Tuesday, 28 February 2017

GIVE AWAY by ASHASRAH

Assalamualaikum wbt.
 
Hadiah dia pun best macam kat bawah ni... 
Aku suka benda-benda cute cegini...
 
http://ashasrah.blogspot.my/2017/01/give-away-by-ashasrah.html
 
Comelkan GiveAway kali ni… sapa nak pouch neko yang comel ni come together with perfume yang bernama Aquarius..


So, aku nak ajak korang untuk sama-sama memeriahkan GA yang Asharah buat ni.. Jom :

 

Monday, 27 February 2017

Software Percuma Untuk Membuat INFOGRAFIK yang AWESOME!

Just nak share...

Ini antara perisian / software yang PERCUMA untuk membuat design grafik yang sangat superb setanding dengan ADOBE PHOTOSHOP /  ADOBE ILUSTRATOR..

Sekarang ni mudah..
Teknologi kat hujung jari jer.
Software Percuma Untuk Membuat INFOGRAFIK yang AWESOME dah tersedia kat screen komputer. Kalau tak pandai Adobe tapi nak buat design infographics yang gempak-gempak atau nak buat grafik untuk presentation ke, nak buat flyers ke, nak buat business card ke, nak buat cover untuk assingment ke, atau nak buat cover buku yang cantik-cantik ke, nak buat poster ke, boleh jer cari template FREE ni kat internet..

Dan, semua template dalam software ni senang je nak guna sebab semuanya dah dicustomize, kita just main drag-drag jer dan ubah ikut citarasa kita.. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/software-percuma-membuat-infographics-canva-piktochart.html
CANVA


Hadiah Pemenang Top Commenter

Assalamualaikum..
Salam Hari Isnin..

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/hadiah-pemenang-top-commentator-dorsett-pink.html

Ini dia hadiah untuk pemenang-pemenang Top Commenter Blog Dorsett Pink hujung tahun lepas.. 
Sorry lambat pos hadiah ni sebab tak sempat nak pergi Pejabat Pos. InshaAllah dalam sehari dua, pemenang-pemenang tu (Bashtiah & Jari Manis ) akan terima hadiah diaorang.. Entri pasal Top Commenter ni boleh baca DISINI.

Friday, 24 February 2017

Harga Barang di DAISO Akan DINAIKAN Bermula Mac 2017

Semalam pergi Daiso, pergi beli washi tape. 
Biasalah harga barang-barang di Daiso skrang RM5.30 untuk setiap satu item.
 Tapi bermula 1 Mac 2017 nanti, semua barang di Daiso akan dinaikkan menjadi RM5.90..

Tapi sebelum balik ternampak notis ni ↓
http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/kenaikan-harga-barang-DAISO-2017.html
Sabo je la.. 
Kenaikan harga barang-barang lain akan menyusul kemudian.. hehe

Thursday, 23 February 2017

Lombok Trip :: Bukit Meresek


Kalau pergi Lombok, memang wajib pergi Bukit Meresek ni.. 
Tempat dia sangat-sangat cantik. 
Bukit Meresek ni spot nak tengok sunset. 
Memang view dari puncak bukit ni sangat-sangat awesome ! 
Rugi kalau tak pergi.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html
On the way to puncak
 http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html
 View dari Puncak Bukit Meresek

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html
 Ni kat Puncak Bukit

 http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/travelog-lombok-indonesia-bukit-meresek.html
Nak naik bukit ni, kena hiking dalam 5 minit jer. 
Anak kecik pun boleh naik - kendong dalam carrier..

Sunday, 19 February 2017

TIPS Suri Rumah - Cara Paling Kemas Untuk Simpan Cadar dan Sarung Bantal

Tips untuk kemas cadar (bedsheet) & sarung bantal dengan kemas :
Image source: Pinterest
Thank you Pinterest for this super awesome tip!

