BYE-BYE 2021

in , , by dorsett pink, December 31, 2021

Selamat tinggal tahun 2021. 


2021 - tahun yang sangat mencabar untuk semua rakyat Malaysia.

Tanggal 18 Disember 2021 menjadi detik bersejarah buat Malaysia, bilamana Negeri Selangor dilanda banjir

Start dari Hari Jumaat (17 Disember 2021), hujan start dari pagi tak berhenti-henti smpai ke malam. 

Malam tu aku dah risau, bukan risau pasal aku, tapi risau dengan tempat-tempat lain especially kat rumah lama aku dulu. Aku dah pernah kena banjir tahun lepas, so bila hujan je aku jadi takut dan fobia. 

Aku siap cakap lagi kat Kakak FL "hujan lebat dari pagi tadi, kalau esok hujan tak stop jugak mahu banjir KL ni". Tengok-tengok bukan KL yang banjir tapi Selangor. huhu. 

Penangan Booster Dos Penggalak Pfizer

in , by dorsett pink, December 24, 2021

Sorry seminggu tak update sebab terkesan melihat sahabat-sahabat yang ditimpa musibah banjir. 

So, hari ni aku nak share cerita pasal - Kesan Sampingan Booster Dos Penggalak Pfizer.

Hari Rabu hari tu aku dapat 'booster', atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai ' Dos Penggalak'. Aku dapat Pfizer, sebab vaksin hari tu aku ambil SINOVAC. 

My Planner For 2022

in , by dorsett pink, December 16, 2021

My Planner For 2022.

Lagi beberapa hari jer nak masuk ke tahun baru 2022. 

Harapnya tahun depan dah tak ada PKP lagi dah. 

So, bila tiba jer tahun baru, aku excited untuk 'get ready' dengan planner. Sebab aku kan Planner Addicts. Gitttteew.

Sejak universiti buat degree lagi aku addicted dengan planner ni, dan Alhamdulillah 'hobi' aku tu masih konsisten sampai sekarang. Cuma tahun depan aku nak maximize penggunaan planner aku ni dan aku dah plan nak hias cntik-cantik seupaya aku rasa nak guna/nak tulis setiap hari. 

Ini apa yang aku beli untuk buat Planner tahun 2022 - Buku nota , washi tapes, dan stickers.

Aku beli semua ni kat Lazada dan Mr.Dollar.

Makanan Korea di Malaysia - K Fry Urban Korean

in , by dorsett pink, December 15, 2021

Ni kali ke-2 aku makan makanan Korea kat Restoren K Fry Urban Korean - Restoren Korea Nombor 1 di Malaysia.

Entahlah betul ke tidak No.1 tapi tengok ramai restoren ni viral, ramai yang suka makan kat sini compare than restoren Korea yang lain. 

Jujurnya aku bukan peminat Makanan Korea. First time aku makan kimchi masa pergi Seoul, Korea masa aku Form 4 dulu, aku tak suka. Lepas tu, apa-apa makanan Korea semuanya aku tak suka sebab tak ngam dengan tekak aku. 

Au lagi suka makanan Jepun, sebab kena dengan anak tekak aku kot.

Bila Luggage Rosak - Nak Beli Luggage Baru?

in , by dorsett pink, December 14, 2021

Bila Luggage Rosak - Nak Beli Luggage Baru? 

Sekarang ni kalau kita pergi bercuti, kebanyakkannya akan bawak luggage yang beroda kan? 

Ada lagi ke yang bawak beg besar-besar tanpa roda? 

Ada kot, tapi dah jarang jumpa. 

Dan kalau jenis sempoi dan light traveler, diaorang suka bawak backpack jer. 

Aku dulu-dulu memang suka travel bawak backpack. Bagpack aku punya jenama Deuter 38 liter. 

Tapi sekarang bila dah ada anak-anak ni, dah tak sanggup nak bawak bagpack pergi mana-mana. Lagi senang bawak luggage yang ada tayar, tolak jer. Anak-anak pun boleh tolak sama-sama.

Menyesal Kerja Kerajaan

in , , , , by dorsett pink, December 13, 2021

 Aku dulu pernah kerja kerajaan. Kerja jadi Pegawai Perancang Bandar, Gred J41. 

Cita-cita aku yang sebenarnya ialah nak menjadi usahawan. Tapi sebelum jadi usahawan, aku nak belajar buat PhD dulu, ak dapatkan Sijil Doktor Falsafah dulu, then lepas tu baru aku nak proceed jadi businesswoman. Memang langsung tak ada impian nak kerja sebagai penjawat awam.

Tapi tak disangka, aku dapat tawaran jadi penjawat awam. So, aku grab lah rezeki masa tu sebab memang betul-betul nak gunakan duit masa tu. Dengan harapan, aku akan berhenti kerja selepas 3 bulan. Tup-tup aku berjaya kerja kat Jabatan Kerajaan tu sampai 4 tahun, then lepas tu baru aku resign.

4 tahun tak lah lama sangat kerja tu. Walaupun tak lama, cukup buatkan aku rasa menyesal bekerja sebagai penjawat awam tu. 


Kerja kerajaan

Makan Nasi Kukus Tonggek di IKEA Damansara

in , by dorsett pink, December 12, 2021

Makan Nasi Kukus Tonggek di IKEA Damansara.

Semalam kitaorang pergi IKEA Damansara. 

Jujurnya, kitaorang dah lama giler tak jejakkan kaki kat IKEA Damansara sejak IKEA Cheras dibuka. Sebab IKEA Cheras tu lagi dekat dengan rumah kitaorang kalau compare dengan IKEA Damansara ni. 

Tapi sebabkan semalam Kakak FL ada kelas kat area Kota Damansara, jadi kitaorang singgahlah ke IKEA ni sebab aku nak shopping barang-barang rumah untuk re-organize semula rumah kitaorang. 
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE