Saturday, 4 February 2017

My Money Challenge 2017


Idea untuk buat money challenge (some people do call it as 'saving challenge') ni aku tiru Farrah.
Farrah dah lama dah buat. Aku baru start last year tapi separuh jalan je.. huhu.

Tahun ni aku azam nak habiskan simpan duit ikut money challenge ni sampai bulan Disember 2017 kelak. Hopefully menjadilah. 

Sekarang baru masuk minggu pertama bulan Februari, so duit aku baru ada RM 15. Aku letak duit ni kat dalam kotak. Kotak tu tak berkunci. Sebabnya aku nak jimat - tak nak beli tabung baru, just nak guna apa yang ada je kat rumah. 

Tapi disebabkan kotak ni tak berkunci dan senang nak dibuka dan ditutup, jadinya si kecik FL tu dah korek duit dalam tu buat main. huhu.. Lepas main dia letak dalam tabung dia atau dia bagi kat daddy dia.. huhuhuhu.. So, sekarang duit RM15 dalam tu gone la.. Jadi terpaksalah aku kumpul semula dari awal. Nasib baik RM 15 je nak oooii bukan RM 150.... huhuhu..

Maybe aku terpaksa jugak beli tabung nanti. Tabung yang tak boleh dibukak langsung, yang kalau nak keluarkan duit wajib kena kopak ngan kapak.. Dengan niat - mudah-mudahan misi aku untuk simpan RM 1378 berjaya.. hihi

17 comments:

  1. beli tabung Ayam cam dulu-dulu tu. Confirm. Good luck!

    ReplyDelete
  2. ADA UUSAHA PASTI JAYA..TABUNG SIKIT2 LAMA2 MEMBUKIT

    ReplyDelete
  3. Saya dah mula cuma jumlah tak tetap yang tahu tak kurang dari RM5 sehari tu wajib.

    ReplyDelete
  4. Saya tak start lagi menabung untuk tahun ni. Tengok akak buat ni teringin pulak. Haritu dah rancang, tp tak terbuat pulak. Adeh..

    ReplyDelete
  5. akk join grup main kutu2..best. dah boleh tahu dapat bila..kalu dpt awal mcm berhutanglah pulak dgn kawan2 lain..huhu
    cara ni menarik juga..

    ReplyDelete
  6. Waaa ! Gambate DP !

    Mek punya tabung ade dua (kemain kan) Each tabung rm1 je shari. Hahahha. Yg part paling best, bile nk beli baju je korek tabung --' Baru berjaya simpan rm50 setakat ni. Teruk nauu

    ReplyDelete
  7. kerja pun belum, nanti dah kerja boleh ikut cara ni hehe.
    singgah dan follow blog ni ya.
    Jemput melawat ke blog baru saya :)

    ReplyDelete
  8. beli tabung yg susah nak pecah, yg penting hati kena kuat..kang tiba2 boleh tertarik bila tersedak hahah

    ReplyDelete
  9. Menarik jugak cara simpan duit camni. Lama lama duit jadi bukit. Hehe. Beli tabung kaca. Confirm tak akan dipecahkan. Hehe. Siqah banyak tabung kat rumah. Banyak tabung jela, menyimpannya adalah gak. Hehe..

    ReplyDelete
  10. Mudah2an berjaya sehingga ke akhir tahun.

    ReplyDelete
  11. Awak ni mesti berdisiplin orangnya kan DP. Orang yang berjaya selalunya mmg berdisiplin

    ReplyDelete
  12. Gudluck DP...mcm best juga cara ni...mau cuba lah juga....

    ReplyDelete
  13. Sis JM ada baca kat blog eyda..so plan nk buat jgk mcm tu

    ReplyDelete
  14. Letak dlm kota x berkunci pun x pe janji letak dlm almbari berkunci ke jadinya FL x usik lg ��

    ReplyDelete