Wednesday, 9 August 2017

Teruja Dengan Tandas Awam di Lake Tekapo,New Zealand

Sambungan dari entry ini - 'Teruja Melihat Kecantikan Lake Tekapo, New Zealand'

 Tajuk entry ni - Teruja Dengan Tandas Awam di Lake Tekapo,New Zealand , sebab apa TERUJA?? 

Sebabnya inilah pertama kali aku masuk Public Toilet yang serba canggih. Canggih sebab ada had masa buat 'business' dalam toilet ni , dan canggih sebab nak masuk pun kena tekan butang macam naik lift. 

Kalau kat Jepun, bab 'cuci-cuci' je canggih sebab guna remote control bila nak mencuci tu. First time pergi Jepun dulu panik gak, sebab tak tahu guna, pastu pulak kat remote tu semua bahasa Jepun, satu apa pun aku tak paham! But, Alhamdulillah selesai jugak la urusan.

Tapi kat Lake Tekapo ni, sebelum masuk toilet lagi dah kena main 'tekan-tekan butang'. 

http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html 
Ini rupa public toilet kat Lake Tekapo. Masuk FREE, tak yah bayar!


http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html
 Mula-mula, tengok lampu kat pintu toilet tu warna apa. Kalau :

Lampu hijau - toilet kosong.
Lampu kuning - toilet ada orang.
Lampu merah - toilet tutup, tak boleh guna.
Lampu biru - toilet sedang dibersihkan.

So, kalau lampu hijau, boleh la guna toilet ni, 
so tekan lah tekan butang HIJAU tu, yang ada ikon tapak tangan. 


http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html
 Bila dah masuk, tekan butang ni untuk 'tutup pintu'. 
Lepas je tekan, terus dengar suara operator. 
Masa tu terkejut sebab tetiba 'ada orang' bersuara. 

Dia kata - "You are given 10 minutes only (kalau aku tak lupa), pintu akan automatik terbuka bila masa dah TAMAT". Tapi seminit sebelum tu, dia akan bagi warning dulu.

Masa tu aku cuak, aku rasa semua family members aku cuak masa dengar tu.. Tak pernah-pernah masuk toilet yang ada HAD MASA. 

So, apa lagi, cepat-cepat la buat 'urusan' kat dalam tu SEPANTAS KILAT takut pintu terbukak. Aduusss, masa ni aku rasa kelakar la.. 
Kelakar sebab pressure sebab tertekan dengan masa yang diberi.

http://www.dorsettpink.com/2017/08/public-toilet-at-lake-tekapo-newzealand.html
Nasib baik dalam toilet ni ada sink (ada air). 
So just bawak botol mineral kosong jer, pastu isi air kat sink. 

Bayangkan kalau buat 'urusan besar-besar', atau cirit-birit ker, sempat ke nak habiskan 10 minit tu?? 

Lepas keluar toilet, masing-masing gelak. Sebab semua buat urusan laju-laju. 

Masa aku nak tukarkan diapers FL, tak sempat nak pakaikan dia seluar, pintu dah terbukak, so terpaksalah pakai seluar kat dalam kereta.

hahahhahaha



 Ini permandangan sekitar kat public toilet Lake Tekapo ni.
Kat sini ada kedai kopi jugak, so sesape yang nak minum kopi sambil menikmati permandangan indah Lake Tekapo, korang bolehlah menjamu selera disini.

Lepas dah puas lepak kat Lake Tekapo, kitaorang ke Lake Pukaki pulak.

  So, stay tune for more interesting stories.
Thank you for reading!  

11 comments:

  1. hahahah ! weih, biar btol ade had masa. nampak sangat diaorg memang pentingkan masa, kan? yela, tak bg duk termenung lame lame. haiih, kalau mek tk jadi buat urusan kalau cam gini gayanya.

    ReplyDelete
  2. Alamak 10 min je ke...haha...scarry la mcm tu...hahaha...selama ni tak pernah timing pun lama mana=p

    ReplyDelete
  3. first time dengar, lawak la plak rasa, ada had minit, kalau tengah sembelit tak tahu la ape ceritanya. dah la suka mengelamun time buat urusan...haha!!

    ReplyDelete
  4. hahaha..canggih betul tandas dia

    ReplyDelete
  5. perghh toilet pun cun lawa.. hehe. negara luar mmg toilet cntik2

    ReplyDelete
  6. patut teruja. memang canggih. free plak tu.

    ReplyDelete
  7. kalau sy x msk agk nyer sbb sy ni kalu msk mesti lbh 10 min hehehe

    ReplyDelete
  8. Apeni orang Lake Tekapo ni ninja ninja ke belakaaa?

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  9. adoii bahaya kalau 10minit masa yg diberi. huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Hahah!! Parah ni kalau urusan agak lama. Macam countdown apa je kan. hihi. bahaya bahaya.

    ReplyDelete
  11. seram nak masuk, lagi-lagi kalau buang air besar..haha. pakai kain batik la sesuai, pastu keluar masuk balik.hihi.

    *nak tengok gambar tapi internet slow* huhu

    ReplyDelete