bile full, terpaksalah parking kat luar kawasan (luar pagar), jalan kaki dekat jer.
Tempat ni dibuka hari-hari termasuk public holiday.
 
 
Ni time table untuk visitor datang ke sini :
 
10.30 am -
12.00 pm
Elephant observation along the interpretive trail.
Visitor will be able to observe the young elephant roaming freely within the secured electric fencing area.
1.00 pm & 1.30 pm
Video show
A documentary shows translocation of wild elephants to their new habitat
2.15 pm
Bathing and cleaning of elephants by mahout
The visitors will watch the elephant bath given by mahout with explanations by NECC staff.
2.45 pm - 3.15 pm
Elephant conservation talks at interpretive stage.
Visitors will be introduced to each of the elephants which include  their background and ability.
Note: Please be informed that there is no elephant rides provided in this centre.
 

Kalau Hari Jumaat,  show start jam 2.45 pm.

Aku galakkan kalau korang nak datang sini, datang ikut time table ni & kalau hari Jumaat datang sebelum jam 2.45 ptg sebabnya, kalau datang lambat, korang tak boleh tengok show & at the same time, korang pun tak boleh tengok gajah-gajah ni.. Sebabnya, lepas jer habis show, depa simpan gajah-gajah ni dalam kandang (dalam hutan), tak dak sapa pun boleh tengok kecuali pengasuh-pengasuh gajah (mahout). So, rugi lah kan kalau datang tak dapat tengok gajah, cuma dapat tengok anak gajah jer dalam kandang die, but no show at all..


Mula-mula masuk, sila ke kaunter & ambik borang & isi borang. Borang ni macam respondent survey la, dieorang nak tengok berapa ramai visitor datang, berapa umurnya, dan seumpamanya la..
 
pastu, kite semua akan diberi sticker ni..

Eelephant sketch as a wall décor.. So fantastic!


Tempat ni ramai giler orang.. Masing-masing berebut nak pegang gajah.. Gajah-gajah kat sini semuanya jinak-jinak. Semuanya well-trained

Budak kecik FL ni sebenarnya takut dengan gajah.. Berani tengok dari jauh jer

Ni tempat show die

Kalau dulu, visiot boleh mandikan gajah, tapi sekarang dah tak boleh atas factor-factor keselamatan, So boleh tengok jer 'Mahout' (pengendali gajah) mandikan gajah

Berduyun-duyun gajah

Ni anak gajah. Umur die 6 tahun, Betina..
Tapi aktif giler macam gajah jantan..

Macam-macam aksi die buat..


Asyik no nengok si gajah

Gajah-gajah kat sini semuanya friendly.
Ko bagi die kacang pun, dia ambik


Ni sungai tempat gajah mandi

The entrance


Galeri Gajah

Kafetaria

Elephant Sculpture

Tulang-temulang seekor gajah

 
 
Really enjoy tengok gajah-gajah ni semua..
Boleh dikira sebagai lawatan sambil belajar sebab kids dapat belajar banyak benda tentang 'gajah'..
Learning through visualization lagi berkesan kan.
So aku suggest, sape-sape yang ada anak-anak kecik atau anak-anak yang masih bersekolah, bawaklah depa jalan-jalan ke sini, really worth..
 
That's all.
Thank you for reading!
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE