6 TIPS Menjaga dan Merawat Pesakit Demam Campak | Last week kan Kakak FL kena chicken pox. Sekarang dah sembuh, dah start pergi sekolah dah. Alhamdulillah. Aku ada cerita pasal episod 'chicken pox' KakakFL ni kat entry ini - "Mommy Menjadi 'SUPERMOM' Bila Anak-Anak Demam".
   
Alhamdulillah so far chicken pox tu belum menunjukkan tanda-tanda untuk berjangkit dengan adik dia - Leeya. Leeya sekarang umur 7 bulan. masih kecil lagi. Masih fragile. Risau juga aku kalau dia turut terkena demam campak ni. Tapi Alhamdulillah Leeya sihat walafiat. 

Kakak FL kena campak pun tak teruk. Kat muka dan kepala langsung tak naik campak, kat kaki pulak sikit sangat. Yang banyak nya kat badan jer. So, tak adalah gambar masa dia campak ni sebab tak obvious sangat, sama jer macam hari-hari normal. Dia pun tak cranky , aktif macam biasa dan selera makan pun tak berubah, berselera je makan makanan yang dia suka. 


Ok, hari ni aku nak share TIPS Menjadi Anak-Anak Yang Menghidapi Demam Campak atau Chicken Pox.


TIPS Menjadi Anak-Anak Yang Menghidapi Demam Campak atau Chicken Pox:

1. Kuarantin anak-anak yang sakit didalam rumah saja. Jangan keluar te tempat-tempat awam especially tempat yang ramai kanak-kanak macam playground.

2. Jangan bagi terkena air hujan sebab air hujan ada bahan kimia. Nanti campak tu makin teruk.

3. Jangan minum air kelapa di awal-awal kemunculan campak. Nanti bila campak dah nampak tanda-tanda nak sembuh, baru boleh bagi air kelapa. Tapi Kakak FL langsung tak diberi minum air kelapa ni.

4. Towel dan pakaian pesakit campak direndam dengan air panas sebelum dibasuh. Nak basuh pun kena asingkan dengan pakaian lain.

5. Kalau boleh pisahkan tempat tidur pesakit campak ni dengan orang-orang sihat especially baby atau ibu yang sedang hamil sebab takut berjangkit. 

6. Sapu lotion/cream yang diberikan oleh Doktor Bertauliah untuk mengelakkan anak-anak berasa gatal.


Aku harap perkongsian ini dapat membantu parents yang ada anak-anak yang sedang menghidap penyakit demam campak ni. Last but not least, thank you so much for reading.

Ada Hikmah Menjadi Suri Rumah

in , by dorsett pink, October 16, 2018
Sekarang ni kan Kakak FL kena demam campak a.k.a 'chicken pox'. Biasanya tempoh kuarantin untuk pesakit demam ialah 7 - 14 hari, bergantung pada individu. So, sekarang dah masuk minggu ke-2 Kakak FL tak pergi sekolah. Selama dia dalam tempoh kuarantin ni, mommy lah yang menjaga dia di rumah. 

Dah bagitau dia awal-awal, tak boleh keluar rumah, even nak pergi playground dan keluar pergi swimming pun tak boleh, terkena hujan lagilah tak boleh. Just stay calm at home jer. Kalau keluar, risu chicken pox tu akan bertambah teruk. Alhamdulillah dia faham dan dia pun langsung tak minta nak keluar, cuma sekali sekala adalah mommy terdengar rungutan dia 'tak dapat pergi sekolah'. Sedihnya. Sebab dia seorang yang sangat suka pergi sekolah. Mommy pujuk dia, "nanti bila dah sembuh, kita keluar pergi jalan-jalan & swimming k". Dia terus melompat kegembiraan.

Inilah aktiviti dia di hujung minggu kalau tak keluar pergi mana-mana


So far, mommy nampak chicken pox dia tak lah teruk sangat dan dah sembuh. Kat muka clear, langsung tak naik red dot tu kat muka. Mungkin dalam 2-3 hari lagi dah boleh kembali ke sekolah semula. Alhamdulillah.

Dalam tempoh kuarantin ni, antara aktiviti dia kat rumah ialah tengok TV cerita kartun for sure, tengok kartun kat laptop mommy, buat 'homework' dalam workbook yang mommy suruh buat, buat art & craft activity, main-main dan aktiviti yang paling best ialah kacau adik. Alhamdulillah dia tak mintak tengok handphone. Polisi 'No Handphone At Home' yang kami ciptakan tu sangat berkesan. Alhamdulillah.

Ni hobi dia - buat kerja seni.