Thursday, 16 February 2017

Hotel Review :: Avillion Legacy Hotel, Melaka

Hujung tahun 2016 hari tu aku bercuti kat Bandar Melaka & en.suami pilih untuk stayed kat Hotel Avillion Legacy dalam Bandar Melaka. Weekend getaway. Weekend getaway ni - Bercuti masa hari weekend ni mostly aku akan buat sebulan sekali, kalau ada rezeki lebih boleh buat 2 kali sebulan. Sebabnya aku & en.suami kaki jalan, so memang hobi kami berjalan-jalan tak tentu hala. Dan sebab nak  rehatkan minda dan badan dan nak lari kejap dari rutin harian.. 

Hotel ni terletak kat betul-betul opposite supermarket The Store. So senangla kalau nak beli apa-apa..

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/hotel-review-avillion-legacy-hotel.html
Ni bangunan Avillion Hotel, Melaka. 

 Masa tu kami ambik bilik suite (kalau tak silap), 
ada living room, ada dining area, ada 1 bedroom dan 2 bilik air. 

 Memang besar sangat living room dia, puas FL main lari-lari.. 
TV pun ada 2, kat dalam bilik ada 1, kat luar ada 1.



 Ini semua gambar bilik air kat dalam bedroom. 
Memang besar bilik air dia. 
Satu lagi bilik air kat luar (kat living room), tapi yang kat luar tu kecik.

 Ini katil dalam bilik tidur. King size bed

 Ini pintu masuk ke bedroom.

 Wajib pilih hotel yang ada swimming pool sebab FL suka berenang ala-ala ikan dugong.

Aktiviti wajib selepas swimming - fefeeling jadi tourist !

Overall, aku tak suka sangat hotel ni sebab makanan dia tak best. 
Boleh baca citer tu aku citer kat SINI. Dan jugak aku tak berapa suka decoration dalam bilik tu, nampak macam old skool ja.. Aku jenis suka decor yang moden . Lain orang , lain citarasa kan..

Neway, thank you for reading..

Wednesday, 15 February 2017

TIPS Untuk Elak Anak-Anak Ketagih Gadjet

FL pun suka main ipad gak tapi aku hadkan boleh main kat dalam kereta jer supaya dia duduk diam dalam carseat, tak meragam & tak ganggu mummy drive. Masa kat umah, inilah antara aktiviti-aktiviti yang aku bagi dia main supaya dia tak main gadjet. So here i wanna share some tips untuk elakkan anak-anak suka gadjet. 

Zaman moden gadjet memang benda wajib yang ada kat umah. Tak macam zaman aku kecik-kecik dulu, bila dah besar habis SPM baru dapat pegang handphone, bila dah kerja baru dapat pegang ipad. Tapi anak-anak zaman sekarang, lahir-lahir jer terus ipad iphone bagai depan mata.. Generasi alfa la katakan.
http://dorsettpink.blogspot.com/2017/02/tips-untuk-elak-anak-anak-suka-gadjet.html
 Kalau tak bagi ipad / tab masa kat dalam kereta, dia tak nak duduk dalam car seat tu.

Kalau kat umah, aku sorokan ipad dan jugak phone untuk elakkan dia menjadi addicted dengan gadjet. So, here are some of her activities at home:

https://pediasure.com/
Main mainan 'soft-lego' dari Pediasure

 
Since FL consume susu formula Pediasure, so Pediasure selalu bagi toys &  toys dia pun jenis 'educational toys', memang sangat-sangat membantu perkembangan FL and her motor skill. 

 Colouring.
Aku ada buat entry khas pasal colouring activity ni, boleh Baca KAT SINI
 
Main tampal-tampal sticker

 Swimming

 Main flash card

Buat activity art & craft  . 
FL pun ada pergi kelas art jugak ,boleh baca kat ENTRY NI. 

 Main bubbles / buih sabun

 main 100m sprint.. hahahha

Nak lagi best, sprint dengan bola pulak

 Aku jugak ada masukkan dia ke kelas Playing & Learning kat Gymboree. 
Boleh baca post tu KAT SINI.

In spite of these activities, FL suka sangat membaca buku, thus i've bought him a lot of books. Beli kat Big Bad Wolf jer murah. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah and malam sebelum tidur dia akan baca buku dulu 5 - 10 minit (tengok gambar jer). Kalau tak ada bahan bacaan, dia akan 'baca' newspaper (baca alphabet kat paper tu je). So, bila travel naik flight, aku tak bawak toys dia (buat berat beg jer) sebab dia akan 'baca' magazine dalam flight tu..  

