Tuesday, 17 October 2017

Tips Merawat Eczema Secara Semulajadi

Aku ada eczema yang agak teruk jugakla.. Eczema ni penyakit genetik. Family aku memang ada eczema. So, perkataan eczema ni dah biasa dalam family kitaorang. Ada yang kena teruk giler, ada yang mild eczema jer, kalau tak ada eczema, diaorang akan kena sinus... errmm..

So, based on pengalaman sendiri dan ahli keluarga yang lain. Aku nak share antara TIPS -TIPS UNTUK MERAWAT ECZEMA SECARA SEMULAJADI.
Eczema ni kalau dari kecik tak dijaga dengan betul, memang kulit akan jadi makin teruk sehingga anak-anak tu dewasa - macam aku! Aku ni pernah sampai tahap kena bawak satu ubat (pil) dalam hendbeg. Aku lupa dah nama ubat tu. Ubat tu memang kena standby je kat rumah, in case eczema datang menyerang terus makan ubat tu.

Eczema datang menyerang tu maksud aku - gatal satu badan, garu pun tak hilang jugak sampai tak tahu nak buat apa dah.. So, ubat tu penyelamat la. Tapi kesan dia - Ya Allah! Ko akan tidur selama 24 jam. Penangan dia macam ubat tidur..Dan untuk jangka masa panjang, ubat tu tak elok la sebab boleh mengikis tulang-tulang.. ermmm.. So, kalau tak teruk sangat tak yah la ambik ubat tu.

Skrang ni aku dah tak makan dah pil tu. Alhamdulillah eczema aku dah sembuh, tapi kadang-kadang tu datang jugak lah tapi tak seteruk dulu la...So, aku just pakai cream je kalau ada rash.

FL pulak alhamdulillah aku betul-betul jaga kulit dia sejak kecik, jadinya eczema dia tak teruk sangat. Mild eczema jer tapi sekarang kulit dia dah OK 100%. 

Antara TIPS Rawatanya ialah :

#1.Berendam di Kolam Air Panas Hot Spring
Pergi la berendam kat Hotsprings tu berulang kali.. At least buatlah 4-5 kali, nanti korang sendiri tengok kesannya. Ada banyak Hotspring kat Malaysia ni, aku pernah pergi yang kat Melaka dan Sungai Klah. Boleh baca KAT SINI.


#2. Guna Lotion Organik
Kkalau eczema, kalau boleh elakkan guna cream/lotion/ubat yang ada unsur paraben , streoid dan antibiotik sebab ubat-ubat yang ada bahan-bahan ni boleh buatkan kulit kita makin teruk.

Aku guna cream ni kalau rash. 
Ini pun sesuai untuk jadikan lotion badan.
Moggoo Irritable Skin Balm.
Boleh baca KAT SINI.


 Kalau kat FL, dulu-dulu aku gunakan lotion dan sabun jenama BUDS 
(yang label warna biru - khas untuk eczema)

http://www.pharmacia.com.my/images/stories/virtuemart/product/AQUA%20CREAM.gif
Guna Aqua Cream.. Aqua ni tak ada paraben dan streoid. 
Beza tau dari Aqueous Cream. 
Boleh baca KAT SINI perbezaan dia.


#3. Guna Minyak Essential Oil 
Ini rawatan yang terbaru aku guna untuk aku dan FL (in case kalau kitaorang naik rash).

Aku gunakan combination minyak Young Living Essential Oil Lavender + Melrose.
 Mix kan minyak-minyak ni, aku letak dalam roller bottle, pastu sapu kat tempat yang rash tu. 


Alhamdulillah, dengan ketiga-tiga rawatan kat atas ni, eczema aku dah makin elok. Tak lah macam dulu, sampai kena makan ubat atau kena pergi klinik ambik injection pain killer. Kalau dulu, kulit aku sampai berdarah-darah kesan dari eczema tu.. huhuhu..

Hopefully perkongsian aku yang sedikit ni dapat beri korang idea untuk merawat eczema korang or anak-anak.

Kita cuma mampu berusaha, namun Allah swt juga yang menyembuhkannya..
 InshaAllah!

5 comments:

  1. Tips menarik kak DP. so far family takde masalah ekzema yang teruk. resdung n mild allergies. Tapi manalah tau in the future kan. Thanks share

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni serasi dengan Moogoo tuh. Tau pasal moogoo sebab pernah baca from your previous entry 😊

    ReplyDelete
  3. Anak IQ Alhamdulillah, menjelang umur dia 2 tahun baru2 ni, eczema ni macam makin berkurang. kalau tersilap makan seafood, yes, akan datang balik, tak boleh makan seafood sebab seafood makanan yg triger gatal2 dekat badan dia. IQ sangka dia allergik ayam tapi bila jaga makan seafood, tapi bagi makan ayam, dia ok jer sebenarnya.

    IQ ada juga pakaikan dia cream, pakai cosmoderm+cetaphil. paling sesuai dengan cetaphil. lega dah hati mak mak ni. huhu

    ReplyDelete
  4. Good tips untuk orang yang ada eczema ni. Nak beli produk untuk rawat eczema pon bukan murah kan. Boleh tahan jugak harganya.

    ReplyDelete