Alhamdulillah, mommy bersyukur sangat-sangat diberikan rezeki menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Currently, mommy masih lagi bergelar seorang student, but Alhamdulillah, i still can manage my time and my day juggling with my kiddos besides studying. 

At least bila anak sakit, mommy tak perlulah susah-susah nak apply cuti kat boss, tak perlu nak susah-susah fikir siapa nak jaga anak, tak perlu susah-susah nak fikir siapa yang boleh gantikan / buatkan kerja kita  kat ofis,etc etc. Happy sangat dengan life sekarang ni walaupun tak dapat gaji macam dulu. Takpelah, janji anak-anak membesar depan mata dan mommy dapat kesempatan untuk menjaga diaorang sendiri bila diaorang sakit. Itulah hikmahnya berhenti kerja sebagai penjawat awam 6 tahun lepas dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Tapi rasanya sekarang ni Government dah bagi cuti kuarantin untuk ibu-ibu jika anak sakit kan? Not bad lah, OK lah macam tu. At least tak lah effect annual leave.

Sebabkan kitaorang langsung tak keluar rumah dan mommy pun sibuk melayan karenah anak-anak dirumah jer, en.suami bagi reward belanja mommy dan Kakak FL sushi. Yeeaaayyy!

Sushi - favourite mommy dan Kakak FL & Sushi King ialah pilihan kami sebab ada Sijil HALAL.

Salah satu tempat yang kitaorang kunjungi masa ke New Zealand tahun lepas ialah Clyde Dam. Clyde Dam ni terletak di Clyde, Wilayah Otaga, New Zealand. Ia terletak antara  Bandar Cromwell dan Dunedin.

Clyde Dam ni merupakan empangan hidroelektrik ketiga terbesar di New Zealand yang dbina diatas Clutha River, berhampiran Bandar Clyde.

Cantik sangat scenery kat sini. Memang patut datang sini.


 Lokasi Clyde Dam


 Pintu masuk ke Clyde Dam ni. Jam 5 pm pintu ni dah ditutup


 Nak picnic kat sini pun best. Angin nya nyaman sangat.




 Ad orang fishing jugak kat sini. Kalau nak cari tempat untuk makan, ni salah satu tempat yang sesuai. (Makanan tapau sendiri dari rumah/hotel).


Scenery kat sini cantik sangat. Ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem 'Shaker Run' masa tahun 1985. Kalau nak buat photoshoot kat NZ, ni salah 1 tempat yang aku recommend.  Kalu musim spring lagi cantik sini.


Baby Tak Nak Makan

in , , by dorsett pink, October 13, 2018
Baby Tak Nak Makan | Dah 2 hari Leeya menginjak ke usia 7 bulan. Alhamdulillah, dia suka makan. So far, dia makan 2 kali sehari - lunch & dinner.

Tapi sejak dia demam Ahad hari tu, dia start refuse makanan. Dia dah tak nak makan start dari hari tu. Mungkin sebab tak ada selera. Almaklumlah orang sakit kan. Kita kalau sakit pun, tak de selera juga nak makan. huhu.


Tapi as a mom, aku risau sangat bila dia tak nak makan. Nampak jer rupa sudu, dia tutup mulut dia rapat-rapat. Memang berbeza la dari sebelum ni, kalau tak pantang nampak sudu , cepat jer dia nganga mulut , tak sabar nak makan.



Kali ni dia memang langsung tak nak tengok sudu kalau boleh. So, bila dia menangis, atau dia 'terbuka'  mulut dia, masa tu lah aku cepat-cepat masukkan makanan dalam mulut dia. Kalau minum air, dia tak de masalah, laju je minum nya. Kalau minum susu pun sama, laju jer. So, kalau susu dan air, dia memang tak de masalah.

Risau memang risau. Macam-macam yang mommy risaukan. Risau berat badan susut la. Risau tak cukup zat la. Paling risau adalah takut dia tak nak makan terus sampai besar.

Nak kata pujukk, dah jenuh pujuk dia makan, tapi tak jalan juga. So, walaupun dia tak nak makan, mommy paksa juga dia makan. Dapat 5 suap pun jadi lah, dah bersyukur sangat dah.

Tapi sejak semalam, mommy nampak dia suka makan baby's biscuit a.k.a baby rusk. Habis semangkuk dia makan biskut tu. Biskut tu mommy hancurkan dengan EBM. Hari ni pun sama , dia makan biskut tu semangkuk sampai habis. Tapi kalau mummy bagi dia bubur, dia reject. Puri pun sama dia reject. Dengan biskut tu, rela hati je dia makan tanpa perlu ada drama sinetron.



So, nampaknya sekarang ni kena bagi dia makan biskut tu je la sampai dia ada selera balik nak makan bubur. Hopefully, fasa ni tak bberlarutan lama.