Inilah cara aku untuk avoid my daughter from being a gadjet-oriented person. Tapi kadang-kadang tu bila dah tantrum melampau sangat sampai mummy pun hilang sabar, aku bagi jugak lah dia main ipad tu tapi tak lama dan tak selalu, sekali-sekala jer..  But masa travel luar negara, ipad ni benda WAJIB kena bawak!

After all, thank you for reading..

Tuesday, 14 February 2017

DIY :: Kad Ucapan dari Washi Tape

Aku ni peminat setia WASHI TAPE. Dan jugak aku suka giler dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan arts and craft & DIY ni. Jadinya, hari tu aku buat sendiri greeting cards untuk Cikgu Kelas FL (bagi kelas 2 tahun) kat kindergarten dia memandangkan FL akan berganti cikgu lain sebab dah masuk kelas 3 tahun. 

Macam Farrah la suka buat kad-kad diy ni tapi dia OTAI aku ni budak hingusan jer.. Memandangkan sekarang ni anak aku tengah nak membesar dan dia punya sense-of-exploring dia sangat la tinggi , jadinya semua barang-barang craft dan planner accessory aku semua habis dibuat main.. Bila aku cari, dah tak jumpa... hhuuuwwwaaa..

Jadinya, aku stop dulu keinginan aku untuk aggresive dalam dunia arts & craft ni sepertimana zaman muda-mudi aku dulu. Apa yang aku ada sekarang hanyalah Washi Tape dan pen colour-colour sebab aku suka stationary jugak.

diy-greetingcard-washitape-blogger
 Ni kira first time buat kad ucapan selepas bersalin anak pertama. hehe.. So, pen silver tu dah mereput dalam beg, sebab tu dakwat pen tak nak keluar (ada chance nak beli pen baru.. hihi). Aku memang tak ada barang craft lagi sekrang, so hanya mampu guna washi tape jer..


 Aku just tampal-tampal je tape ni ikut suka-hati-aku. 

Ini je lah meja craft aku yang cinonet je.. hahahahha

Monday, 13 February 2017

Kafe Hipster di Ipoh

Hujung tahun lepas aku jalan-jalan ipoh, baru hari ni nak citer... 
Lambat sungguh update! tertinggal keretapi, maapla ye..
Tapi takpe, at least dapat jugak merasa minum kopi di salah sebuah kafe hipster kat Bandar Ipoh ni.
Kafe PLAN B memang dah famous di kalangan warga Ipoh. 

Dulu masa belajar kat Perak, tempat ni tak wujud lagi.. 
Skrang ni Bandar Ipoh dah ada tourist spot yang tengah trending ni.. 
Kalau dari dulu lagi dah wujud tempat ni, memang akan ku lepak sini lah setiap hujung minggu..

Yang aku suka pasal kafe ni ialah sebab dia punya atmophere tu, aku memang suka tempat yang chic macam ni. Decoration dia pun simple but nice..

Plan B ni terletak kat Jalan Panglima, betul-betul sebelah dengan Hotel Sekeping Kong Heng, hotel yang tengah hot kat Malaysia ni tapi selalu penuh. 


 
 Always be my favourite - Vanilla Latte

Jus Tembikai Laici

 Table of 2 - FL minum air kosong jer. hehe

Harga sepinggan spaghetti ni RM 30.. 
Urut dada sebelum makan.. 

 Ni dapur dia..




 Selain dari Plab B, banyak lagi kedai-kedai lain yang jual barang-barang quicky & rare.. 
Dan memang menjadi tumpuan pelancong


 Bangunan kat sini nampak buruk , but for me this is art. I loooikkee

 Public toilet


 Kedai jual Ais Kepal yang famous di Ipoh - Bits & Bobs

The famous ice kepal in Ipoh


 Kat sini ada banyak jual accesories untuk decor planner & scrapbook.. 
Memang so kenalah dengan jiwa aku ni.. 


Lepas ni dah tak bosan la kalau datang Ipoh sebab ada tempat yang best macam ni.. hihi

Pendek kata, thank you sebab baca. 
Have a nice day!