Bengangnya Mommy Bila Tahu Anak 'Mencuri'

in , by dorsett pink, October 12, 2018
Hari tu (beberapa minggu lepas), pulang saja dari sekolah, Kakak FL excited sangat nak tunjuk kat mommy 'something' dalam beg sekolah dia. Rasa excited tu macam rasa dapat hadiah. 

Bila dia keluarkan 'something' dari beg dia, teng-teng-teng, muncul lah ini ↓.

Kakak FL memang pesen jenis make-up lover. Dia memang excited bila dapat barang mekap.


Mommy pun terus bertanya : 'Ni apa?'

Kakak FL : 'Lipstick'

Mommy : 'Siapa punya?'

Kakak FL : 'Leena punya'.

Mommy : 'Ambil mana?'

Kakak FL : 'Kawan bagi'.

Mommy : 'Kawan mana? Siapa nama?'

Kakak FL : 'Anis'


Mommy : 'Cakap betul-betul. Anis bagi atau Leena yang ambik. Cakap betul-betul, jangan tipu! Kalau tipu masuk neraka'.  (Mommy berkata-kata dalam nada lembut, so bacalah dengan itonasi biasa jer).

Kakak FL : (Terdiam.. Sambil tengok lantai)

Mommy : (Terus pergi lipat kain, malas nak layan!).

Lepas 5 minit.

Mommy : 'Sayang Leena, meh datang sini kat mommy'. Terus saja dia datang.

Mommy : Cuba cakap betul-betul dengan mommy, jangan tipu. Tak baik tipu. Allah marah orang tipu. Kalau tipu masuk neraka. Lipstick ni mahal tau. Ni Lipstick mommy Anis. Bukan Anis punya. Cuba cakap dengan mommy, Anis yang bagi lipstick ni kat Leena atau Leena yang ambik lipstik ni sendiri? (Mommy berkata-kata dalam nada lembut, so bacalah dengan itonasi biasa jer).

Kakak FL : Dengan muka yang penuh sedih, dia pun cakap perlahan-lahan - 'Leena ambik sendiri'.

Mommy : 'Anis tahu tak?'.

Kakak FL : 'Tak tahu'.

Mommy : 'Kalau ambil barang tanpa minta izin dari orang tu, tu maknanya mencuri . Allah marah orang mencuri. Kalau mencuri kena potong tangan. Pastu kena duduk dalam neraka. Nak ke mommy potong tangan Leena sekarang?'. (Mommy tak tinggikan suara pun, cuma memandang tepat ke matanya).

Kakak FL : 'Tak nak'. (Berkata-kata dalam nada yang sangat slow macam berbisik).

Mommy : 'Nak ke masuk neraka?'. (Mommy cakap slow jer, separa berbisik).

Kakak FL : 'Tak nak'.

Mommy : 'OK, kalau tak nak, pulangkan semula lipstick ni kat Anis, sebab ni lipstik mommy dia. Pastu cakap sorry kat Anis sebab dah ambil lipstick ni. Faham tak? Nanti mommy beli lipstick baru kat Leena'.

Kakak FL  : 'OK mommy. sorry mommy'.

Kakak FL : 'Bila mommy nak beli lipstick baru kat Leena?'

Mommy: 'Esok mommy beli'. 


Pastu esokkannya, terus mommy beli 'lipstick' baru kat dia yang ini ↓ .


Pastu, belikan juga set mekap toys ni untuk dia.


Berbunga-bunga la hati dia.Sampai ke hari ni duk main dengan 'mekap' ni. Alahai ragam anak perempuan. Nanti kalau anak lelaki, agaknya mesti nak main ultraman, spiderman, power rangers kan. eerrmm.

Kepala Panas, Badan Sejuk - Demam Ker?

in , , by dorsett pink, October 11, 2018
Kan aku ada cerita Leeya demam hari tu , kat entri ini - "Mommy Menjadi 'SUPERMOM' Bila Anak-Anak Demam". 

Masa hari Sabtu hari tu, kepala Leeya panas, tapi badan dia tak panas pulak. Aku dan en.suami dah risau. Kenapa ni erk? Adakah ni kira demam ke tak? Kalau demam, senang, kita boleh ON ubat demam. Kalau tak bagi ubat demam, takut nanti jadi lagi worst. SO, masing-masing serba salah, tak tahu nak buat apa.


En.suami pun start la google. Thank you Uncle Gugel.

Zaman sekarang ni mujurlah ada internet hujung jari jer - apa-apa pun google jer. 

Hasil carian di google, jawapannya ialah - TAK DEMAM. 

Ini jawapan Pakcik Gugel :
Bila badan panas, itu confirm demam. Tapi kalau kepala je panas, badan sejuk, itu bukan demam.
Kepala panas ialah sebab faktor sekeliling. Contoh macam suhu hari tu panas atau keadaan dalam rumah panas.

Esokkannya (Hari Ahad), badan Leeya panas, kepala Leeya pun panas. Check suhu - 38 darjah celcius. Confirm Demam. So  terus bawak dia pergi klinik.
 
 

Orang Sakit Tak Boleh Solat

in , , by dorsett pink, October 11, 2018
Kakak FL sekarang kan tengah sakit - kena kuarantin kat rumah sebab 'chicken pox'. 

Semalam , masa waktu Zuhur, mummy suruh dia solat, pastu ini jawapan dia :

Kakak FL : "Orang sakit mana boleh solat la mummy". 

Mummy : "Kenapa pulak tak boleh solat?".

Kakak FL : "Nanti chicken pox tu pecah masa sujud, sakit la Leena".

Mummy : "Ish siapa kata orang sakit tak boleh solat. Kalau tak solat, nanti masuk neraka".

Kakak FL : "Mana ada masuk neraka. Orang JAHAT je masuk neraka".

Mummy : "Orang yang tak solat tu dikira sebagai ORANG JAHAT la, sebab tak dengar cakap Allah. So Orang Jahat memang kena masuk neraka".


(Dia terdiam sebentar. Agaknya mula berfikir-fikir akan kebenaran kata-kata mummy).




Mummy : "Sayang... semua orang kena solat. Tak kira kita duduk kat mana sekalipun atau pun kita sakit ke, kita patah kaki ke, kita buta ke, kita patah tangan ke, kita tak boleh bangun ke (lumpuh), kita kerja ke, kita pergi school ke, kita tetap kena solat. Nanti Allah marah orang yang tak solat. kalau Allah marah, nanti kita masuk neraka. Neraka tu panas sayang... Mummy tak nak duduk dalam neraka. Mummy pun tak nak anak-anak mummy duduk dalam neraka".

Kakak FL : "Kalau patah kaki macam mana nak solat? Kan tak boleh berdiri?"

Mummy : "Solatlah sambil baring macam ni (mummy pun buatlah demo solat sambil baring)."

Kakak FL : "Tapi tak boleh sujud. Macam mana nak sujud kalau solat baring?"

Mummy : " Sujud macam ni ..... (buat demo)". 


Tanpa berkata apa-apa, terus dia ambil telekung dan solat. Tapi dia nak jadi IMAM katanya, mummy  pulak kena jadi MAKMUM dia. hahahhaa.. Iyolah sayang, apa-apa jer, janji awak solat.


Wudhu'?? Dia baru umur 4 tahun. Wudhu' tu kalau dia ingat dia pergi lah ambik, kalau dia lupa dia tak ambik wudhu' . Takpe, it's Ok. Baby step.  Waktu umur macam ni wudhu' tu tak perlu ditekankan sangat. Yang penting, pada ketika ni, dia kena faham dulu kenapa orang Islam kena solat dan solat tu WAJIB tak kira keadaan dan tempat.  

Pisang Yang sesuai Untuk Bayi Berumur 6 Bulan

in , by dorsett pink, October 09, 2018
Pisang. Pisang ni dikatakan sebagai super food. Sebab ia kaya dengan nutrien. Kalau makan pisang masa breakfast,di ibaratkan seolah-olah kita makan emas. kalau makan pisang masa lunch, seolah-olah seperti kita makan seketul perak. Kalau makan masa dinner seolah-olah seperti makan seketul besi. 

So, jangan makan pisang di waktu malam k. tak elok. Nanti gemuk.

Untuk kanak-kanak dan bayi, sangat bagus bagi diaorang makan pisang, nanti diaorang cepat besar. Tapi Kakak FL tak suka makan pisang dari kecik sampai dia besar ni.

Masa Kakak FL baby dulu, dia tak boleh makan pisang sebab sembelit.

uiiuhiu Bila aku tanya kawan-kawan, mereka kata tak semua pisang sesuai untuk baby. Dan merekaa bagtau antara pisang yang sesuai untuk baby ialah pisang mas.

(gambar google image )

Dan, semalam mummy beli pisang masa untuk Leeya.
 
Leeya suka sangat makan pisang . Berselera dia makan

 
 Ini bubur + pisang untuk Leeya. Mummy blend dua-dua tu sekali. 

Alhamdulillah, hari ni tengok Leeya tak sembelit makan pisang. Ok jer seperti biasa. 

So, pisang apakah yang sesuai untuk bayi yang berusia 6 bulan? Jawapannya ialah pisang mas.

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE